01. karnival Pertanian Chenor ini telah berlangsung di Sekolah Menengah pertanian Chenor pada 11-12 September 2015.
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
”Dia-lah, yang Telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” – Surah an-Nahl, ayat 10-11.

02
Islam telah berkembang dan tersebar secara meluas sekali ke seluruh pelusuk dunia selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW, sehingga menjangkau ke Sepanyol dan Perancis di Barat, dan menjangkau ke China serta Filipina di Timur.
03
Para pendokoong dan pejuang Islam yang membawa tamadun Islam ke tempat-tempat ini, bukan sahaja arif dalam bidang agama, tetapi telahpun menerap dan meneroka pelbagai ilmu baru.
04
Daripada orang-orang Arab Jahiliyyah, yang cuma tahu menggunakan unta dan kuda untuk merentasi padang pasir, mereka sudah menjadi satu bangsa yang tahu menyeberangi laut dengan menggunakan Celestial Navigaton, tahu mencipta dan menggunakan kompas, memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang astronomi, architecture, berkemampuan mengubati pelbagai jenis penyakit, mempelopori kepakaran dalam bidang pembedahan untuk tujuan oerubatan, menggunakan logam, mencipta ilmu hisab baru termasuk algebra serta bermacam-macam lagi ilmu selepas memeluk agama Islam.
Jelas sekali Islam telah membuka minda dan mata hati masyarakat Arab Jahiliyyah yang memeluk Islam sehingga mereka menjadi bangsa yang bertamadun.
Syahadah yang mereka lafazkan menanam pasak keyakinan kepada hari akhirat namun tidak menghalang mereka berusaha bersunguh-sungguh meneroka ilmu dunia.
Di dalam banyak-banyak ilmu yang diterokai oleh orang-orang Islam ialah ilmu pertanian.
Di dalam ayat, tadi Allah SWT telah menyatakan kuasaNya yang menurunkan hujan dari langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dari bumi yang kering kontang sepeti zaitun, kurma dan anggur.
Ayat-ayat seperti ini secara tidak langsung merupakan gesaan kepada setiap pembaca al-Quran untuk mengkaji dan menerokai ilmu pertanian.
Di dalam sejarah, inovasi pertanian diperkenal oleh jurutera dan peladang Muslim seperti bentuk baru penyewaan tanah, pembaikan dalam penyaliran, pelbagai kaedah pengairan yang moden, pengenalan baja dan sistem pengaliran yang meluas serta pembangunan sistem penyaliran berasaskan aliran graviti dari sungai dan mata air.
Berdasarkan catatan sejarah dan para ilmuwan termasuk dari Barat, sistem pertanian pada era Kerajaan Islam Sepanyol merupakan sistem pertanian yang paling canggih yang pernah disusun oleh kecerdikan manusia.
Ini kerana budaya ilmu yang ada di dalam Islam telah menghasilkan banyak perubahan.
Pada masa itu, seluruh Eropah sedang bergelut dengan isu perhambaan, namun tanah di bawah kekuasaan Islam mengalami kemajuan pesat di bidang pertanian. Inilah hasil daripada anjuran Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud :
”Tiada seorang muslim menanam dan bertani maka hasil pertaniannya itu dimakan oleh manusia, binatang dan sebagainya melainkan dia akan menerima ganjaran pahala sedekah” (Hadis riwayat Bukhari)
Slogan Bertani Satu Ibadah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri merupakan satu gagasan yang dibentuk berasaskan cita-cita murni untuk melihat para petani berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan daya usaha dan pengeluaran.
Ini akan dapat dicapai sekiranya golongan petani ditanamkan dengan kefahaman bahawa bertani bukan sahaja menjadi satu punca pendapatan bahkan ia juga merupakan satu ibadah tanda pengabdian kepada Allah SWT.
Betapa mulianya kerja seorang petani sehingga disebut oleh Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud :
”Seorang lelaki daripada ahli syurga memohon kepada Allah SWT untuk bertani, lalu Allah SWT bertanya kepadanya : Bukankah kamu mendapat segala yang kamu hajati? Dia menjawab : Ya, tetapi aku suka untuk bertani. Lalu dia menaburkan benih dan tumbuh dalam sekelip mata, sehingga membesar seperti bukit. Lalu berfirman Allah SWT : Makanlah tanamanmu wahai anak Adam kerana kamu tidak kenyang daripada menikmati nikmat itu..” – Riwayat Bukhari.

sumber:
http://qlateboy86.blogspot.my/2010/05/bertani-satu-ibadah.html
http://qlateboy86.blogspot.my/2010/05/bertani-satu-ibadah.html
No comments:
Post a Comment