Dalam mengesan siapa diri kita, kita boleh melihat berdasarkan tiga perkara iaitu Keturunan, Ketuhanan dan Keilmuan.
Keturunan bermaksud jalur keturunan kita. Siapa keturunan kita belah ayah dan belah mak. Siapakan tok moyang kita yang paling atas yang kita dapat kesan. Jangan susun belah ayah ke ayah sahaja. Kena susun juga belah mak ke mak. Kadang-kadang kita tak sangka siapakan sebenarnya keturunan kita.
Ketuhanan pula bermaksuh jalur ketuhanan kita. Apakah yang mak ayah tok moyang kita pegang dan apakah yang diajarkan kepada kita. Kadang-kadang kita pergi belajar dengan orang lain yang bukan keturunan kita. Tetapi akhirnya kita akan condong kepada pendekatan yang dipegang oleh keturunan kita. Kadang-kadang kita tak sangka bahawa tuhan dan Allah amat berbeza. Tuhan ada banyak, tetapi Allah bukan satu tapi Esa.
Keilmuan pula bermaksud jalur keilmuan kita. Apakah ilmu atau kepandaian yang mak ayah tok moyang kita pandai buat. Kebiasaannya kepandaian tersebut akan mengalir kepada kita. Kadang-kadang kita belajar pelbagai ilmu dengan orang lain tetapi akhirnya kita menjadi condong kepada ilmu atau kepandaian yang ada dalam keluarga kita. Kadang-kadang kita tak sangka abang kakak adik cucu kita ada kemahiran yang tak perlu susah payah nak belajar. Tengok orang buat atau dengar orang bercerita atau buat main-main tiba-tiba dah terus pandai.
Kesimpulan. Apa yang saya nak katakan adalah ... adakalanya kita menyusun keturunan kita sahaja tampa mengaitkan dengan ketuhanan dan keilmuan. Adakalanya kita menunpukan kepada ketuhanan sahaja tampa terlintas adanya kaitan dengan keturunan dan keilmuan. Ada kala juga kita mendalami keilmuan kita tampa menghububgkaitkan dengan keturunan dan ketuhanan.
Dengan perkataan lain, ada orang menganggap tiga perkara ini, iaitu Keturunan dan Ketuhanan dan Keilmuan bergerak seiring tetapi dalam laluan yang berasingan.
Pada pemikiran saya, mencari keturunan mempunyai kaitan dengan mencari ketuhanan. Mencari keturunan mempunyai kaitan dengan mencari keilmuan. Mencari keilmuan mempunyai kaitan dengan mencari keturunan. Tiga jalur ini akhirnya perlu bergerak sebagai satu jalur.
Tetapi saudara saudari jangan pula keliru. Kerana pencariannya perlu dibuat secara berasingan. Kenali dahulu jalur keturunan kita. Kenali juga jalur ketuhahan kita dan kenali juga jalur keilmuan kita. Baru cantumkan jadi satu.
Satu kepada tiga dan tiga kepada satu.
Kadang-kadang kita susah nak faham apa yang kita tak faham. Tapi kena teruskan mencari Jalan Pulang dan Jalan Selamat. Ada orang kata nak belajar kena ada guru. Tetap banyak guru yang telah menyesatkan banyak orang.
No comments:
Post a Comment