KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20121102

B08 Membuang diri dengan 6 sumpah


 Pihak kami juga sedang membuat penyelidikan bagi mengumpul ayat-ayat sumpah yang dipegang oleh sesetengah moyang kita dan kita hingga ke hari ini. Berikut adalah 6 sumpah moyang kita.

SUMPAH MEMBUANG DIRI MOYANG-MOYANG DAHULU (KHASAF)

1] DIBUANG BATU KE LUBUK,KALAU TIMBUL. DI TANAM KELADI TERBALIK,KALAU HIDUP.

2] ¾ GANTANG EMAS DIBERI PADA RAKYAT, ¼ GANTANG DIBUANG KELAUT.

3] TOMPANG BERMUKIM DIPAHANG .

4] DILAMBUNG TOMBAK KE LANGIT.

5] NYOR GADING BERCABANG DUA.

6]*****BAIT KEPADA RASUL DAN EMPAT KHALIFAH  AL-RASIDIN.++ {SEPATUTNYA HANYA SUMPAH INI SAHAJA YANG ORANG ISLAM MELAYU PEGANG}

No comments: