KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20151211

wali tersebut yang melawan raksasa

P.U.R.B.A said...

    Assalammualaikum sekalian pembaca dan juga kerabat kerja LamanPahang,semoga rahmat dan kasih sayangNya sentiasa menaungi kita semua. Amien Allahumma Amien.

    Anonymous terima kasih berkongsi maklumat tuan...semoga Allah memberi kesihatan walafiat dan ilmu yg luas supaya dapat memberikan lagi pencerahan.

    Siapakah dia wali tersebut yang melawan raksasa?adakah Syeikh Subakir yang tuan maksudkan?

    Waris Keturunan Tok Linggi?Membuka pondok agama,tuan agak2 timeline/waktu/tahun beliau ke Pahang sekadar yang tuan bole beri pencerahan?

    Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih atas budi baik tuan
    Selawat313.99.33.13.9.3

1 comment:

Anonymous said...

salam,tuan,

itu adalah kilaf fikah yang diadatkan supaya mencari dan mengenal akan diri nya dia itu,dan carilah dia dalam kitab babat jawa dan lepas dari itu disandar cari dalam al quran pula.

linggi itu gelaran.tok linggi itu sendiri ada nama dan gelaran lain.maka anak cucunya ada tiga orang yang mengunakan gelaran linggi, dan gelaran linggi ada dinamakan kepada nama tempat,1nya di sumatra dan yang ke2nya di negeri sembilan. dan kesemuanya ada nama lain dan nama sebenar,dan masuknya mereka berperingkat-peringkat yang bermula dari tok linggi itu sendiri.dan masanya setiap seorang adalah sekali kelipan mata.(diantara subuh sehingga ke ishak),dan maka kembalilah semuanya sebagai disebut hari kiamat.

urusannya adalah urusan fekah,mengesan sejarah bagi mengenal diri sendiri,dan warisnya ramai diseluruh malaysia.