Sajak: Cuma Pemikiran Aku Berfikir
(oleh humairaadawiyah)
Waktu fajar...
Mimpi...
mimpi yang paling menarik
dalam hidup aku,
belum pernah
aku mimpi begitu,
pemandangan yang indah
dan tenteram
diselit dengan kegelisahan...
dan tidak keterlaluan
jika
aku mengatakan
aku tidak pernah merasai ketenangan
yang sebegitu.
Bunyi dolphin
dan suasana bening
yang amat tenteram
dan sejuk.
Semua itu
bukan watak aku
yang berumur 17 tahun,
semuanya watak aku semasa kecil,
cuma pemikiran aku berfikir
menggunakan fikiranku
yang berusia 17 tahun
ketika itu.
No comments:
Post a Comment