-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20110714

Nak kayuh dengan siapa?

Ada orang yang tiba-tiba timbul minat mengayuh setelah tengok orang lain atau sekumpulan orang mengayuh basikal. Kadang-kadang juga minat timbul secara tiba-tiba setelah diajak oleh kawan atau teringatkan kenangan lama berbasikal. Ada juga yang tiba-tiba mengayuh kerana nak selesaikan masalah kesihatan. Ada cerita 'kononnya' apabila mengayuh boleh menurunkan tahap penyakit kanser. Ada juga 'kononnya' mengayuh boleh memulihkan sakit lutut yang berpunca dari kekurangan minyak grease. Lagi seronok apabila ada yang tiba-tiba mengayuh setelah tak tau nak buat apa, maka diambilnya basikal anak terus dibawa kayuh keliling taman.
13
Bagi mereka ini yang telah melepasi tahap SATU iaitu timbulnya minat mengayuh akan berhadapan dengan tahap DUA iaitu basikal apa nak beli (racing atau mtb atau rac+mtb) dan berapa harga yang sanggup dibayar. Seterusnya mereka akan berhadapan dengan tahap TIGA dengan sapa nak kayuh (kayuh sorang atau kayuh kumpulan kecil atau kayuh kumpulan besar atau kayuh dengan keluarga). Jika mereka telah berjaya mereka akan maju ke tahap EMPAT iaitu nak kayuh ke mana (nak terus kayuh dari rumah atau nak kena punggah dengan kereta ke tempat mula mengayuh) dengan kumpulan yang dipilih.
12
Sekarang kita kembali kepada tajuk, Nak Kayuh Dengan Siapa (tahap tiga). Untuk menjawab soalan 'Nak Kayuh Dengan Siapa' kita kena kembali kepada apa tujuan kita mengayuh. Jika kita telah mengenal pasti tujuan yang benar-benar tersirat dalam hati kita maka senanglah kita membuat keputusan nak kayuh dengan siapa.
11
Orang yang mengayuh basikal racing mempunyai tujuan sebenar yang berbeza dengan orang yang mengayuh basikal mtb. Bagi pengayuh mtb yang menggunakan tayar offroad mempunyai tujuan yang berbeza dengan orang yang mengayuh menggunakan tayar mtb onroad.
10
Orang yang baru nak mula mengayuh basikal boleh mengayuh sorang-sorang dulu. Tak menjadi kejanggalan jika kita mengayuh basikal sorang-sorang kerana berbasikal adalah sukan individu. Tak perlu ada dua orang nak mula mengayuh macam main ping-pong atau badminton atau tenis. Tak perlu ada 6 orang macam takraw atau 22 orang macam bola sepak. Ada basikal boleh terus mengayuh sorang-sorang, tak perlu tunggu ada 2 orang atau 6 orang atau 22 orang. Nanti anda akan berjumpa dengan kumpulan yang sesuai dengan anda.
09
Mengayuh ni macam main main squash, ada reket ada bola dan ada dinding boleh mula. Macam juga menambak dan memanah, ada kelengkapan memanah/menembak dan lapang sasar boleh mula. Berbasikal juga macam kayak individu, ada kayak ada paddel ada tasik/sungai/laut boleh mula.
08
Bezanya berbasikal dengan sukan-sukan tersebut adalah berbasikal boleh bermula terus dari rumah dan tamat setelah kembali semula ke rumah. Ad juga yang gagal kembali, sampai separuh jalan telefon isteri mintak datang ambil dengan kereta.
07
Bila ngayuh sorang-sorang ni ada masanya bosan juga. Teringin nak kayuh berkawan-kawan macam orang lain. Nak cari kawan mengayuh mtb onroad susah sikit. Kalau kita berkawan dengan orang yang kuat kita tak boleh ikut, tak boleh nak kejar. Kalau kita berkawan dengan orang yang tak kuat, kita pula tak berpeluh mengikut belakang kawan yang kayuh perlahan ni.
06
Kita kena cari orang yang sama kuat atau sama tak kuat macam kita. Susah juga nak cari orang yang macam ni.
05
Caranya, kalau kita nak berkawan dengan orang yang kuat kita kena banyak berlatih supa sama kuat macam mereka. Kalau kita nak nak berkawan dengan orang tak kuat macam kita kiat kena dapat timbulkan rasa seronok 'kayuh slow rock' atau 'kayuh sentimental' ni. Kalau kita selalu pecut dan tinggalkan mereka macam mana nak berkawan.
04
Kita kena cari orang yang jiwanya sama dengan kita baru kita boleh mengayuh sama-sama. Individu yang jiwanya gila-gila dan hotfm tentu nak kayuh gila-gila dan hot-hot, tentu tak sesuai kayuh dengan kumpulan yang jiwanya romantis. Mereka yang jiwanya gila akan kayuh 'bersempudai', ( ada yang belah kanan, ada yang jauh kedepan, ada yang jauh kebelakang dan ada yang tak tau dimana).
03
Mereka yang jiwa romantis, jiwa 60an, jiwa klasik, jiwa ikim tentu mahu mengayuh tertib dan berdisplin. Bila kumpulan mereka mengayuh nampak macam pergerakan keretapi atau ular anaconda. Panjang tapi tak terputus-putus. Kita boleh kenal kumpula ini adalah apabila pakaian mengayuh mereka adalah biasa-biasa aja. Cara mereka bercakap dan bergurau adalah lembut dan sopan. Bila berjumpa orang baru mereka akan bersalam dan bertanya khabar.
02
Akhir cerita, teruskan mengayuh walaupun seorang pada peringkat permulaan, satu masa nanti anda akan jumpa orang yang sehati dan sejiwa untuk dijadikan rakan mengayuh.
01
Berbalik kepada gambar basikal yang ada. Basikal ni masih lagi menggunakan rangka Jamis Trail X 3.0. Berbanding Jamis Trail X 3.0 yang sebelum ini, menggunakan rim regeda, hub formula dan lidi bukan aloi. Sekarang Jamis Trail X 3.0 ini telah bertukar kepada rim mevik, hub deore dan lidi aloi. Jamis Trail X 3.0 ini telah dijual kepada orang lain.

No comments: