-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20191104

Tokoh Pengarang dan Penyalin Manuskrip Negeri Pahang.

Berikut adalah petikan dari Manuskrip Negeri Pahang yang membicarakan tokoh pengarah dan penyalin manuskrip lama Pahang yang diambil dari sumber upsi.edu.my.

KANDUNGAN
BAHAGIAN A: Pendahuluan
BAHAGIAN B: Kajian Lepas
BAHAGIAN C: Karya hasil tulisan pengarang negeri Pahang
BAHAGIAN D: Salinan karya yang telah ditemui di Pahang

BAHAGIAN A – pendahuluan

Manuskrip Negeri Pahang: Membicarakan Tokoh Pengarang & Penyalin
Oleh: Dr. Jelani Harun
27-28 Oktober 2001
Tempat: Auditorium Taman Budaya, Kuantan

Manuskrip negeri Pahang yang dimaksudkan dalam tulisan ini adalah manuskrip yang ditulis dinegeri Pahang, menceritakan hal-ehwal yang berlaku di Pahang, dan sebaik-baiknya oleh pengarang yang berasal dari negeri Pahang.

Justeru sebuah manuskrip yang ditemui diPahang tetapi diketahui telah ditulis diIuar dari negeri Pahang  dan oleh pengarang yang bukan kelahiran Pahang, maka dengan sendirinya tidak dapat dianggap sebagai khazanah manuskrip negeri Pahang.

Sebaliknya, sebuah manuskrip yang ditemui diIuar dari negeri Pahang, tetapi diketahui telah ditulis diPahang oleh pengarang yang berasal dari negeri Pahang, maka manuskrip berkenaan adalah tergolong dalam khazanah manuskrip negeri Pahang.

BAHAGIAN B - kajian lepas

Kajian penulis mendapati usaha mengesan dan membuat senarai manuskrip yang terdapat dinegeri Pahang telah pun dilakukan oleh beberapa pihak seperti berikut:

(A) Josselin De Jong (1980:24-25)
Berjaya mengesan sebanyak 30 buah manuskrip yang menjadi koleksi beberapa orang penyimpan di Kelantan, Terangganu, Kedah dan Pahang. Empat buah dikesan pada seorang keluarga diraja di Pekan, Pahang.

(B) Arifin Said (1987:40-44)
Manuskrip-manuskrip berkenaan ialah 4 buah hikayat panji, 2 buah kitab tentang hukum Islam, 1 buah kitab perubatan, 1 buah kitab kebajikan dan 1 buah kitab nasihat.

(C) Siti Hawa Haji Salleh(1997:334-336)
Didalam kajian tersebut, ada dicatatkan bahawa dalam tahun 1987, Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang, telah menyerahkan 8 buah manuskrip kepada pihak Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

(D) Laporan pengesanan manuskrip diPahang oleh Puan Munazzah Zakaria
ada dinyatakan senarai 7 buah manuskrip yang kini tersimpan diMuzium Sultan Abu Bakar,Pekan,Pahang.

Gundah hati bukan kepalang, 
Jarang merasa hati yang senang, 
Dagang nan duduk dinegeri Pahang,
Adik dan kakak bertemu pun jarang.

(E) Mohd.Yusof Abdullah (2001:8-10)
Telah menyenaraikan 40 buah manuskrip yang dikatakan telah diserahkan oleh Tengku Mariam * kepada pihak Muzium Negeri Terengganu.

*Tengku Mariam Binti Almarhum Sultan Ahmad, sultan Pahang antara tahun 1882-1914.Pada 21 Julai 1913, Tengku Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, yakni sultan Terengganu yang ke-13(1920-1942).

Perkahwinan tersebut telah membawa Tengku Mariam berpindah ke istana Terengganu dan kemudiannya menjadi Tengku Ampuan Terengganu.

(F) Shafie Abu Bakar(1987)dan Abu Hassan Sham(1998)
Tuk Shihabuddin Bin Zainal Abidin (lahir 1728) dikatakan berasal dari Kampung Berhala Gantang, Temerloh, telah mengarang beberapa buah syair tasawuf.

Tuk Shihabuddin ada meninggalkan beberapa orang anak yang juga telah menjadi ulama dan pengarang dinegeri Pahang masa lalu, antaranya ialah
- Tuan Teh,
- Nung Qadi,
- Haji Ibrahim,
- Qadi Ahamad dan
- Qadi Haji Ismail

Pameran manuskrip diMuzium Tokoh Kuantan mendapati sebuah manuskrip yang dikatakan hasil tulisan Tuan Muhammad Bin Shihabuddin Bin Zainal Abidin dari Kampung Berhala Gantang.

(G) Dato' Haji Mohd. Taib Haji Hassan (1992)
ada mencatatkan tentang tokoh ulamak dan pengarang istana bernama Haji Uthman Bin Senik(lahir 1838), yakni Mufti Pahang pada zaman Sultan Ahmad.

Dikatakan mendalami ilmu hikmah (firasat) dan ilmu perubatan serta kepandaian membuat pelbagai jenis makjun. Beliau juga dikatakan pernah mengarang sebuah kitab tentang ilmu-ilmu tersebut yang masih belum ditemui hingga sekarang.

(H) Kalthum Jeran (1986)
Hikayat Pahang merupakan salah sebuah karya sastera bercorak sejarah negeri Pahang yang sangat penting. lsi karya tersebut berkisar kepada peristiwa-peristi wayang berlakudi Pahang antara tahun 1800 hingga 1930an, yakni dalam masa pemerintahan Bendahara Ali,Tun Mutahir dan Bendahara Tun Ahmad, termasuklah kisah perang saudara yang akhimya membawa Tun Ahmad ketakhta kerajaan Pahang dan juga campurtangan kuasa Inggeris di Pahang.

Diakhir manuskrip tersebut terdapat catatan pengarang seperti berikut: "telah selesai fakir mengarangkan hikayat ini iaitu Peranakan Pahang".

Didalam kajian Muhammad Yusoff Hashim ada mencatatkan tentang satu sumber lisan yang diperolehinya daripada Dato'Zakaria Hitam pada tahun 1986 tentang nama pengarang Hikayat Pahang sebagai Haji Muhammad Noor.

Hakikat tentang keturunan Haji Muhammad Noor yang masih berada di Pahang hingga kini turut merupakan sumber penyelidikan yang cukup berharga.

    (H)(i) ANAK-ANAK TUK MERAH
Datuk Merah Ali + Tuk Piah
Anak:
(1). Tuk Sa'iya
(2). Tuk Imam
(3). Tuk Hamira (Mira)

    (H)(ii) KETURUNAN HAJI MUHAMMAD NOOR

Datuk Merah Ali + Tuk Piah
|
Tuk Sa'iya + Tambi Bulla Sayyid Abdul Rahman
|
Tuk Haji Abdul Karim + Tuk Maghubah
|
Haji Abdul Mubin
|
Haji Abdul Hamid
|
Haji Muhammad Noor
|
Haji Abdul Rahman
|
Haji Abdul Majid
|
Encik Aziz

(I) Mohamad Mokhtar Abu Bakar(1997:1)
Di Muzium Sultan Abu Bakar terdapat sebuah lagi manuskrip Hukum Kanun Pahang (Naskhah D)
yang "di perolehi daripada seorang penjual barang-barang antik yang mendapatinya daripada Patani".

Manuskripyang ditemui diPatani tidak semestinya ditulis/disalin di Patani. Ada kemungkinan manuskrip penting tentang perundangan negeri Pahang tersebut merupakan tulisan atau salinan oleh penyalin yang berasal dari negeri Pahang sendiri.

BAHAGIAN C - Karya hasil tulisan pengarang negeri Pahang

GENRE SEJARAH

Hikayat Pahang, Muzium Sultan Abu Bakar(belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

Hikayat Perang PahangI Syair Pahang (Muzium Negeri Terengganu).Pengarang tidak diketahui.

Syair Tanah Melayu iaitu Cerita Perang Pahang dan Johor Baharu karangan Peranakan Lingga yang tinggal dinegeri Pahang(cap batu Singapura,1900).

Geneologi Raja-Raja Pahang (MS Or.833, University Cambridge)karangan Peranakan Pahang.

Sejarah Pahang milik Tengku Besar Pahang (MS tidak diketahui).

Syair Perang Pahang Dengan Johor milik Tengku Besar Pahang (MS tidakdi ketahui).

GENRE UNDANG-UNDANG
Hukum Kanun Pahang. Muzium Sultan Abu Bakar(belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

GENRE KITAB
Kitab Majliatul Musalli karangan Tuan Haji Uthman Senik

Sebuah kitab fekah, tauhid dan tasawuf' karangan Tuan Muhammad Bin Shihabuddin Bin Zainal Abidin, Kampung Berhala Gantang(manuskrip di Muzium Tokoh Kuantan).

Dua buah kitab tentang hukum Islam (Perpustakaan Negara Malaysia).Pengarang tidak diketahui.

Kitab sembahyang, Muzium Sultan Abu Bakar(belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

Kitab Tauhid, Muzium Sultan Abu Bakar(belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

GENRE TASAWUF
Syair Asyiqin, karangan Tuk Shihabuddin

Syair Usul, karangan Tuk Shihabuddin

Syair Ghafilah, karangan Tuk Shihabuddin

Syair Sifat Dua Puluh karangan Tuk Shihabuddin

Syair Tumbuhan karangan Tuk Shihabuddin

Dua buah Nazam Nabi Muhammad, Muzium Sultan Abu Bakar (belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

UMUM
Ilmu hikmah (firasat) dan llmu perubatan karangan Haji Uthman Senik(MS tidak diketahui)

Syair-Syair Tengku Ampuan Mariam dan Joget Pahang & Gamelan kemungkinan tulisan Tengku Ampuan Maria (manuskrip diMuzium Negeri Terengganu),

Kitab Bahasa Nusantara, Muzium Sultan Abu Bakar(belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

Sebuah karya nasihat dan pedoman (Perpustakaan Negara Malaysia).Pengarang tidak diketahui.

BAHAGIAN D - Salinan karya yang telah ditemui di Pahang

Hikayat Temenggong Jaga Seteru,  (Perpustakaan Negara Malaysia). Penyalin tidak di ketahui.

Hikayat Petrok Mungga RatuI (Hikayat Bambang Arjuna), (Perpustakaan Negara Malaysia). Penyalin tidak di ketahui.

Hikayat Pendawa Al-Bur (Perpustakaan Negara Malaysia). Penyalin tidakdi ketahui.

Hikayat Hang Tuah milik Tengku Besar Pahang

Hikayat Sultan Ibrahim ibn Adham, Muzium Sultan Abu Bakar belum dikatalog).Penyalin tidak diketahui

Bustanal-Salatin milik Tengku Besar Pahang

Bustanal-Salatin (Bah Vll) milik Tuan Haji Yaakub Isa, Kuantan, Pahang

RUJUKAN
http://ir.upsi.edu.my/1540/1/Manuskrip%20Negeri%20Pahang-%20membicarakan%20tokoh%20pengarang%20dan%20penyalin.pdf

3 comments:

Anonymous said...

salam;

jika diletakkan gelaran tun dihadapan ahmad,itu bukannya wan ahmad bendahara.

dan jika diletakkan gelaran sultan dihadapan ahmad,itu bukan wan ahmad bendahara juga.


hati-hati lah dalam penggunaan gelaran kepada nama;lain padang lain belalang. salah letakkan gelaran,akan menyebabkan bercerita bersilang lintangpukang,diri orang lain kisahnya kisah orang lain.

sultan ahmad itu adalah moyang kepada wan ahmad sebelah ibunya.

dan tun ahmad itu pulok adalah. carilah sendiri. dalam sejarah ada menyebutkan hal diri tun ahmad itu.

kesemuanya berkisar cerita dalam pahang,cumanya masa dan tahun yang berbeza sahaja.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;

hj othman bin senik,bukannya mufti kepada sultan ahmad atau wan ahmad bendahara lah,dia mufti kepada sultan abdullah.kalau tok senik ayah kepada hj othman,itu betul,tapi bukan mufti wan ahmad atau sultan ahmad,dia guru agama dalam istana semasa istana di pulau tawar jerantut.

wan ahmad tidak sempat jadi raja di istana pekan,yang jadi raja,anaknya sultan mahmud,abang kepada sultan abdullah,adik beradik seayah,dari berlainan ibu.

wan ahmad...raja bendahara...di pulau tawar [istana].[cucu kepada raja bendahara tun ali],[ayah kepada kedua sultan mahmud dan sultan abdullah]

sultan mahmud... raja...di pekan [istana].[adik beradik] [anak-anaknya,carilah sendiri]

sultan abdullah...raja...di pekan [istana].[adik beradik] [ibunya siapa dan bini pertamanya siapa,carilah sendiri]

sultan abu bakar...raja di pekan [istana].[anak sulung bini kedua kepada sultan abdullah, ibunya anak sultan abdullah perak].

dan susunan yang lainnya semak-semak lah sendiri.[jangan dok beranggapan seumur hayat].

Anonymous said...

salam;

tuk merak atau datuk merah ali;itu adalah merah ali adik beradik dengan jaffar ali dan sadali,keluarganya di pekan,yang sebelumnya bermukim di padang tengku.

dan cerita lain,cari sendiri.