INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20121106

Gerai Masakan Ayam Kampung cara Orang Maran

Pada 10hb Julai 2010, saya telah dapat menikmati masakan kampung di gerai MDM (Majlis Daerah Maran) tepi jalan di Daerah Maran. Kawasannya sebelum sampai jejantas. Gerai hujung sekali.

Keistimewaan gerai ini kerana ada menyediakan masakan ayam kampung. masakan ini bersempena dengan gelaran Maran Bandar Ayam Kampung. Tapi sayangnya saya terlupa nak tangkap gambar masakan ayam kampung bakar yang dihidangkan. Mungkin kerana teruja dengan aroma masakan ayam kampung bakar yang dihidangkan. Sungguh puas hati makan disini. kata orang ramai YB suka makan disini. Masih terasa rugi kerana langsung tak teringat nak tangkap gambar hidangan ayam kampung bakar.


05. Sambal pencicah cara orang Maran untuk makan dengan ayam kampung bakar yang dibuat dengan cara orang Maran. Hingga menjilat jari.

04. Ikan bakar berlada cara orang Maran, memang sedap.

03. Masak lemak pucuk labu cara orang Maran, memang sedap.

02. Masakan umbut kelapa cara orang Maran, memang menyelerakan.

01. Masakan ikan patin cara orang Maran, memang sungguh menaikkan nafsu makan.

Ada banyak cerita tentang masakan ayam kampung. Banyak yang sedap-sedap dan ada juga yang kurang sedap. Tetapi ayam kampung bakar di Maran memang sedap. Bila tengok gambar-gambar ni, serta merta lapar. Nak gi terus cari gerai ni di Maran ... tapi tak berapa ingat kedainya yang mana satu!

Kalau pembaca dan tercari-cari tapi tak jumpa-jumpa ... pakat nengok gambor ajalah. Kalau sapa-sapa dah jumpa kat mana kedainya, bagi tau. (Betul-betul lupa).

Links:
1. nasi-ayam-kampung-restoran-hassan
2. sup-ayam-kampung
3. restoran-nasi-ayam-kampung-kota
4. nasi-ayam-kampung
5.  mengidam-ayam-kampung-salai-masak-lemak
6. lauk-gulai-ayam-kampung

3 comments:

Anonymous said...

Salam...,

Lar awak jangan dok buat pelek sangatlah aih!!!, Ajak jer kawan ni gi ke situ, janji awak belanja kawan makan, nak ambil gambar berapa keping pun ambil ajerlah aih...

Gurau di pagi hari Asyura.

Laman Pahang said...

Boleh aja. Bila nak gi.

prog muten said...

Admin tumpang sekejap yer...
Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
elaun : rm1200/sem
yuran : rm200/sem
https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh