KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20191003

Pameran Lukisan Menangkap Maya - Kumpulan Seni Matakunsi

Lukisan bukan sesuatu yang mudah dihasilkan tetapi mudah sahaja jika kita diberikan bakat tersebut oleh Allah. Dengan bakat atau tugas tersebut pelukis boleh membawa masyarakat mengenali diri masing-masing.

Bila mentafsir sesuatu likisan ada orang mempunyai teknik atau cara mereka sendiri. Cara tersebut ditentukan oleh siapa diri oran tersebut.

Ada orang nampak orang lain, ada orang nampak diri dia sendiri, ada orang nampak kelompok orang (masyarakat) termasuk dia, ada orang nampak kelompok orang (masyarak) tidak termasuk dia dan ada orang yang nampak peringatan untuk dia.

Selain itu ada juga yang menilai lukisan berdasarkan bakat pelukis dan bakat dia menilai lukisan orang. Ada orang pandai melukis tetapi tidak boleh menerangkan tentang lukisan yang dinilai. Ada orang tidak pandai melukis tetapi boleh menerangkan banyak perkara tentang lukisan yang dinilai.

Keadah lain, mungkin kita boleh menilai lukisan dalam usaha untuk mencari sesuatu yang simbolik tersembunyi dalam diri kita atau untuk kenal diri. Boleh juga dimulakan dengan menjurus kepada aspek Dua Kalimah Shahadah yang menjadi Rukun Islam yang pertama yang boleh disandarkan kepada Al-Quraan pada Surah dan Ayat berkaitan. Mungkin boleh di yang tersurat dan tersurat dan tersurat melalui lukisan. Atau boleh juga menjurus kepada pendekatan yang berlainan tetapi aspek yang sama.

Untuk mengesan keupayaan anda bolehlah ke pameran lukisan.

Pameran Seni Visual Menangkap Maya oleh Kumpulan Seni Mtakunsi. Artisnya adalah: Shamri Azwan, Tune Zikri, Lyna Khairi, Rozmiza Hassan, Mr Loq, Abinaj, Zam Tarmidzi, Awie Mozab, Faza H dan Che Ros.
 01.
 02.
 03.
 04.
 05.
 06.
 07.
 08.
 09.
 10.
 11.
 12.
 13.
 14.
 15.
 16.
 17.
 18.
19.

No comments: