01. Dann Salleh sedang menyiapkan gambar pengantin baru.
Setelah dapat mencipta nama yang stabil bagi mencari makan dengan melukis, saudara Daan Salleh akhirnya kembali ke kampung asal Bera, untuk meneruskan kerjaya melukis. Kalau orang bertanya adakah pelangan di Bera yang mahu menempah lukisan. Cukupkah pendapatan untuk menyara keluarga. Jawapan saudara Daan Salleh cukup mudah, saya hanya melukis di Kerayong Bera, pelanggan saya semuanya datang dari luar Pahang.
Kini Saudara Dann menyewa kedai Majlis Daerah Bera berhampiran Stesyen Bas Bandar Bera.
Untuk sampai ke tahap ini perlukan kesabaran yang tinggi. Kalau nak cari shortcut bagi berjaya sebagai pelukis memang susah. kesabaran yang sanggup di tanggung selama ini telah mula menampakkan hasil.
Saudara Dann berasal dari Kelantan dan berkahwin dengan orang Simpang Pelangai Pahang. Tetapi telah lama menetap di Pahang apabila ayah berjaya memohon untuk menjadi peneroka felda di Pahang. Kini beliau lebih dikenali sebagai Pelukis Felda Bukit Kepayang.
Bila ditanya harga sesebuah lukisannya, Saudara Dann tidak segan silu menyatakan harganya bermula dengan RM500. Kesungguhan yang perlu ditunjukkan bagi menghasilkan satu-satu tempahan adalah tinggi. Ini bukan kerja main-main malah tak ada ruang untuk main-main dalam melukis.
Saudara Dann tidak kedekut ilmu, sesiapa yang ingin belajar dipersilakan. Untuk menjadi orang seni perlu berfikir dengan cara yang berlainan atau berlawanan dengan orang bukan seni. Pada peringkat awal perlu belajar mengikut semua peraturan atau prinsip seni lukis. Setelah 20 tahun saudara Dann telah mula melangar perinsip-prinsip tersebut bagi menghasilkan evolusi dalam penghasilan karya seni beliau. Kalau nak dihuraikan evolusi tersebut, susah. Semua pelukis kena cuba dengan cara masing-masing. Kalau belum sampai 20 tahun pengalaman tak perlu cuba.
Hanya orang seni yang memahami orang seni.
02. Alat melukis yang digunakan oleh Dann Salleh.
03. Gambar P. Ramli yang dihasilkan oleh Dann Salleh.
04. Gambar orang lama yang dilukis oleh Dann Salleh.
Tidak semua gambar yang dihasilkan oleh Saudara Hamdan adalah untuk jualan. Ada banyak koleksi gambar yang telah siap dilukis oleh Saudara Hamdan tetapi untuk koleksi peribadi.
Terbaru ini Saudara Hamdan Salleh menawarkan gambar Tasik Bera masa jambatan kayu untuk dilukis. Gambar Tasik Bera tersebut telah diserahkan oleh seorang jurugambar kepada Saudara Hamdan Salleh. Pembeli boleh memilih gambar yang disukai untuk dilukis oleh Saudara Hamdan.
Pembeli boleh memilih gambar Rimba Rekreasi Bukit Bertangga untuk dilukis oleh Saudara Hamdan Salleh.
No comments:
Post a Comment