KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

PERTAMA Kaedah kajian adalah : Peluasan Epistemologi Pemikiran (Tajdid) dan Analisis Sosiohistoris (sejarah kemasyarakatan) dalam meneliti terjemahan Al-Quran Secara Kritis serta Analitis; satu Tugasan Ilmiah bagi Memahami Kelompok Ayat Yang Jelas (Muhkam) dan Yang Samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki.

20101027

Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan "Suatu Pengkisahan"

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang mewakili Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Orlaith Inc Sdn Bhd akan mengadakan Majlis Perasmian Siri Jelajah Pahang. Dalam jelajah ini Orlaith Inc Sdn Bhd akan mengadakan Program Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan "Suatu Pengkisahan".

Majlis Perasmian Siri Jelajah Pahang: Program Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan "Suatu Pengkisahan" akan diadakan pada:

Tarikh: 22 November 2010 (Isnin)
Tempat: Dewan Jubli Perak, Kuantan, Pahang
Dirasmikan Oleh: YAB Menteri Besar Pahang

Antara pengisian program tersebut adalah:
-Pengkisahan oleh tokoh-tokoh ekonomi dan politik
-Persembahan teater
-Persembahan dokudrama
-Terowong masa
-Pameran agensi kerajaan dan swasta
-Gerai-gerai jualan produk tempatan

LINKS:
1. http://charmphoenix.blogspot.com/2010/07/tun-abdul-razak-bapa-pembangunan-suatu.html
2. http://pekan98.tripod.com/sejarah/riwayat.htm
3. http://www.budiey.com/mengenang-tokon-negarawan-tun-abdul-razak/
4. http://www.quebec-montreal.info/Tun_Abdul_Razak
5. http://www.arkib.gov.my/pra_pelancaran

Perakuan: Gambar yang disiarkan ini adalah gambar yang telah saya 'edit' berdasarkan gambar asal yang bertajuk 'The 34 miles Songsang-Jerantut road', tetapi saya telah terlupa dimana saya mendapat gambar ini.

2 comments:

Anonymous said...

shabas atas usaha untuk mengenang jasa tokoh dan Negarawan, Tun Abdul Razak.

Bayangkan apa terjadi jika pada zaman itu di era 70 han Pol Pot yang menjadi Pemimpin Malaysia dan Tun Abdul Razak menjadi pemimpin Kambodia?

Terima kasih Tun...Jasa, Usaha dan dasar mu telah memungkinkan kami maju.

Alfatihah.

. said...

Terima kasih banyak-banyak atas ulasan yang diberikan oleh orlaithinc. Kata-kata yang ditulis telah memberikan satu anjakan yang baru untuk saya fikirkan.

Dengan harapan supaya sejarah Tun Abdul Razak akan dapat dijadikan 'lampu suluh' untuk kita mencari jalan yang lurus untuk kita membina negara kita dunia kita. Bukan jalan yang bengkang bengkok yang dapat menyebabkan kita terpesong atau terbabas dari laluan yang sebenar.

Dengan impian supaya; kita, keluarga kita dan masyarakat kita dapat menikmati dan menggunakan kemerdekaan dan pembangunan yang telah disuluh oleh Tun Abdul Razak.

Alfatihah.