-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20250302

131 006 wali dalam diri sendiri.

nak bentangkan apa; [bab apa/urusan apa] ??? [habaq sikit]

bab berjumpa wali atau mimpi jumpa rasulullah ???


apa yang peliknya ??? [cerita sikit]

aku tak ada masalah pun, bila berjumpa dengan apa-apa yang aku sebutkan itu [.........]

yang pertamanya dan wajib jumpa, adalah wali dalam diri aku.

[wali dalam diri sendiri tak dapat jumpa, sibuk pulak dapat berjumpa dengan wali orang lain]

mereka tu ada je dekat diri aku

[berani ke aku berjumpa dengan wali diri sendiri dan berani ke berjumpa dengan syaitan atau iblis diri sendiri ?????]

kalau aku berani aku kena cuba lah

jangan aku dok bercerita, kalau jin datang bacakanlah ayat sekian sekian, jin akan lari lentang pukang.

[itu namanya aku takut pada bayang-bayang sendiri]

aku cubalah berbicara dengan syirik diri sendiri atau yang aku sebut saka tu [berborok dengan dia, apa cerita sebenarnya sebab mereka itu dituduh saka]

jangan aku pakai bersangka-sangka dengar cerita orang jumpa sendiri baru tahu cerita sebenar mereka tu.

kalau aku nak tahu, cerita sebenar nabi nuh; aku pergi jumpa dia.

kalau aku nak tahu berita sebenar rasulullah, pergi mengadap rasulullah sendiri; jangan pakai orang tengah.

orang kata nabi dah mati, ????? 1400 tahun lebih dah, mana dapat jumpa; atau wali sekian-sekian dah lama matinya.

bagi aku; urusan berjumpa dengan mereka itu benar, tak kiralah dalam bentuk mimpi atau sedar.

apa yang nak dipertikaikan adalah mereka yang dapat berjumpa mereka itu [wali mahupun nabi] aku bukannya nak berusul urusan fekah/adat/adab mahupun ilmu; sebaliknya minta benda pelik-pelik.

aku kadangkala; disebabkan terlalu pelik atau terlalu seronok, sampai tak minta apa-apa [lidah kelu tak bercakap sepatah apapun]

contoh kepadanya;


dulu ada seorang hamba allah, berkata; dia pergi berjumpa tok peramu [masa orang tua tu hidup]

hamba allah tu sampai tak tahu apa hajat yang dia nak sebutkan kepada orang tua tu.

sampaikan orang tua tu berkata; nak apa, jangan minta yang bukan-bukan; minta lah ilmu yang baik-baik yang dia boleh ajarkan.

hamba allah tu sendiri tak tahu yang dia adalah cicit kepada tok peramu.

[sesal tak sudah dalam dirinya; orang tua tu berikannya cincin dan berkata; kalau nak jumpa tok, serulah dia [bermunajatlah memohon untuk berjumpa dan cincin tu sebagai tanda kasihnya moyangnya kepada cicit.

[hamba allah tu telah hilangkan cincin pemberian moyangnya, maka, tak adalah harapan nak jumpa orang tua tu, sebab hamba allah itu lalai dan tak yakin dalam dirinya sendiri].

berbalik kepada aku:


kalau aku berjumpa dengan wali allah atau nabi, walaupun dalam mimpi [tak payahlah hebohkan ke orang ramai. 

aku buat pakai sendiri sudah lah, orang zaman ni bukannya nak yakin dengan perkara sebegitu. mereka akan fitnahkan aku aje.

[tak pasai-pasai aje aku bersubahat dengan fitnah]

kalau aku nak bercerita juga, aku cari orang yang berilmu berkenaan dengan urusan dan bab tersebut.

aku jangan main cincai-cincai bercerita dengan sebarangan orang, walaupun dianggap cerdik atau bijak pandai dalam hal ........... [fikir sendirilah]

nanti lain yang aku bercerita lain pulok yang mereka terjemahkan. porak peranda ilmu dan iman aku nanti.

inshaallah.

22:59 

1 comment:

Anonymous said...

salam,
khilaf,

surah yunus[surah 10];[ ];

sebelum dihuraikan fasa tajuk yunus;terlebih baik lah tuanpuan memahamkan sejarah dan budinya nabi yunus.

sebab ianya mungkinan ada bersabit dengan bayangan ayat 1,surah ini.[tiga huruf]

inshaallah.