KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20190827

Zabedah binti Ismail

saya diberitahu oleh nenek saya bahawa datuk saya adalah keturunan kedua/ketiga dari raja pagaruyung beliau lari ke Tanah Melayu pd tahun19…
(saya tak tahu sebab tidak diberitahu)
nenek saya mengetahui datuk saya keturunan raja pagaruyung semasa keberangkatan tengku rahimah ke selangor,

dimana ayahanda tengku rahimah mencari abangnya iaitu datuk saya.

nama datuk saya ialah tengku sulung bin kasim itupun semasa beliau berubat kerana mendapat ketulahan kerana tidak mengaku bahawa beliau adalah keturunan raja.

saya tak ada banyak info tentang keturunan datuk saya keketurunan diraja.sekarang cuma gambar datuk saya sahaja yang ada.semasa ibu saya masih ada keris kebesaran diraja ada tetapi pabila ibu saya meninggal dunia keris itu ghaib dengan sendirinya.

saya memohon jasa baik pihak keturunan pagaruyung dapat mencari salalsilah keturunan datuk saya kerana saya ingin mengetahui siapa nama ibu datuk saya dan nama sebenar ayah datuk saya.bukan apa cuma ingin mengetahui sahaja

saya Zabedah binti Ismail

1 comment:

Anonymous said...

salam;

maaf; puan hanya nak tahu je ke?,dan tak nak ke menyambung siraturahim dengan waris lain?.kami tidak berjanji untuk mendapatkannya,sebab ia mengambik masa untuk pencarian tu,itu pun selepas pertugas pihak kami menjalankan kerja harian mencari rezeki mereka dahulu. maaf.

inshaallah.