TANAH MELAYU(dari champa/Yunnan hingga lah
ketemasek@singapura), pergolakan diantara waris menjadi amat menyedihkan. Siam
islam dan pattani telah dikuasai oleh
kaum thai .champa dan kepayat Negara telah dikuasai oleh kaum Buddha. Yunnan
pula dikuasai oleh china komunis dan yang tinggal hanyalah semenanjung tanah
melayu, yang dikatakan asalnya istana maharaja bukit seguntang.
Semasa itu cermen jedah, langkasuka(kedah tua), johor
tua, Terengganu tua,Pahang tua dan negeri Sembilan tua dan beberapa lagi negeri
tua lama yang tidak dapat dikesan lagi. Keadaan mereka sentiasa bergolak dan
berperang dengan kaum thai dan berkrisis sesama waris kerabat.
Apabila muncul Melaka, semuanya digabungkan dibawah
naongan sultan malaka semasa kemuncak pemerintahan nya. Asal nya Melaka ini,
telah ditubuhkan oleh perameswara (dikatakan raja akhir dari Palembang dari keturunan kijang
putih) dan dikatakan telah memeluk islam dan menggunakan nama muhammad shah.
Raja kedua atau sultan Melaka kedua telah disandang oleh cucunya (menantu
kepada perameswara menjadi wakil sementara, beliau adalah syeh yang
mengislamkan parameswara)kerana parameswara tiada anak laki-laki.
Waris ini memerintah sehingga sultan mansor shah dan
selepas itu telah digantikan dengan anak tirinya (raja Husain atau sultan
alauddin riwayat shah@raja darah putih).
Pemilihan ini dibuat oleh tun perak (bendahara Melaka
pada masa itu)diatas sebab krisis kematian anaknya tun besar, yang menyebabkan
waris sultan mansor shah, raja Muhammad dan raja ahmad tercampak kepahang (anak
dengan puteri sri wanang*wazir siam Pahang).waris mansor shah yang lain juga
diketepikan dan tidak membantah kerana , tun perak itu adalah bapa saudara
mereka.
Sultan alauddin shah inilah yang dipanggil raja darah
putih dan keturunan raja darah putihlah yang menyambung memerintah Melaka dan
disambung oleh sultan Mahmud yang berkhawin dengan tun teja anak raja
Muhammad (bapa saudaranya,mengikut
sebelah ibu) sehingga lah kepada sultan Mahmud mangkat dijulang yang ditikam
oleh laksamana bentan atau nama lainnya tun abd samad , waris keturunan dari
tun perak.
Perlu diingatkan yang isteri sultan muhammad shah(parameswara)
dan isteri tun gajah mada ,tun pepatih
putih( datuk atau ayah tun perak) adalah adik-beradik dari anak raja dipattani.
Jadinya sultan dan bendahara Melaka adalah beripar-duai.
No comments:
Post a Comment