-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
[Statistik Pengunjung Blog][Portal Diraja Pahang] [Senarai Penulis Pahang] [Waris Perang Saudara Pahang]
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .
20170405
Dari Taman Kerang Kuantan ke Rumah Klasik Kuantan (RKK)
Taman Kerang Kuantan dan Pokok Buluh Kuantan adalah lokasi yang telah sebati dengan penduduk bandar Kuantan. Keduanya berhampiran dengan Masjid Negeri Pahang dan Padang MPK.
Di Taman Kerang Kuantan ini ada kumpulan perniagaan barang lama atau barang karat atau barang klasik atau barang antik yang diusahakan oleh Geng Antik Kuantan. Peniaga disini walaupun silih berganti tetapi masih ada orang lama yang tetap tabah meneruskan keunikan perniagan ini.
Di Taman Kerang Kuantan, mereka terpaksa mengeluarkan barang-barang dari kereta/van. Menyusun atas lantai. Sebelum zohor, kena kutip balik semua barang-barang tersebut dan susun pula dalam kereta/van. Barang-barang pula semakin banyak dan tak mampu dibawa kesemuanya.
Setelah lebih kurang 20 tahun bertapak di Taman Kerang Kuantan, satu usaha perlu dilakukan bagi mendapatkan tempat yang lebih kekal. Hampir setahun mencari sebuah tempat yang mampu mereka sewa.
Akhirnya dengan izin Allah SWT mereka ditunjukkan sebuah rumah lama di Kampung Galing Besar, di tepi Jalan Beserah berhampiran SK Galing. Di alamat A-106, Galing Besar, 25250 Kuantan, Pahang.
Usaha menjadikan rumah ini sebagai Muzium Barang Klasik telah dirintis oleh:
Kamaruddin Abdul Rahman, 56
Hairol Budiman Abu Bakar, 45
Khairul Rusdi Abu Bakar, 42
Faizal Izwa Nawi, 36,
Ahmad Shirmi Tamsil, 31
Muhd Khairudin Rusli, 30
Di muzium barang-barang klasik telah ditempatkan pelbagai barang-barang lama. Bagi menampung kos penyelenggaran dan pentadbiran muzium ini, mereka menawarkan berberapa perkhidmatan yang boleh dirundingkan harganya. Perkhidmatannya adalah:
1. Menyewa barang-barang untuk pelbagai majlis yang bersesuaian.
2. Menjual barang-barang jika ada permintaan.
3. Membeli barang-barang lama jika ada yang ingin menjual.
Selain itu mereka juga menyediakan pameran barang-barang lama dan penerangan tentang barang-barang lama secara percuma. Juga ditawarkan adalah lokasi Sesi Fotografi bagi Penganti Baru.
Muzium ini dikenali dengan nama Rumah Klasik Kuantan (RKK). Anggota RKK Rumah Klasik Kuantan adalah mereka yang amat berminat dan sayangkan barang-barang lama. Mereka sanggup pergi ke serata lokasi bagi mengenalpasti barang-barang lama.
Antara tujuan utama RKK Rumah Klasik Kuantan adalah menyelamatkan barang-barang lama. Ini disebabkan ramai orang yang beranggapan barang-barang lama milik ayah atau atok mereka sudah tidak bernilai dan layak dibuang. Ada juga orang yang tahu nilai sejarah barang-barang tok wan mereka dan mahu pihak lain menyimpannya.
Bermula pada Disember 2016 RKK Rumah Klasik Kuantan ini telah dibuka untuk dilawati oleh masyarakat diseluruh Kuantan. Tidak disangka juga Rumah Klasik Kuantan juga mendapat kunjungan dari penduduk luar Kuantan.
Usaha RKK Rumah Klasik Kuantan ini dijalankan atas usaha persendirian dan tiada bantuan kewangan dari kerajaan atau swasta. Perkara yang ini juga berlaku kepada Balai-balai Seni Lukis Negeri Pahang berhampiran Galeri Rajawali di lereng bukit di Cenderawasih. Adalah diharapkan nasib RKK Rumah Klasik Kuantan menjadi lebih baik dari nasib Balai-balai Seni Lukis Negeri Pahang tersebut.
Penubuhan RKK Rumah Klasik Kuantan ini adalah titik permulaan. Jika usaha RKK Rumah Klasik Kuantan ini berjaya, mungkin akan menarik minat orang-orang di daerah lain di Pahang bagi menubuhkan:
Rumah Klasik Temerloh, Rumah Klasik Bentong, Rumah Klasik Jerantut, Rumah Klasik Raub, Rumah Klasik Maran, Rumah Klasik Pekan, Rumah Klasik Lipis, Rumah Klasik Rompin, Rumah Klasik Bera dan Rumah Klasik Cameron. seterusnya boleh ditubuhkan Persatuan Rumah Klasik Pahang. Jika berjaya sampai diperingkat ini, kehadiran ahli dan pengikut rumah klasik akan mendapat perhatian pemimpin-pemimpin besar.
Untuk memastikan usaha ini berterusan, mereka perlu ada draf bertulis perancangan jangka panjang. Jika kita mempunyai wawasan, wawasan itu perlu dinyatakan secara bertulis. Draf ini boleh ditambahbaik dari masa ke semasa.
Selain itu RKK Rumah Klasik Kuantan mempunyai perancangan bagi promosi jangka panjang. Seorang yang berwibawa ditugaskan menjalankan tugas ini. RKK Rumah Klasik Kuantan juga ada risalah promosi yang klasik.
Pihak RKK Rumah Klasik Kuantan mengalukan kedatangan pelawat bagi melihat bahan yang dipamirkan. Pelawat individu atau berkumpulan sentiasa dialu-alukan. Sebuat buku pelawat disediakan untuk mencatatkan kedatangan.
Hubungi RKK Rumah Klasik Kuantan di talian 0196199045 untuk perbincangan lanjut.
Sehingga kini antara koleksi barang yang dipamirkan adalah:
Alatan melombong Sungai lembing PCCL
Basikal lama,
Botol lama
Buku lama
Duit lama
Gambar lama
Kamera lama
Kereta lama
Motosikal lama
Mainan lama
Pakaian lama
Papan tanda lama
Perabot lama
Perahu lama
Pinggan mangkuk lama
Poster lama
Radio lama
Resit lama
Risalah lama
Sampul surat lama
Setem lama
Tembikar lama
Sumber text dan gambar:
Sihar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment