KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20120710

Mendamaikan antara manusia


BAHAWA TUGAS MENDAMAIKAN ANTARA MANUSIA ITU WAJIB, KERANA MENINGGALKAN CAKAP BOHONG JUGA WAJIB. SESUATU HUKUM YANG WAJIB TIDAK AKAN TERLUPUT, MELAINKAN DENGAN HUKUM WAJIB YANG LAIN YANG LEBIH UTAMA ATAU PENTING DARI YANG MULANYA.

Tidak ada satu kaum pun yang melakukan maksiat-maksiat, sedang dalam kalangan kaum itu ada orang yang mampu mencegah mereka dari perbuatannya itu tetapi ia tiada berbuat, tiadakah ia merasa bimbang bahawa  Allah hampir-hampir akan menimpakan siksanya atas mereka sekalian.

BAHAWA TUGAS AMAR MARUF DAN NAHI MUNKAR ITU MENJADI SEPERKARA YANG WAJIB, DAN KEWAJIBANNYA PULA TIADA TERLUPUT SAMASEKALI, SELAGI ADA KEMAMPUAN UNTUK MELAKSANAKANNYA, KECUALI SUDAH ADA ORANG LAIN YANG MEMENUHI TUGAS ITU.

Adakah tuan puan hanya berharap akan ada orang lain yang akan menjalankan tangungjawab bagi pihak ahli waris, dan ahli waris sendiri hanya menunggu dan lihat sahaja tanpa melibatkan diri. Itu bukan nya bertawakal namanya tetapi penakut, kerana tanpa berusaha dan berpecah belah,kesemua ahli waris tidak akan dapat bersepakat dan keturunan yang berdasarkan ahli waris akan hilang untuk selama-lamanya.  Kisah dan siapa sebenarnya  ahli waris tidak akan diketahui.


TIGA PERKARA YANG PERLU DIINGAT OLEH AHLI WARIS
1.       JANGAN TAMAK
2.       JANGAN KEDEKUT
3.       JANGAN BEREBUT

Perkara tamak,kedekut, berebut ini lah yang memecah-belahkan ahli waris dan berperasangka antara satu sama lain.

SEBAGAI AHLI WARIS PAHANG,TUAN-PUAN ADA DUA PILIHAN;

1.    MENYUSUN WARIS SECARA DAMAI (BERDAMAI) iaitu perlu sabar dan berani walaupun perit.
2.       MENYURUK (SEMBUNYIKAN DIRI HINGGA HARI KIAMAT) dan tiada dakwa- dakwi dikemudian hari.

No comments: