terkandung pengertian
menuduh Allah tidak memberi kepadamu.
Mintamu kepada Allah
supaya mendekatkan dirimu kepadaNYA,
bermaksud engkau masih merasa jauh daripadaNYA.
Mintamu kepada Allah
untuk mencapai kedudukan dunia akhirat
membukitkan tiada malumu kepadaNYA.
Permintaan seorang hamba
terbahagi dalam beberapa macam.
Percaya bahawa Allah akan memberi
tanpa kita minta
maka kita tidak perlu meminta
kerana bimbang tidak diberi apa yang diperlukannya
kerana sangka Allah melupakannya
kerana merasa dia ada hak tetapi Allah belum beri.
Permintaanmu yang berkait
kepentingan duniawi
menunjukkan tiada malu kepadaNYA.
Sekiranya engkau ada rasa malu
tentu tiada permintaan
selain permintaan untuk
menurut perintahnya.
Hanya inilah yang tepat dan benar.
2 comments:
salam;
renungkan kembali; khutabah jumaat di arafah oleh nabi muhammad saw pada masa hajinya [yg pertama dan yg terakhir].
dalamnya adalah wahyu terakhir yg diturunkan.
dan dalam ucapannya; selepas dibacakan wahyu akhir itu....sampaikanlah kepada orang orang@mereka yang dibelakang kalian@kamu,,,moga-moga mereka lebih@dapat mengerti dengan apa yang aku@kami[nabi] ucapkan pada hari ini.[lebih kuranglah terjemahannya]
[teks ucapannya;cari dan bacalah yg sebenar@asal]
kalau mahu kembali kepada adab islam yang nabi muhammad saw telah diperintahkan allah untuk menyempurnakan.
akan jahil lah manusia apabila mereka keluar dari lingkungan adab.
dari situlah maka bermulanya disebutkan oleh orang melayu;....[tak beradab] atau kurang ajar.[cakap kasarnya].
inshaallah.
salam;
sebagai renungan;
makanya; nabi muhammad saw telah menjalankan tugasnya... membetulkan dan menyempurnakan adab manusia dari berkelakuan adat jahil berpandukan atau mengikut fekah yang sebenar,seperti yang tertulis dalam kitab yang sejak azali.
makanya; apabila manusia mengbengokkan dan merubah fekahnya dan ilmunya mengikut ego diri sendiri,itu yang disebutkan sebagai orang jahil[jahiliah]. orang melayu kiaskan sebagai buta kayu;[menolak atau mengenepikan faham serta tahu perkara yang sebenar].
inshaallah.
Post a Comment