Berikut adalah dialog dengan pemegang amanah/pertugas: Pa Wa yang juga ketua
pemegang amanah dan perujuk salasilah/teremba Nusatara.{susur dari keturunan orang tiga
beradik Negeri Sembilan }(Pahang)
sumber gambar: siapa-dato-bahaman
---
Katanya;” Pa wa baru terima surat cerita teremba datok nenek
kita. Sayangnya nenek moyang kita, orang-orang diraja, alim, gagah perkasa,
karahma dan segala title yang kita boleh banggakan. Tapi alangkah seksanya
roh-roh mereka ni disebabkan kelakuan pancaroba anak cucu yang hidup zaman ini.
Banyak-banyaklah doa, wirit dan sedekah al-fatihah kepada roh-roh datok nenek
moyang kita… sekurang-kurangnya roh-roh mereka senyum dan berkata, “ADA JUGA
SEORANG KETURUNANKU YANG INGAT KEPADA KAMI…”. Terima kasih banyak-banyak.
Katanya;” Untuk mengibagi angan dan cita sebagaimana
yang … hajati tu. Pertamanya jati diri
dalaman mesti mantap dengan mempunyai :1, kuasa penarik dan penolak. Ini boleh
diujudkan apabila seseorang tu mempunyai spiritus atau aura yang kuat. Ianya
adalah universal (maaf, tidak akan dibincangkan). Bentuklah ia dengan jalan Allah swt. Semangat je tak baleh
bawa kemana…”.
Katanya;”koi pergi sepital. Dia orang amik darah untuk uji
kaji bulanan. Balik rumah koi baring je. Katanya koi sakit tapi rasanya ada sebab
lain. Koi pernah jadi arwah dulu, dah
masuk kealam lain, tiba-tiba hidup balik. Pening kepala doktor, camana
boleh jadi gitu.
Sejak tahun 200(…) hingga sekarang dua hospital pereksa koi,
setiap bulan (maaf tidak akan dibincangkan). Elok juga koi dapat perubatan
(…).tentang sumpah pawang nong tu, koi kurang pasti. Yang koi tahu pawang nong
tu hebat. Hang Tuah datang ke Hulu Cheka, boleh dihalau oleh pawang nong gitu je(maaf
tidak akan dibincangkan).
Buat koi sejak mati dulu tu, koi lebih ke kajian dan
pergerakan alam … . koi jarang sangat tido malam dan koi lebih meng…aku kan
diri dengan mengabdikan islam dan kalimah shadat didalam diri secara istiqamah.
Jadi segala aktibiti lain, koi dapat panduan dari jalan nilah…(maaf,tidak akan
dibincangkan) dan koi dapat tau, INILAH jalan yang dibawa oleh nenek moyang
kita dulu dan salah satu sebab dia orang tolak gelaran RAJA. Apa guna jadi raja
kalau sebelah kaki dah masuk neraka… sori, koi bawa cerite dongeng ni”.
Katanya;” Koi tertarik sangat dengan cerita-cerita fahaman
sesat, songsang dan lain-lain yang awak sebut. Ada juga yang ikut , yang betul
tapi problemnya. amalannya , mereka tak istiqamah” (berterusan). Kadang-kadang
buat dan kadang-kadang tak…tentang perpecahan kepada 73 tu. Adalah simbolik
dari …”(maaf,tidak akan dibincangkan).
sumber gambar: siapa-dato-bahaman-1
Katanya;” Itu ‘miting’ sumpah rasia setia penyatuan mereka
setelah diwasiatkan oleh waris-waris yang lebih tua sebelum mereka. Sekarang ni
waris-waris mutlak ada yang;
1. Bertambah.
2. Ada yang putus (jika keturunannya
perempuan je).
3. Ada yang putus sebab ditolak (laki-laki tapi perangai macam
setan agaknya).
4. Ada yang menolak (jenis yang tak amik kisah).
Bagaimana pun
waris-waris tu tetap ada. Event tu je di pulau tawar, tapi ramai juga datang
dari daerah kita, semantan. Dibelakang mereka ramai waris yang {…….., maaf,
tidak akan dibincangkan} … huh cukup dulu… dah naik meremang bulu roma koi…
wasallam”.
Katanya;” hati-hati apabila mencari fakta sejarah dan
cuba ketepikan unsur-unsur mitos dan dongeng. Cerita bukit seguntang tu mitos. Tapi
selepas cerita panglima rao (asal orang rawa} dan hingga ke zaman pagar ruyung,
sudah ada sejarah. Mitos tak boleh digunakan lagi”.
Salam pa wa;”mencari wakil buaya putih, wakil gajah putih,
wakil kijang putih,… sudah sampai masa bertemu dan berdamai,”…
Katanya;” Pendapat saya
pasal hal tu, jangan teruskan kerana, mereka masih hidup ke?. Kalau
masih hidup’ potong leher’,pun mereka tak kan mengaku. Ni bukan tugas kita dan
jangan campur tangan. Kalau saya kenal pun, saya tak kan beri tau siapa mereka.
Jika ada orang mengaku sebagai wakil, itu sama sekali tak betul. Ini hanya
pandangan saya”.
Salam pa wa;”koi bukan nak canpur tangan. Mendamaikan waris
tu tugas mereka bertiga. Koi Cuma petemukan mereka. Kalau semua tak nak muncul,
koi takde masaalah. Mereka kena sediakan jawapan masa hari kiamat nanti”.(kertas
kerja yang panjang)
Katanya;” niat kita mulia, tapi cara orang dulu tu lain dari
cara kita. Wakil mutlak mereka dah turun ke jenerasi ke 3 atau ke 4. Rasia
mereka pegang tegoh terutamanya dari pihak kijang puteh. Mereka dah selalu
jumpa tapi keputusannya tak siapa yang tau… yang pasti ialah mereka terlalu
kecewa dengan kerenah dan tingkah laku perangai anak dan cucu yang ramai
bergelumang dengan dosa-dosa berat. Kalau awak nak tau cuba buat munajat pasti
akan dapat jawapannya.buat masa ni tu je yang pa wa boleh bayangkan”.
Salam pa wa;”Ucapan terima kasih atas nasihat dan ingatan.
Koi hanya penjalan tugas yang diberi… yang lain, kepada Allah, keputusannya.
Kerana mereka tu kebanyakannya waris ahli bait berketurunan nabi rasulullah”.
Katanya;” setuju sangat-sangat. Mereka mula meresap dan
merayap kerantau ni ,dizaman khalifah Saidina Osman… oleh kerana perangai anak
cucu yang demikian, mereka pantau dengan secara ‘indirect’ pada situasi semasa
dan mereka merujuk kepada satu ‘majlis’ mesyuarat khas. Lebih afdal dan
berkesan, kita doakan kejayaan mereka
tersebut… amin”.
1 comment:
Salam...
Bagaimana ye tuan nak berhubung dengan Pa Wa ni?
Terima kasih....
Post a Comment