-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20191001

NASI LEBIH BAHAYA DARI GULA - Jom Kurus Jom Sihat.

Hasil tulisan dari pemikiran Dr. Isma boleh menyedarkan kita yang selama ini sentiasa diingatkan supaya makan nasi sebesar gengam tangan masing-masing. Dan makan ikan selebar tapak tangan masing-masing. Serta lebihkan sayur.

Sila baca selebihnya.


NASI LEBIH BAHAYA DARI GULA
oleh Isma Nazom Bin Abdul Hamid

1. Beras, jagung dan gandum lebih bahaya dari gula putih kata sesetengah pendapat orang yang membuat kajian tentang hal ini.

2. Tengok Glycemic Index (GI) dan Glycemic Load (GL) beras putih hamipr sama dengan gula putih. Beras = 92 dan gula - 100.

3. Bagi yang tahu ilmu kimia, NASI dan GULA BENDA YANG SAMA.

4. Secawan nasi sama dengan 10 sudu teh gula tak kira beras putih, perang atau beras herba.

5. Secawan nasi perang kaya dengan serat, beberapa vitamin B tetapi tetap sama dari segi kalori dengan 10 sudu teh gula.

6. Beras tidak boleh dihadam jika mentah, separuh masak atau dibuat serbuk.

7. Jika dimasak sepenuhnya ia menjadi gula dan diserap ke dalam badan dalam masa setengah jam - sama macam gula!

8. Beras tiada anti oksida pelangi. Anti oksida ini penting untuk keberkesanan pembakaran gula di dalam badan.

9. Beras putih tiada serat, beras perang banyak serat.

10. Nasi tiada rasa, sebab itu boleh dimakan secara banyak. Gula mana boleh makan 10 sudu teh sekali gus walaupun kandungannya sama. Jika nasi dikunyah betul-betul hancur di dalam mulut rasa manis seperti gula akan muncul kerana molekulnya mula pecah dan menjadi bahan kimia sama seperti gula.

11. Oleh kerana nasi rasanya tawar, kita mula tambah kicap, soso atau kuah yakni menambah garam lalu meningkatkan potensi darah tinggi.

12. Dengan memakan nasi yang banyak, ia menghalang penyerapan beberapa vitamin dan mineral seperti zink, besi dan vitamin B.

13. Sebenarnya kita bukan semulajadi makan nasi. ia hanya bermula 8,000 tahun dahulu.

14. Moyang purba kita makan makanan mentah sebelum api ditemui. Mereka makan buah, sayur, ikan mentah, kekacang dan daging mentah. Jika sesat di hutan kita boleh makan daging mentah kerana perut kita ada enzim semulajadi untuk mencernanya.

15. Orang purba tak makan nasi. Kod genetik kita sama, jadi tanpa nasi pun kita mampu hidup. Peliknya 85% orang Asia makan nasi!

16. Nasi sebenarnya tiada vitamin, tiada mineral, tiada warna, tiada serat (kecuali beras perang) dan tiada tujuan pun!

17. Kenapa bergantung kepada beras untuk kekal sihat? Makanlah makanan beraneka warna dan beraneka diet.

18. Kita ketagih nasi. Kurangkannya! Ambil lebih sayur, buah, daging putih, ikan, telur dan kekacang. Ini lebih sihat.

19. FAKTA PENTING:

  a. Nasi bukan sebahagian dari nutrisi manusia selama 3.8 juta tahun dahulu.

  b. Moyang kita hanya mengadaptasi beras 8000 tahun dahulu.

  c. 1920 an pemprosesan beras menjadi murah lalu menyebabkan Orang Asia makan dengan banyak.

  d. Secawan nasi putih sama dengan 10 sudu teh gula.

  e. Gula dalam darah meningkat dengan cepat jika makan nasi. Tidak bagus untuk pesakit diabetik.

  f. Nasi mula dihadamkan sebaik sahaja masuk ke dalam mulut.

  g. Beras tiada rasa sebab itu kita makan terlebih dan terus lakukannya.

20. Oleh kerana kita masih bergantung kepada beras import bagi keperluan tempatan, mengapa kita tidak kurangkan jumlah nasi yang diambil secara ramai-ramai dan akhirnya kita tidak perlu menimport beras lagi. Bagi peringkat mikro duit beli beras digunakan untuk membeli makanan yang sihat, bagi makro pula duit negara dapat dijimatkan dengan kurangnya import.

Isma Nazom bin Abdul Hamid
September 29 at 5:38 PM ·

sumber
FB Isma Nazom bin Abdul Hamid

No comments: