Kebiasaannya pokok mempunyai daun berwarna hijau dibahagian atas dan bawah. Warna hijau ini diperlukan oleh daun untuk menghasilkan makanan untuk pokok dengan bantuan cahaya matahari.
Tetapi ada pokok yang ditakdirkan oleh Allah mempunyai daun yang warna hijau dan merah.
Itulah Pokok Sambang Darah, sejenis pokok herba beracun. Nama Sambang Darah ini digunakan di Indonesia. Daun pokok ini ada dua warna. Bahagian atas daun berwarna hijau dan bahagian bawah daun berwarna merah darah. Merah yang seakan-akan warna merah daging lembu/kerbau.
Seolah-olah daun ini mempunyai dua watak atau dua tanggungjawab.
Jika terus difikir-fikirkan, kita juga mempunyai dua tugas atau tanggungjawab. Satu tanggungjawab untuk kehidupan dunia dan satu lagi tanggungjawab untuk kehidupan akhirat. tugas yang jelas dan nyata adalah tugas keduniaan yang perlukan kita mencari sumber pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.
Ketika kita bertugas untuk mencari pendapatan dunia, serentak dengan bermulanya tugas itu, bermulalah juga tugas untuk mencari pendapatan akhirat. Ibarat daun Sambang Darah warna hijau tetap diatas dan warna merah darah tetap dibawah. Tidak boleh lebihkan urusan dunia dan kurangkan urusan akhirat. Atau lebihkan urusan akhirat dan kurangkan urusan dunia.
Bagi sehelai daun Sambang Darah, perbezaan tugas tersebut mudah diasingkan kerana telah ada sempadan yang nyata antara hijau dan merah darah. Bagi seorang manusia, perbezaan tugas tersebut sukar dilakukan kerana tiada sempadan nyata antara urusan dunia dan akhirat. Tidak seperti persimpangan lampu isyarat, lampu hijau jalan dan lampu merah kena tunggu lampu hijau menyala. Tetapi masing-masing tetap dilaluan masing-masing.
Kita tidak mampu untuk bahagikan sama rata masa yang Allah berikan 24 jam sehari. Kononnya 12 jam untuk dunia dan 12 jam lagi untuk akhirat. Sebenarnya dalam 24 jam tersebut tergabungnya urusan duni dan urusan akhirat.
Mungkinkah kehidupan seorang manusia Umat Nabi Muhammad SAW berbeza dengan sehelai daun Sambang Darah. Allah SWT tugaskan syaitan untuk mnghalang kesempurnaan agihan tugas manusia tetapi daun tidak?
Kalau manusia Umat Nabi Muhammad SAW boleh mati begitu juga daun Sambang Darah juga boleh mati. Seorang manusia boleh larikan diri dari syaitan untuk menyelamatkan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Tetapi sehelai daun Sambang Darah tidak boleh untuk larikan diri dari angin, hujan, ribut, petir dan taufan. Bila ianya melanda bukan setakat sehelai daun boleh gugur tetapi sebatang pokoknya boleh tercabut.
Untuk membantu kita, Allah SWT telah untuskan sesorang yang amat disayangiNYA.
Apabila seorang menyalakan api maka, banyak seranga yang tertarik kepada api dan berlumpa-lumba jatuh kedalam api tersebut. Begitu juga manusia, apabila seorang menyalakan urusan dunia, ramai manusia yang tertarik kepada urusan dunia dan berlumba-lumba untuk terjunam dalam urusan tersebut. Tetapi apabila ada seseorang menyalakan urusan akhirat, ramai manusia yang tertarik kepada urusan akhirat tersebut dan juga berlumba-lumba untuk terjunam dalam urusan tersebut.
Berbalik kepada daun Sambang Darah, bahagian hijau tetap hijau dan bahagian merah tetap merah.
4 comments:
salam;
sebab itu lah disebutkan sebagai; 2x5=10:5x2=10.maka jawapannya tetap sepuluh.
contoh tauladan dan pengajaran hanya didepan mata sahaja.
salam;
mereka sebutkan sebagai ahli sunnah wal jamaah,dan mengikut sunnah rasulullah,dan makanan sunnah,dan macam-macam disandarkan kepada sunnah,termasuklah bersunat[berkatan]disebutkan bersunnah.
dan kalau dah semuanya bersunnah,bila masanya mereka nak berwajib pulok.ahli wajib wal jamaah nya mana?.dan mengikut wajib rasulullah nya mana?. dan makanan wajib nya ?. dah semuanya disandarkan kepada yang sunnah,bila masanya nak disandarkan kepada yang wajib.
nabi muhammad saw buat dua perkara serentak;dia melakukan yang wajib dan melakukan yang sunnah.bagi menjalankan amar makruf nahi mungkar dan contoh tauladan. serentak.
inshaallah.
salam;
dan para sahabat nabi muhammad juga melakukan dua perkara yang sama itu,menjalankan yang wajib dan mengikuti yang sunnah dengan serentak.dan apabila mereka bertemu akan dua perkara yang wajib dan sunnah bertembung,maka mereka mendahulukan yang wajib terlebih dahulu dan bukan yang sunnah.dan kalau brtembungnya dua perkara yang wajib,maka,yang wajib lebih berat akan di dahulukan dari yang wajib yang ringan.
dan para sahabat bukan mengikut membuta tuli semata.mereka menggunakan budibicara dan bukannya sifat kesian dalam menyelesaikan urusan.[kesian dalam diri,atau bersifat kesian akan menyebabkan tanggungjawab menjadi terhakis dan akan merosakkan tanggungjawab itu sendiri].
dan dengan sebab itu[ sifat kesian],boleh menyebabkan seluruh masyarakat dan tamadun manusia berkecai atau porakperanda.
[baca sejarah manusia zaman dulu lah,dan perhatikan ceritanya sejarah itu,akan kejadiannya].[ dan kalau malas nak fikir banyak dan lama-lama atau menggunakan akal,tak payah ........] jawab sendiri lah.
inshaallah.
salam;
orang tua berkata; ada ubi ada batasnya,dan orang berbudi kita berbahasa:
dan manusia melayu zaman ini,kebanyakannya telah menyalah fahamkan akan keduanya bagi kepentingan perut memasing.
dan diberikan allah kepada manusia sebagai anugerahnya,untuk kemudahan dan keselesaan manusia,sebaliknya manusia menjadi tamak dan kedekut.mereka berkira-kira bila hendak memberi kepada makhluk lain,dan bila mereka meminta dalam doanya mereka,mereka rakus dan gelojoh dengan permintaan mereka yang berbagai-bagai kehendak.
pencarian mereka dalam hidup,tidak mereka ketahui untuk tujuan apa yang sebenar-benarnya. mereka seolah-olah tidak mengenal diri mereka sendiri.dan tiada penyelesaian bagi menyelamatkan diri mereka dan keluarga mereka,dan manusia yang lain. mereka hanya menuruti kepada percakapan manusia yang sebelum mereka atau cakap-cakap orang semata.
bergitulah manusia pada zaman jahiliah dahulu itu;[mereka menyebutkan: kami hanya menurut dengan apa yang datuk nenek dan moyang kami perbuat].
menungkan lah perkara ini sebentar,semoga mendapat manafaat dari menungan itu.
inshaallah.
Post a Comment