INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20100808

JERANTUT. Kubur Mat Kilau F

Akhir sekali, inilah tulisan-tulisan yang menunjukkan bahawa kubur ini adalah kubur Mat Kilau.Tak salah lagi. Pada batu tembok ada juga ditulis cerita-cerita tentang Mat Kilau.

Antaranya adalah:

"Mat Kilau adalah Pahlawan Melayu Pahang yang memainkan peranan penting dalam peperangan menentang pemerintahan British di Pahang (1891-1895). Beliau dilahirkan dalam tahun 1865/1866 dan menurut anak sulung dari empat beradik. Anak kepada Imam Rasu (Tok Gajah) dan ibunya Teh Mahda ini, dianggap oleh penjajah British sebagai pemberontak dan terus diburu se-hingga menyebabkan Mat Kilau terpaksa melarikan diri dari satu tempat ke satu tempat persem-bunyian yang lain dengan menukar namanya beberapa kali. Antara gelaran yang dipakainya ialah Mat Siam. Beliau dikatakan meninggal semasa dalam pelarian. Walau bagaimanapun, MAt Kilau telah mengisytiharkan dirinya di Masjid Pulau Air Tawar selepas sembahyang Jumaat pada 26 Disember 1969 dan kerajaan Negeri Pahang telah mengesahkan kesahihan beliau. Mat Kilau telah meninggal dunia tidak lama selepas itu iaitu 16 Ogos 1970.

Mat Kilau was a legendery Malay warrior who fought the British in Pahang from 1891-1895. He did so much damage that the British hunted him relentlessly. Mat Kilau was constantly on the move, going from hiding place to tiding place. He also ..." kena datang sini kalau nak baca sampai habis.
05
04
03
02
01

No comments: