-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20110106

Program Rasmi Pahang - Januari 2011

(Gambar pengunjung Pekan Sehari Temerloh Pahang)

4 Jan 2011
Jerantut
Majlis Pelancaran Tapak Pasar Malam Inderapura Majlis Daerah Jerantut
Majlis Daerah Jerantut akan melancarkan Pelancaran Tapak Pasar Malam Inderapura seperti ketetapan berikut :
TARIKH : 4 Januari 2011 (Selasa )
MASA : 6.00 Petang
TEMPAT : Tapak Pasar Malam Inderapura

7 Jan 2011
Rompin
Hari Terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg Setajam
YB. Kapt (B) Dato'' Haji Johari Hj Hussin ADUN Tioman akan merasmikan Hari Terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg Setajam di PJK Kg.Setajam pada 07 Januari 2011 jam 03.00 petang.

Bera
Ceramah Sambutan Maal Hijrah 1432H Oleh Ustazah Asni Bt.Mansor
YB Dato'' Sri Haji Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Ahli Parlimen Bera akan merasmikan program tersebut. Tarikh, masa dan tempat adalah seperti berikut :-
Tarikh : 07 Januari 2011. ( Jumaat )
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Dewan UMNO Bahagian Bera.

Maran
Majlis Pelancaran Pengeluaran Suratan Hak Milik Sementara Dalam Tempoh Satu Hari Oleh Ketua Setiausaha Negara
Majlis Pelancaran Pengeluaran Suratan Hak Milik Sementara Dalam Tempoh Satu Hari Oleh Ketua Setiausaha Negara Dato Sri Tan Sri Mohd Sidek Bin Haji Hassan di Perkarangan Pejabat Daerah Dan Tanah Maran pada 7 Januari 2011 jam 10.00 pagi.

8 Jan 2011
Kuantan
Program Daftar Pemilih dan Sembang Petang Bersama YAB Menteri Besar Pahang.
Dewan Pusat Latihan KEMAS, Jalan Tok Sira, Kuantan pada 08 Januari 2011 (Sabtu), jam 9.00 pagi.

Cameron Highlands
Program Rakan Alam Sekitar Parlimen Cameron Highlands
Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Cameron Highlands akan menganjurkan Program Rakan Alam Sekitar Parlimen Cameron Highlands pada 08 Januari 2011 ( Sabtu ) bertempat di Estet Blue Valley yang bermula jam 8.00 pagi. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh En. Yogendran A/L Ganapathy ( Jurutera Daerah JPS).

Rompin
Majlis Ramah Mesra Bersama YB. ADUN Tioman
YB. Kapt ( B) Dato'' Haji Johari Haji Hussin, ADUN Tioman akan mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama YB. ADUN Tioman di Dewan Teluk Gading ,Kampung Tanjong Gemok pada 08 Januari 2011 jam 02.00 petang.

9 Jan 2011
Pekan
Majlis Perasmian Penutup Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Inspirasi Nelayan Oleh YB Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
Majlis Perasmian Penutup Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Inspirasi Nelayan Oleh YB Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Maglin Dennis D'Cruz di Tapak Pasar Tani Kampung Kuala Pahang Pekan pada 9 Januari 2011 jam 8.30 malam.

Cameron Highlands
Program Yellow Rides Sempena Le Tour De Langkawi Peringkat Daerah.
Program " Yellow Rides" Sempena Le Tour De Langkawi Peringkat Daerah Cameron Highlands akan dilangsungkan pada 09 Januari 2011 ( Ahad ) bertempat di Tapak Letak Kereta MDCH, Tanah Rata bermula jam 8.00 pagi. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Y.H. Dato'' Abdull Muain Bin Abdul Hamid ( Pegawai Daerah Cameron Highlands). Berbagai acara menarik telah disediakan oleh pihak penganjur seperti senamrobik, gerai jualan dan juga pameran.

(sumber gambar http://www.ltdl.com.my/)

Bera
Program Gotong-Royong Membuat Bubur Lambok K-BESTARI Kg.Sri Buntar Mukim Triang 1 bersama Kariah Surau Taman Triang Maju
K-BESTARI Kg.Sri Buntar ( Mukim Triang 1 ) bersama khariah Surau Taman Triang Maju akan mengadakan aktiviti gotong-royong membuat Bubur Lambok sepetimana ketetapan dibawah ini :-
Tarikh : 09 Januari 2010. ( Ahad )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Surau Taman Triang Maju.
Orang Ramai dijemput hadir.

Kuantan
Majlis Gotong-Royong Zon A Tanah Putih Baru Bersama YB Dato Wan Adnan bin Wan Mamat, ADUN Kawasan Tanjung Lumpur merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang
YB Dato'' Wan Adnan bin Wan Mamat, ADUN Kawasan Tanjung Lumpur merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang akan menghadiri Majlis Gotong-Royong Zon A Tanah Putih Baru bertempat di kawasan ADABI Tanah Putih, Kuantan pada 9 Januari 2011 (Ahad), jan 9.00 pagi.

(sumber gambar Facebook)

Kuantan
Taklimat Isu-Isu Semasa Bahagian Kuantan Oleh YB Dato Wan Adnan bin Wan Mamat Exco Kerajaan Negeri Pahang
YB Dato Wan Adnan bin Wan Mamat , ADUN Kawasan Tanjung Lumpur merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang akan menyempurnakan Taklimat Isu-Isu Semasa Bahagian Kuantan bertempat di Dewan Seminar Kompleks Dagangan Bandar Indera Mahkota, Kuantan pada 9 Januari 2011(Ahad), jam 2.00 petang.


13 Jan 2011

Maran
Festival Memasak Bubur As-Syura Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Maran 1432H
Festival Memasak Bubur As-Syura Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Maran 1432H akan diadakan pada 13 Januari 2011 ( Khamis ) bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 mlm bertempat di Masjid Kampung Luit, Maran.

(sumber gambar hariscollection.com) "Mewakafkan diri hanya kepada Allah s.a.w."

16 Jan 2011

Bera
Majlis Perasmian Program ZOOM Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK Daerah Bera
YB Dato'' Sri Haji Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Ahli Parlimen Bera akan turut sama memeriahkan program tersebut. Tarikh, masa dan tampat adalah seperti berikut :-
Tarikh : 16 Januari 2011. ( Ahad )
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Laman Kerayong, Bera.


Bera
Program Aplikasi Teknologi MOSTI Bersama Komuniti ( TAPMOSTI@COMMUNITY ) - Teknologi Pemprosesan Makanan Haiwan Berasaskan Pelepah Sawit
YB Dato'' Sri Haji Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Ahli Parlimen Bera akan turut hadir dalam program tersebut. Tarikh, masa dan tempat adalah seperti berikut :-
Tarikh : 16 Januari 2011. ( Ahad )
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan PPRT Paya Serai, Kuala Bera.



17 Jan 2011

Jerantut
Majlis Perasmian Bangunan Tambahan Sekolah Kebangsaan Kampong Pagi Ulu Tembeling Jerantut Oleh YB Timbalan Menteri Pelajaran
Perasmian Bangunan Tambahan Sek Keb Kampong Pagi Ulu Tembeling akan diadakan seperti berikut sempena lawatan kerja Tim Menteri Pelajaran ke sekolah pedalaman Ulu Tembeling Jerantut.
TARIKH : 17.01.2011 (Isnin)
MASA : 10.00 Pagi
TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Kampong Pagi Ulu Tembeling.Jerantut


Jerantut
Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia ke Sekolah Kebangsaan Kuala Sat, Ulu Tembeling Jerantut
Lawatan Kerja Tim. Menteri Pelajaran ke Sekolah Kebangsaan Kuala Sat akan diadakan seperti berikut :
TARIKH ; 17.01.2011 (Isnin)
MASA : 3.45 Petang
TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Kuala Sat,Ulu Tembeling


Jerantut
Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Sempena Lawatan Kerja ke Pedalaman Ulu Tembeling Jerantut
Satu Program pemimpin Bersama Rakyat bersama Timbalan menteri Pelajaran Sempena lawatan kerja ke pedalaman Ulu Tembeling akan diadakan seperti berikut :
TARIKH : 17.01.2011 (Isnin)
MASA : 8.45 Malam
TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Mat Daling, Ulu Tembeling


Kuantan
Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kerja Kepada Kontraktor Bagi Kerja-Kerja Rutin Jalan Persekutuan Pakej Negeri Pahang DM Bagi Tahun 2011-2012
Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kerja Kepada Kontraktor Bagi Kerja-Kerja Rutin Jalan Persekutuan Pakej Negeri Pahang DM Bagi Tahun 2011-2012 Oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato'' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob pada 17 Januari 2011 jam 10.00 pagi.

18 Jan 2011

Jerantut
Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia ke Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit Mat Daling, Jerantut
Lawatan Kerja Tim. Menteri Pelajaran ke Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit Mat Daling akan diadakan seperti berikut :
TARIKH : 18.01.2011 (Selasa)
MASA : 8.00 Pagi
TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Kampong Bukit Mat Daling


19 Jan 2011

Temerloh
Lawatan Kerja YB.Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia ke Stesyen Keretapi Kuala Krau
Y.B.Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim bin Bakri akan melakukan lawatan kerja ke Stesyen Keretapi Kuala Krau, Temerloh di Stesyen Keretapi Kuala Krau pada hari Rabu, 19 Januari 2011 jam 12.00 tengahari.

24 Jan 2011

Bentung
BENTONG ; Majlis Penyerahan Kunci Projek Penempatan Semula Orang Asli Sungai Temir Ke Sungai Bilut
Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air akan Mengadakan Majlis Penyerahan Kunci bagi Projek Penempatan Semula Orang Asli Sg. Temir ke Sg. Bilut yang disampaikan Oleh Menteri Besar Pahang pada 24 Januari 2010 bertempat di Sungai Bilut, Bentong jam 10.00 pagi

Rompin
Lawatan Kerja Bersepadu YB.Senator Dato Timbalan Menteri Sumber Manusia Ke Perkampungan Orang Asli DUN Muadzam Shah

Kuantan
Majlis Pelancaran Kempen Kami Prihatin

Temerloh
Majlis Perjumpaan Penduduk Bersama Majlis Perbandaran Temerloh dan Agensi Kerajaan

26 Jan 2011

Maran
Pertandingan Berzanji / Marhaban Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang 1432H / 2011M

Kuantan
Sidang Media Sempena Lawatan Kerja YB Datuk Lee Chee Leong Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang

Kuantan
Majlis Ramah Mesra YB Datuk Lee Chee Leong Timbalan Menteri Di Kementerian Dalam Negeri Anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang

Kuantan
Majlis Ramah Mesra YB Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri KDN Bersama Pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Negeri Pahang
27 Jan 2011

Maran
Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah Pertandingan Berzanji / Marhaban Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang 1432H / 2011M


Bentung
CERAMAH AGAMA SEMPENA MAAL HIJRAH
Ceramah Agama sempena Maal Hijrah oleh Ybhg. Us. Badlishah Bin Alauddin Penolong Pengarah Jab. Agama Islam Pahang pada 27/01/2011 di Masjid FELDA Kemasul, Pelangai jam 7.00 mlm.

29 Jan 2011

Kuantan
Majlis Cabutan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional Bagi Bulan Januari 2011 Oleh YAB Menteri Besar Pahang.

(sumber gambar gumokhazri.blogspot.com)

Majlis Cabutan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional Bagi Bulan Januari 2011 Oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato'' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob di Pusat Membeli Belah East Coast Mall Kuantan pada 29 Januari 2011 jam 3.00 petang.

(sumber gambar Facebook)

Kuantan

Majlis Perasmian Kempen Mengosongkan Tangki Septik di Perkampungan Sungai Isap Kuantan Oleh YB Dato Wan Adnan Bin Wan Mamat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
di Dewan Perkampungan Sungai Isap 2 Kuantan pada 29 Januari 2011 jam 11.00 pagi.

30 Jan 2011

Kuantan

(sember gambar: barisan-nasional-news.newslib.com)
Konvensyen Barisan Nasional BN Negeri Pahang DM 2011 Oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato'' Sri Diraja aji Adnan Bin Haji Yaakob di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan pada 30 Januari 2011 Jam 10.00 pagi.

No comments: