KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20100425

Semelai Bukit Rok (1) BERA

Lebih kurang 6 tahun saya berumah di Daerah Bera. Macam macam gambar telah dirakamkan. Banyak yang telah disimpan dalam blog. Tetapi saya masih tidak berkesempatan untuk merakamkan aksi Orang asli menyumpit.

Pada kali ini di Perkampungan Orang Asli Semelai Bukit Rok saya berpeluang merakamkan aksi dan emosi Orang Asli Semelai ketika menyumpit. Banyak gambar aksi dan emosi yang sempat dirakamkan.
05
Cara peggang batang sumpit yang rapat dengan mulut.
04
Nampak cara ini macam pro.
03
Tak tau bila orang nak bagi giliran adik ni pula menyumpit.
02
Bersemangat melihat golongan remaja dan dewasa menunjukkan kemahiran menyumpit.
01
Tidak mahu ketinggalan menunjukkan bakat menyumpit.

No comments: