-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20190228

Menjejak Denai Senyummu

Alam
aku tak pernah lupakan senyummu dulu
berpuluh tahun lampau
dari anak kecil yang selalu memegang jemari arwah nenek
merisik denai
hingga kini masih bermimpi
manisnya senyummu

Alam
dan hari ini aku kemari
cuba menjejak denai
bauan rimba
yang sudah lama tidak kulawati
cuba melihat lagi senyummu
usahlah berduka
aku tidak pernah lupa
asal usulku
cuma masa menjeratku

Alam
dan hari ini aku datang lagi
datang bersama senyuman dia

senyuman dia
yang menguatkan kembali
langkah-langkahku
menguatkan jiwaku
yang satu tika longlai
seolah aku telah hilang dia

Alam
kubawa senyuman dia
melekat dijiwaku
penguat semangatku
untuk datang bertamu
denganmu

senyumanmu
senyuman dia
pengikat kukuh
jiwaku disini.....

16 September 18
Puncak Bukit Buluh
Red Forest

Penaluka Kersani is at Red Forest.

No comments: