-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20121202

E2 Hilangnya Sejarah


Pada memulakan al-kisah ini, kita perlu berbalik kepada insaf, sedar dan ilmu yang berpandukan akal yang waras, yang diberi akan hidayah oleh Allah{akidah dan tauhid@fikah dan tasawwuh},(dengan izin Allah). 

 sumber gambar: norzibar-enterprise

Kerana susunan kisah ini menggabungkan kesemua bentuk ilmu dan pembelajaran yang perlu dalam menterjemahkan akan cerita disebalik al-kisah yang tersedia ada pada kita sekarang ini.(rujuk kitab-kitab lama dan tuan guru@ulamak pondok yang bersanad).

Hak-hak, kisah-kisah, sejarah-sejarah ini ada tersimpan dalam dan dikalangan kita, cumanya keperluan untuk mengumpul dan mengutip akan cebihan-cebihan cerita yang ada dari semua penyimpan dan pemegang amanah yang sedia ada sekarang, kurang dan tidak berjalan lancar seperti  yang dijadualkan, kerana ada diantara cerita, kisah dan sejarah ini yang tidak bertulis, hanya diingat dalam kepala sahaja dan disampaikan dari mulut ke telinga sebagai pengkisahan orang tua-tua kepada cucu-cicit dan dongengan purba kala sahaja.

Dan ada dikalangan kita yang beraggapan dan bersangka-sangka yang cerita dan kisah ini adalah hak milik keturunan dan keluarganya  semata-mata dan tidak boleh diberitahu kepada umum sebagai satu sumpah keturunan yang abadi.(takut langgar sumpah)

Sebilangan dari kita pula, ada diantara mereka yang tidak memahami yang mereka adalah pemegang amanah kepada cerita dan kisah yang tersebut dan tidak menyampaikannya ,dan menjadikan nya sebagai satu rahsia peribadi milik mereka sendiri. Tugas mereka, menyampaikan cerita dan kisah yang tersebut kepada pemegang amanah yang seterusnya supaya cerita dan kisah yang tersebut tidak hilang, kerana dengan hilangnya cerita dan kisah yang tersebut maka hilanglah juga  identiti bersama sejarah bangsa dan umat yang tersebut.

Pertuduhan atas orang  barat yang membawa balik manuskrip dan catatan dari nusatara itu ada benarnya, tetapi persangkaan itu hanya sebahagian sahaja dan sebahagiannya tidak.

Seperti juga terjadi kepada al-quran dan al-hadis, seramai mana sekalipun orang mencuba untuk memutar belit akan ayat dan isinya, tetap sentiasa ada manusia yang menghafal dari dahulu hingga sekarang {dengan izin hidayah allah}. 

Mereka ini adalah pemegang-pemegang amanah yang ditugaskan menjaga dan melindungi akan hak allah dan rasulullah saw{al-quran dan as-sunnah}.

Apa yang orang barat bawa balik dan surukkan,adalah hanya sebahagian sahaja dan sebahagia lagi masih tersimpan rapi dikalangan kita diseluruh nusatara ini, dikalangan pengamanah-pengamanah yang silih berganti bertugas dikalangan kita dari dahulu hingga sekarang. Teknologi inilah yang tidak dapat ditiru dan yang memeningkan kepala orang barat dan atas sebab itulah mereka sehingga sekarang masih lagi mencuba untuk memesong kan dan memadamkan sejarah dan mitos kita dan cuba mencukilnya secara tidak disedari. Orang barat beranggapan mereka adalah pembawa teknologi yang canggih, sedangkan teknologi itu telah lama berada dikalangan kita dengan izin hidayah dan perlindungan allah dan sebagai contoh  bukti, sebagaimana cacatan dan ganbar pada dinding-dinding piramit di Mesir.

Tetapi perlu diingatkan, jangan menjadikan ianya satu perkara yang dibanggakan sehingga membawa kepada takabur dan riak, kerana ianya adalah hak bersama dikalangan umat islam {teknologi islam}, hanya ianya diubah versinya dalam bentuk dan kata-kata melayu. Maka perlulah kita membaca dan mempelajarinya dari kedua-dua jalur dan sudut ,melayunya dan agama islam {al-quran dan as-sunnah}, mesti seiring dan lengkap-melengkapi diantara satu dengan satu lagi.

Ilmu Al-quran dan as-sunnah(al-hadis),tasawwuf,mantik, bayan dan bahasa(terjemahan) adalah amat diperlukan dalam menyelami dan memahami liku-liku cerita dan kisah. Begitu juga bahasa dan adat lama nusatara.

Keingkaran dan salah penafsirannya akan membawa padah yang bergitu ketara pada kita sebagai umat Islam dan Melayu. Untuk itu ,haruslah berhati-hati dan tidak hanya bersangka-sangka dalam mengambil dan bercerita akan hal-hal yang tersebut  supaya tidak terkeluar dari akidah islam.

Dimaksud akan,” orang barat”, bukan dituju pada orang putih (ini sebahagian kata mantik melayu), sebaliknya ditujukan kepada fanatik kristian dan fanatik yahudi dan juga kepada mereka yang tidak berkepecayaan(tidak berugama) yang berada sebagai tunggangan iblis yang dilaknat oleh allah. Yang berusaha untuk menghancurkan islam(akidah dan iman) dan umat islam itu sendiri.

Diatas sebab ini jugalah kita harus memohon hidayah dan perlindungan dari allah dan mempelajari serta memahami dengan mendalam  akan selok-belok islam agar tidak tertipu dan tersingkir dari jalur ajaran islam yang sebenar…  Waallahuallam.

1 comment:

AM said...

Sudah gaharu, cendana pula;
Sudah berlagu, gerhana pula;
Sudah beritahu, bertanya juga;
Sudah begitu, tak percaya juga;
Sudah berlalu, bencana lah pula;

Kiasnya, kias keras, soalannya bahasa melayu, bahasa istimewa,
hujung kata ditambah "lah", maka nahu nya siapa empunya?

Sudah waktu, muncul lah tiba.