-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120919

Kubur Pawang Nong Ulu Cheka

Pawang Nong atau nama biasa Haji Nong Taib Bin Santan. Beliau juga adalah orang kuat Mat Kilau. Pernah terlibat dalam tugas penting semasa keganasan komunis.
sumber gambar: mforum2.cari.com.my

Pawang Nong dilahirkan di Kampung Sempiat,Tanjung Besar, Benta Kuala Lipis pada tahun 1874. Pawang Nong meninggal dunia pada 10 November 1977 di Kampung Ulu Cheka.

Sekarang kita boleh melawat kubur Pawang Nong di perkarangan masjid Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Sekitar kampung Ulu Cheka ini masih banyak terdapat waris-waris Pawang Nong.

Pawang Nong berjaya menangkap orang minyak yang berluluasa di sekitar Ulu Cheka dan Damak.

Ketika zaman penjajahan tentera Jepun, Pawang Nong erjaya memagari kawasan perkampungan dari Kampung Damak sehinggalah ke kampung Ulu Cheka sehingga tidak dilihat atau dicerobohi oleh tentera Jepun.

Pawang Nong mempunyai dua orang isteri serta dikurniakan 11 orang anak hasil perkahwinan beliau iaitu isteri pertama iaitu Patam Mat Sama yang dikurniakan 8 orang anak iaitu 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Bersama isteri kedua yang bernama Hajah Halimat Binti Mak Long, Pawang Nong dikurniakan 3 orang anak iaitu 1 lelaki dan 2 perempuan.
01. Kubur Pawang Nong
02. Cerita Pawang Nong
03. Kubur Pawang Nong
04. Ajak dan Musanif

Pertemuan bersejarah antara waris Pawang Nong (Ajak) dengan waris Pawang Kadir (Musanif). Pertemuan ini berlangsung di rumah Saudara Ajak di Ulu Cheka. Kedua-kedua waris ini mungkin  bercantung di peringkat moyang Komeng. Pertemuan antara pawang dihulu dan pawang dihilir berlaku dalam suasa yang ceria.

4 comments:

Anonymous said...

Salam tuan...,

Saya ingin sedikit berkongsi cerita. Pada tahun 1962 (jika tak silap). Pada suatu ketika telah berlaku musim "hawar" melanda kawasan Ulu Cheka dan kampung sekitar. Hj Nong Taib bin Santan atau Pawang Nong telah memulakan "mentera" menghalau makhluk halus (mungkin, maaf saya tak berapa ingat kerana pada masa itu berumur l/kurang 6 tahun) yang dikatakan sering menggangu penduduk mukim berkenaan yang membawa wabak penyakit. Oleh kerana terlalu lama berlaku keadaan sekarang ini saya tidak berapa ingat juga, Allahyarham berjaya "menghalau" makhluk halus dengan izin Allah SWT. Upacara tersebut diadakan dirumah salah seorang penduduk tempatan di Kg. Tanjung Puteri, Ulu Cheka bernama Hj Imam Noor. Apa yang menakjubkan, ketika "menghalau" lampu rumah dipadamkan, cuma diterangi dengan api lilin yang dipegang oleh beliau. Maksudkan saya yang "menakjubkan" semasa menghalau, Allahyarham telah melakukan lompatan menghadap ke arah pintu besar rumah tersebut menyebabkan rumah bergegar. Lantas menyatakan di sana "ada kuman". Hadirin yang agak ramai kelihatan terkejut juga. Maaf saya tidak berapa ingat juga, diluar rumah kelihatan gelap gelita manakala pokok-pokok sekitar rumah bergoyang seolah-olah ditiup angin yang kencang. Saya percaya dengan izin Allah SWT, itulah sebahagian ilmu dimiliki Allahyarham bernama Hj Nong Taib atau Pawang Nong dianugerahkan kepadanya.

Ini bukanlah sejarah, tetapi hanya ingatan tetapi bukan dongeng. Kehebatan Allahyarham bukan sahaja boleh menghalau komunis tetapi juga "makhluk gangguan"...

Wallahualam bii sawob...

. said...

Seronok baca cerita tuan. terima kasih kerana berkongsi. Kalau ada yang lain boleh lah kongsi lagi.

Pawang Nong ada simpan Chokma tak? Saya pun tak pasti apa bendanya chokma tu.

Insan marhaen said...

kalau ada pun takkan ditunjukkannya,musuh-musuh nyata sentiasa menghidu kemanakah tumpah kuahnya.Biarlah rahsia.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


masalah sikap sangsi diantara satu dengan lain amat menebat dalam kalangan waris-waris.

musuh hanya disebut sebagai musuh adalah apa yang tarsebut[di khilafkan dalam al quraan dan rasulullah saw],maka yang selainnya kesangsian dan beranggapan semata aje.[yang orang melayu sebutkan sebagai 'takut kepada bayang-bayang sendiri,dan bukannya pada musuh].

berkawan,kena kenal kawan,:bergitu juga musuh,kena kenal musuh.maka kenal belajarlah ilmu mengenal.