-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20151218

Kota Lima Puluh Pagar Ruyung Minangkabau

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...
kilaf@kias nya kepada... kota lima puluh pagar ruyung@kota lima puluh minangkabau.[disebut dalam adat, dan kilaf untuk

disebut dan disandar kembali dalam fekah]
disebut kota lima puluh....betul.
disebut kota lima puluh empat...juga betul.
disebut kota lima puluh enam...pun juga betul.

kesemua sebutan diatas adalah betul kerana kilaf@kiasnya akan disandarkan kembali kepada al quran dan hadis nabi saw. ulamak fukaha menjadi jurucakap bagi perincian @huraian akan ceritanya.

mereka diperintah berkias dengan kebenaran@izin allah.kerana kesemua ilmu dan pengetahuan itu adalah milik kepunyaannya yang mutlak.
   
Anonymous
on 12/21/14

9 comments:

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.

kami akan memulakan urusan terlepas pandang dari berita yang lepas,semasa,akan dibentangkan,(adat,adab,fekah),,inshaallah.dan dengan nya kami mohon petunjuk,dan dengan nya kami mohon pelindungan dalam masa membentangkan bagi urusan berita yang disebutkan. inshaallah.


urusan kota 50 dan duduk diakhirat macam 100 tahun,1001 malam.


berita kota 45:-

mereka itu telah tersalah melakukan kerjanya mereka oleh ketuanya yang sepatutnya membuat sendiri pekerjaan itu,disebabkan ketuanya hendak bersenang diri maka disuruhnya orang lain bawahannya melakukan pekerjaan bagi pihaknya dan mereka telah salah membuat kerja lalu mereka oranglain bawahan itu telah disumpah kepada batu karang dan ikan.dan ketuanya yang menyumpah orang bawahannya itu telah pula di sumpah kepada bentuk dugung oleh yang maha kuasa. dan segala negerinya ditenggelamkan kedalam laut.dan hanya sebahagian sahaja dari mereka yang diselamatkan dari yang baik-baik kalangan mereka dinegeri itu.(carilah dimanakah sejarah mitos kerajaan negeri ini?)jika benar mereka berfikir dengan akal yang telah disempurnakan.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.

berita kota 16:-

pemerintahannya dalam kota ke 16 itu ada tiga pemerintah atau penguasa;
satu di udara
satu di darat
satu di laut

ketiga-tiga pemerintah itu telah diberikan kuasa yang sama, oleh yang maha kuasa, bagi mentadbir kerajaan masing-masing. dan kuasa pemerintahan itu di letakkan pada mahkota mereka yang mempunyai kesaktian(pada zaman mereka itu lah).

ketiga-tiaga pemerintah itu hidup dan memerintah dengan selesanya di negara masing-masing,sehinggalah pada suatu ketika yang telah lama berlalunya zaman aman mereka itu,telah terjadi krisis diantara mereka bertiga yang mereka merasakan kesaktian mereka lebih tinggi,mereka membanding-bandingkan kuasa kesaktian mereka bertiga;siapa yang lebih kesaktiannya(awalnya sebagai satu pertangdingan sahaja atau suka-suka aje,dan melarat kepada satu krisis yang amat besar dalam sejarah mahluk-mahluk allah).masing-masing tidak puas hati. maka terjadilah peperangan yang membawa bencana dan kerosakan terok kepada alam dari sebab mereka bertiga itu.

dalam masa peperangan zaman itu,tiada siapapun diantara mereka yang menang dan seri.ketiga tiga mereka kalah dengan kemusnahan yang amat dasat kepada ketiga-tiga pihak negara dan rakyat mereka manjadi tunggang-langgang dan negara menjadi padang jarak padang terkukur.

maka, allah yang maha kuasa; telah memerintahkan pemerintah yang satu lagi(negara ke 4),bagi menghuraikan krisis kepada tiga negara itu serta menghentikan peperangan yang telah berlansung terlalu lama yang tiada penghujung itu.

maka dengan izin dan perintah yang diterimanya dari yang maha kuasa itu,pemerintah yang ke 4,telah memmanggil akan ketiga-tiga mereka yang berkrisis datang berjumpanya sebagai membuka jalan penyelesaian dalam timbangtara yang berlansung di negara keempat.dan pemerintah ke 4 itu yang menjadi hakim timbangtaranya.

ketiga-tiga pemerintah itu hadirlah didalam dewan timbangtara,maka dengan itu bermulalah urusan nya,

maka soal jawab diantara mereka bertiga dengan hakim timbangtara berlaku serta berjalan.yang mana pemerintah ke 4 itu menjalankan urusan timbangtara itu bagi pihak yang maha kuasa,yang telah diperintahkan kepadanya(jikalau dia tidak menjalankan tugas itu dan tidak menjalankan dengan adilnya dan saksama,maka dia sendiripun akan dikenakan hukuman bersekali dengan ketiga-tiga pemerintah itu).

pada pengakhiran kepada timbangtara yang tersebut itu,selepas di berikan keterangan dan setelah di timbang akan kejadian dan malapetaka yang ditimbulkan dari krisis itu, maka dengan keputusan yang diberikan kepada ketiga-tiga pemerintah itu,dengan izin yang maha kuasa serta perintah dari nya;-

ketiga-tiga mereka itu dilucutkan mahkotanya dan seluruh kesaktian mereka bertiga di tarik balik dan di simpan oleh pemerintah ke 4 beberapa waktunya dan hanya dikembalikan semula kepada mereka bertiga itu,apabila mereka telah insaf dan sedar dari kelakuan ego,sombong dan suka bermain-main.dan ketiga-tiga mereka itu telah dihantar ketempat pemulihan sebagai hukuman bagi menjalani memulihkan ketiga-tiga mereka itu.

maka alam yang telah rosak telah dipulihkan olen pemerintah ke 4,dengan perintah dan izin yang maha kuasa.dan kesemua rakyat dan keluarga kepada ketiga-tiga pemerintah itu di tadbir dan dijaga oleh pemerintah negara ke 4 untuk suatu waktu,sehingga ketiga-tiga pemerintah yang bertiga itu telah pulih dan diserahkan kembali kepada mereka.

mahkota atau daulah kesaktian itu telah diserahkan kembali kepada mereka selepaskan dari pemulihan itu, tetapi bukan dalam bentuk asalnya mahkota atau kesaktian,sebaliknya diberikan dalam bentuk ilmu,yang dipergunakan,untuk mengajar dan membentuk,membetulkan cucu-cicit mereka.

dan kerajaan diserahkan kembali kepada mereka sebagai pentadbir. sehingga kepada zaman manusia, disampaikan dalam bentuk ilmu yang di kilafkan.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.

berita kota 17:-

dalam ceritanya mereka itu adalah sepasang suami isteri yang telah ingkar arahan yang menyebabkan kerosakan semasa zamannya mereka itu.

al kisahnya kepada si perempuan itu adalah anak penguasa yang cantik dan cerdik,disebalik cantik dan cerdiknya dia,dia memmiliki kelakuan yang kurang menyenangkan masyarakat zamannya.dia ditatang dengan penuh cermat dan semua keinginannya di penuhi sehingga dia menjadi hidung tinggi.

untuk mengelakkan masyarakat mencemuhnya sipenguasa mengawinkan dia dengan seorang anak penguasa yang tampan dari negeri beberapa belah dari negerinya yang jauh.

al kisah lelaki itu pula adalah seorang anak kepada penguasa dari negeri yang jauh tadi itu.maka dia pula adalah seorang anak yang tampan lagi cerdik, pada mulanya baik dan sopan dan mendengar kata nya ayahbonda.

maka cukup dewasalah sijejaka itu dan dipilihkan calun isterinya dari kalangan perempuan yang cantik-cantik dari kalangan anak-anak penguasa yang lain,lalu bertemulan pilihan hatinya dengan si puteri yang cantik dan cerdik itu lalu dikhawinkan akan mereka berdua oleh kedua ayahbonda mereka.

mereka diberikan istana dan kawasan memerintah mereka sendiri.satu hari betukar bulan lalu bertukar tahun,maka masa berlalu dengan cepat,harta yang diberikan telah habis dibelanjakan oleh mereka berdua dan ramai dari kalangan rakyat dan ahli pengasuh telah meninggalkan mereka berdua kerana sudah tidak tahan dengan kelakuan mereka yang semakin hari semakin melampau,siisteri semakin ego dan sisuami menjadi terikut akan perangai pasangannya,oleh kerana kasihnya dia kepada siisteri.

mereka telah mengenakan cukai keatas rakyat dan merampas dengan zalim harta dalam negeri dan pada akhirnya mereka telah mengarahkan askarnya melanggar negeri jirannya yang menyebabkan peperangan,dan siapa yang tidak mengikut perintahnya akan dihukum.

al kisah tersebut telah di diadukan kepada kedua ayahbonda mereka,dengan amarahnya kedua ayahbonda itu bergabung dan menyerang lalu menawan mereka berdua itu.

diatas salahlaku mereka berdua itu yang menyebabkan peperangan dan pembunuhan yang kejam,maka mereka telah dihukum;

kedua mereka dipenjarakan berasingan didalam batu yang berasingan dan batu itu di buang atau campak satu kelautan dan satu lagi kedaratan.

yang jatuh kelautan itu dimakan oleh si ikan merah dan batu itu telah menetap dibahagia otak ikan merah itu.dan yang jatuh kedaratan itu pula telah tersumpah menjadi kan dirinya sebagai ikan emas.

ada kalangan dari manusia yang tidak boleh memakan kepala ikan,akan menjadi pelupa untuk seketika dari ilmunya.

walaupun telah di hukum,mereka tetap ego dengan kejelitaan dan kecerdikan mereka,dan sanggup berada dalam keadaan itu apapun terjadi.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.

berita kota 25:-

seorang perempuan tua yang telah dihina oleh sekumpulan murid kepada pendita(@ahli sufi), yang mengangap siperempuan tua itu gila.

mengikut kisahnya siperempuantua itu telah singgah tinggal di tebing sungai dan telah berkemah disitu.

laluan disungai itu adalah tempat singgahnya kapal dan perahu,maka suatu petang sebuat kapal yang ditumpangi oleh pendita dan kumpulan anak muridnya telah singgah belabuh di situ kerana hari telah senja,mereka lalu naik kedarat untuk beribadah serta solat sementara menunggu keesokan hari untuk meneruskan pelayaran mereka.

siperempuan itu yang sebenarnya sedang menunggu sipendita yang menjadi ketua kumpulan ahli sufi itu. sebaliknya dia telah terlelap dan tidur dengan lenanya di bawah kemahnya sehingga tidak sedar yang sipendita itu telahpun naik ke darat.

akan murid pendita itu ,mereka tidak mengenali akan siperempuan tua itu,lalu dikejut dan ditegurnya oleh mereka akan perempuan tua itu dengan kasar sekali apabila dilihatnya oleh mereka akan kelakuan perbuatan siperempuantua itu dan dalam peribadatan dan solat nya.

mereka telah memtertawakan dan menyindir akan siperempuan tua itu,dengan mengatakan siperempuan tua itu telah melakukan kesalahan yang besar dalam solat ibadahnya. dan mereka mengatakan yang mereka telah menuntut ilmu dan beribadat 40 tahun dan tidak berjumba dengan kelakuan yang seperti perempuantua itu lakukan.

akibat dari sedihnya dia disebabkan oleh teguran kasar dan sindiran itu maka siperempuantua itu telah meninggalkan kemahnya dan menghilangkan diri dalam gelap malam. dan tidak jadi untuk bertemu muka dengan sipendita.

kumpulan ahli sufi yang menegur siperempuan tua itu kembali ke tempat perkemahan mereka sambil becerita kepada ahli sufi dalam kalangan mereka,lalu di dengari oleh sipendita.

maka ditanya akan sipendita itu akan siapa dan keadaan siperempuan tua itu dari muridnya itu. lalu dikisahkan akan rupa dan keadaan siperempuantua itu oleh simurid.

ditanyakan oleh sipendita itu ;apakah mereka kenal akan siperempuan tua itu?. "tidak" jawab simurid.
berkata sipendita:itu adalah orang yang menyebabkan dia menjadi seorang pendita.

beribadah bukanlah sebagai peniru kepada perbuatan yang dilihat sahaja, melainkan mengetahui dan memahami akan kerja yang dituntut oleh allah.



Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.

berita 1001:-

peristiwa yang telah berlaku keatas diri keldai,dan lembu serta tuannya.

perbicaran lembu dengan kaldai telah di dengari dan difahami oleh tuannya.

lembu melihat bansal si kaldai amat bersih dan hawa didalamnya dingin dan tempat makannya sentiasa dipenuhi dengan padi dan bekas minunnya sentiasa dipenuhi air,si kaldai dijaga dengan baik sekali.

maka silembu berrungut kepada sikaldai,yang nasibnya tidaklah sebaik sikaldai.setiap pagi dia berkerja sehingga kesenja membajak tanah ladang dan bansalnya kotor dan berkongsi dengan haiwan yang lain.
dan hanya diberimakan jerami dan rumput yang kering.

disebabkan simpati,maka sikaldai memberikan muslihat kepada lembu sebagai nasihat,katanya:"besok kau buat-pura-pura tidak sihat atau sakit,sudah tentu kau tidak dibawa bekerja diladang.

maka dilakukan separti yang dicadangkan itu,dan helah itu berhasil dan lembu direhatkan dari membajak diladang. dan sebaliknya sikaldai yang memberi nasihat itu pula telah di arahkan membajak tanah ladang oleh tuannya,maka berungutlah sikaldai;"tak ada pasal cari pasal"sambil marah kepada dirinya sendiri.

satu hari,dua hari dan hari ketiga,sikaldai pula mencari helah untuk menyelamatkan dirinya dan mengenakan kembali silembu.

berkata sikaldai kepada silembu:"aku dengar tuan kita akan menyembelih kau disebabkan kau selalu sakit dan tak boleh membajak tanah lagi.dan aku nasihankan kau tunjukkan yang kau sudah sihat dan boleh bekerja,silembu yang dalam ketakutan itu dengan tidak berlengah mengikuti nasihat sikaldai.

ketawa besar tuan mereka mendengarkan percakapan si kaldai dan silembu itu.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


pentengkaran sianjing dan si ayam jantan telah di dengari oleh tuannya disubuh hari semasa dia hendak mengambil air sembahyang;

anjing:"engkau ni binatang yang tidak harus dipelihara,pada saat tuan kita hendak mati,engkau masih hendak bersuka-suka lagi.

ayam jantan:"apa sakitnya tuan kita?,diceritakan akan perselisihan tuan dengan isterinya oleh sianjing. dan nyata siayam jantan.

ayam jantan:"singkat betul akal tuan kita,sanggup dia membunuh diri kerana seorang perempuan yang berperangai degil.cuba lihat aku,apabila salah satu daripada lima puluh biniku marah atau merajiuk,aka tinggalkan sahaja dia dan aku cari rayu yang lain.

anjing:"tuan kita hanya mempunyai seoerang bini sahaja,bukan macam kau.

ayam jantan:"aku berani kata yang tuan kita itu tidak pandai mengajar bininya.kalaulah aku,aku cari dua atau tiga batang rotan,aku seret biniku itu kedalam bilik.setelah dikunci dari dalam,terus belasah dia sehingga minta ampun dan bertaubat.supaya dia tidak akan mengulangi lagi.

betul juga apa yang dikatakan oleh siayam jantan itu,kata hati tuan empunya haiwan itu.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


ketahuilah hai jin efrit bahawa kijang ini ialah isteriku yang telah aku kahwini selama tiga puluh tahun yang tidak melahirkan seorang anakpun untukku.kerana itu aku telah membeli seorang hamba buat gundik dan daripadnya lahirlah seorang anak untukku.
aku telah membesarkan dan mendidik anakku itu sehingga berumur lima belas tahun.

selepas dari itu aku telah pergi berniaga kesebarang laut dan semasa sepeninggalanku itu,isteriku telah belajar ilmu sihir dan telah menyihir gundikku menjadi lembu serta anakku menjadi kambing dan diserahkan mereka kepada tukang gembala,dan bercampur-gaullah mereka berdua dengan binatang-binatang yang lain.

sekembalinya aku kerumah dari mengembara,aku dapati anakku dan ibunya telah tiada dan isteriku nyatakan;gundik aku telah mati dan anak aku telah lari meninggalkan rumah. dan aku amat dukacita denga berita itu dan selepas setahun berlalu.

telah tiba hari raya korban,aku berhajat membuat korban dan disuruh pilih oleh ku kepada pengembala,pilihkan lembu yang yang gemuk untuk dikorbankan.tanpa aku ketahui lembu yang disembelih itu adalah gundikku yang disihir oleh isteriku.walaupun lembu itu gemuk sebaliknya tidak ada isi.hanya kulit dan tulang sahaja.

aku suruh sigembala ambilkan seekor kambing yang tidak cacat dan gemuk untuk dikorbankan,disebabkan kesihan melihat akan kelakuan kambing itu ,tidak jadilah aku menyembelihnya lalu aku lepaskan. dan aku suruh sigembala pelihara akan kambing itu walaupun isteriku memaksa disembelihkan juga kambing itu.kerana isteriku itu tahu yang kambing itu adalah anakku.

Anonymous said...

astafirullah.denganizin nya,allah,dengan menyebut nama nya.

jin efrit mendengar dengan cermat segala yang diceritakan oleh orang tua itu.

pada ekok harinya sigembala datang kerumah tuannya untuk memberitahu akan hal yang dia dapat tahu.

katanya;saya membawa berita yang kalau tuan dengar akan mengembiraka hati tuan,dan kalau saya cakap,bolehkah tuan berikan hadiah kepada saya.
boleh,kata tuannya. apa beritanya.

bila saya bawa balik kerumah akan kambing yang tuan tidak jadi untuk disembelih itu,anak perempuan saya yang tahu ada belajar ilmu sihir sebarsedikit,telah menegur saya;kenapa saya membawa balik seorang lelaki yang bukan muhrim kedalam rumah sam bil mukanya ditutup kerana malu nya dia sambil menangis dan selepas itu dia ketawa.lalu saya katakan tida lelaki yang saya bawa.danktanya itu yang siapa,ditunjukkan jarinya kepada kambing yang saya bawa. lalu di beritakannya kepada saya yang kambing itu sebenarnya adalah seorang lelaki muda yang di sihir menjadi kambing oleh orang.

dan dengan ilmu yang anak gembala pelajari dan atas permintaan serta rayuan tuan itu, agar di pulihkan nya.dan sekarang lelaki muda itu telah pulih dan menceritakan kisahnya; akan lembu yang disembalih itu adalah ibunya dan mereka disihir oleh ibu tirinya.dan akan anak gembala itu sebelum dia memulihkan si anak tuannya itu telah meminta dua syarat yang kedua-duanya telah ditunaikan oleh tuan itu.
pertama;dikhawinkan anak lelaki tuan itu dengannya dan kedua dia hendak sihirkan semula isteri tuan itu sebagai pengajaran kepada nya. ilmu yang elok dan baik tidak boleh disalah gunakan atas kehendak nafsu(itu adalah salah satu sifatnay kepada syaitan, dan apabila cukup keseluruhan sifat-sifat syaitan pada diri maka ianya di istihar penderhaka kepada allah dan di kumpulankan kepada iblis).

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


tuan yang budiman! kami ini dinamakan al samet,bermakna si pendiam,kerana tidak suka cakap banyak,dan tak pandai mengambil tahu hal orang.
berlainan sekali dengan adik-beradik yang lain.yang tua bernama al-baklok,yang kedua al-hadar,yang ketiga bagbag,yang ke empat al-kuz,yang kelima al-ashar,yang keenam shafalek dan yang ketujuh kami,al-samet.

baiklah jika engkau tiada mengharapkan aku,tidak mengapa.tetapi aku menghargakan engkau kerana mengenangkan budi dan jasa baik almarhum.

maha suci allah yang tiada berubah,dan segala sesuatu yang baru tetap berubah-rubah.
pada mulanya aku menyangka kau berakal cerdik,tetapi rupanya tidak.agaknya baru sahaja baik dari sakit.namun bergitu aku tidak ambil hati atas cakap kau yang celupar itu.aku hairan melihat kau sangat gopoh dalam serba-serbi.tiada mempunyai sifat sabar,walhal orang sebelum kau seorang yang sabar,dan bijaksana.

ahmarhum selalu berkata kepada kawan-kawannya;apabila seseorang hendak bermesyuarat,carilah orang-orang yang iklas,amanah dan berpengalaman

sahabat-sahabat aku semuanya tujuh orang.mereka semuanya pendiam seperti aku,juga tidak banyak cakap dan tidak ambil tahu hal orang. semuanya lucu dan ahli jenaka.masing-masing ada keistimewaannya sendiri.