-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20130507

L7 LAIN PUNYA CERITA, LAIN PUNYA ZAMAN

*LAIN PUNYA CERITA, LAIN PUNYA ZAMAN TAPI SIKARANGPUN GUNA BOLEH APA…(sebagai sandaran kias)
 (dari ihya’ulumuddin olen imam al ghazali )

Diriwayatkan, ada seorang khalifah pada zaman dahulu, pada suatu malam beliau sedang berputar keliling kota, lalu mendengar suara seorang lelaki sedang bernyanyi didalam sebuah rumah. Beliau pun memanjat rumah itu, dan dilihatnya disamping orang lelaki itu ada seorang wanita, dan bersama mereka ada minuman arak. Khalifah berujah: wahai musuh allah! Apakah kau kira allah akan menutupi kelakuan yang keji ini, padahal kau sedang berpoya-poya dengan maksiat ini?. Lelaki itu segera menjawab: dan engkau juga wahai amirul mu’minin, jangan terburu nafsu. Kiranya aku telah bermaksiat kepada allah, hanya satu maksiat saja. Tetapi  kau kini telah membuat tiga maksiat sekaligus dalam suatu masa.

Tuhan telah berfirman: jangan kamu mengintip-intip, sedang perbuatanmu ini adalah mengintip hal orang lain.
Tuhan berfirman lagi: bukanlah kebaikan itu, dengan kamu mendatangi rumah-rumah dari pintu belakangnya, tetapi kini kau talah memanjat rumahku.
Tuhan berfirman lagi: jangan sekali-kali kamu memasuki rumah, selain rumah kamu sendiri(yakni tanpa izin), tetapi kini kau talah memasuki rumahku tanpa izin dan tanpa memberi salam pula.

Berkata khalifah: adakah padamu sesuatu yang baik (untuk mempertahankan dirimu), andaikata aku mengampunkan kamu. Berkata lelaki itu: saya ada! Demi allah, jika engkau ampunkan perbuatanku ini, aku berjanji tidak akan kembali kepada perbuatan yang sama lagi sepanjang umurku. Maka khalifah pun mengampunkannya dan beredar dari situ.

No comments: