-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20190817

Redo oh Redo

selamat; makanya;
apabila kena penyakit pada diri
atau keluarga,

mereka kata mereka redo
dengan ketentuan tuhan. iya ke?,

diri mereka kena hukum pun
mereka sendiri tak tahu ke,

nak redo kemendanya.
minta ampun, tidak.
perbetulkan yang tersalah, tidak.
pulihkan yang rosak pun, tidak.
lagi mahu sebut diri redo ke?.

makanya;
buatlah pemutihan kepada diri tu dahulu.
hilangkan dulu titik-titik hitam yang melekat
pada yang disebutkan[dalam diri manusia itu ada seketul daging],

daging itulah yang perlu di jernihkan dahulu,
barulah boleh reda dan redo.[ada boleh paham ka?].

makanya;
jalan-jalan cari makan,[salah tu];
yang betulnya,
jalan-jalan cari keampunan,[itu betul].

perut kenyang,
akal tak berpungsi dengan betul,
asik dok ingat makan aje.
dan bila perut lapar barulah ingat mati
sebab tak makan lagi.takut kebulur.

habis cacing dalam perut mati kelaparan.

inshaallah.

on Setelah 1400 tahun oleh Neguai
Anonymous
on 7/27/19

5 comments:

Anonymous said...

selamat;

makanya;ini sambungan dari bab kulit dan isi;kami pun tak tahu kenapa. kenapa kami kena bentangkan sekali lagi.bentang juga lah.[dahulunya telah dibentangkan oleh sahabat kami].

makanya;kulit mesti ada isi,dan isi mesti ada kulit,dan kalau salah satu tak ada,ia akan jadi macam auo dengan tebing,tak ada auo runtuh tebing masuk dalam sungai hanyut.

makanya; kalau kulit tak berisi,orang buang dalam tong sampah aje,kalau nyor di panggil nyor komeng,tapi masih boleh buat pelampung.jangan pelekeh kan.boleh selamatkan nyawa tu.

makanya; kalau isi tak berkulit,rasa-rasa nya lah,boleh ke rasa sedapnya isi tu?. tak boleh lah jawapannya. kenapa?.ini nak terangkan sikit-sikit aje.

makanya; dalam sains telah ditunjukkan akan bab fekah itu;yang mereka sebutkan molikul-molikul atau jisim-jisim atau atom-atom.: sebab berkulitlah manusia dapat merasa air yang diminum,sebab kulit nya air bergesel dengan kulitnya dalam mulut,kerongkong,dan perut manusia,kalau tak ada kulit.amacam rasanya?.tak ada rasa lah.tak percaya,gi tanyakan pada saintis orang putih itu. atom,jisim,dan molikul itu sendiri berkulit,kalau tidak bersepai semuanya,lansung tak boleh di lihat,walaupun dengan mikroskop tu. dan, api berkulit lah yang membolehkan manusia dapat melihat api tu,kalau tidak entah macammana lah bentuknya api sebenarnya, tak berkulit.

makanya; faham ke tak,kias fekah macam ni?.nak ceritakan bab nyata dan ghaib lah ni. al quraan tu ghaib,dan lalu di nyatakan dalam bentuk tulisan yang nampak nyata.tak faham lagi.bagi yang ini pulok lah: suara yang keluar dari rongga mulut tu ghaib sebaliknya bila terkeluar sahaja dari mulut jadi berbunyi nyata,boleh didengar.sebabnya huruf dan suara itu di isi dalam kulit yang,satu boleh dilihat dan satu boleh di dengar. pening ke pembentangan ni?,inilah kias sains fekah namanya.

makanya; angin berkulit lah yang memberi rasa kepada manusia,bila kulit angin bersentuhan dengan kulit manusia,manusia dapat rasakan sejuk angin,dingin angin,panas angin tu. dan air pulok: disebutkan rintik hujan dan titisan air,dan salji tu air yang dah beku,kalau tak berkulit,macammana nak beku. tak pernah buat air batu ke memasing?. memanglah tak nampak kulitnya kepada air,api,dan angin tu. ini lah yang di katakan; ghaib dalam nyata, nyata dalam ghaib, tu. lagi mahu ego sama allah.[dalam bab rukun iman]. kalau di ceritakan kulit dan isi kepada tanah,lagilah terus pitam,kut-kut pensan,bukan nya pening lagi.

makanya;itupun lagi mahu gah, orang melayu dengan ilmunya yang belajar tak habis.nak terbanglah,nak keballah,nak hilanglah, dan nak macam-macam kepada ilmu yang pelik. tapi ilmu tahu serta faham taknak. amenda lah perangai orang melayu zaman ni,jadi macam tu.

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; lagi kias kulit dan isi:kalau kepada orang oku;buta pekak dan bisu,mereka ini menjadi ibarat kepada ketidak upayaan membina kulit kepada bentuk dan bunyi. mereka hanya;kepada orang buta dapat merasa,dan tidak dapat membentuk kulit rajah atau gambaran kepada mata: kepada orang pekak,mereka hanya dapat melihat,dan tidak dapat membentuk kulit kepada pendengaran telinga: dan kepada orang bisu,mereka tidak dapat membentuk kulit kepada bunyi mulut.

makanya; dari sebab itu kulit itu amat diperlukan kepada isi,dan bergitu juga isi amat diperlukan kepada kulit.[pandang lah akan diri sendiri itu,kejadiannya][ pandang dengan mata akal,dan jangan pandang dengan mata napsu].

makanya; pergeseran kulit dengan kulit lah yang membolehkan pengecaman kepada isi.[ rahsia kulit dan rahsia isi][bab rukun iman][tahu serta faham membentuk yakin].

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; siram selasih dihujung halaman; urusannya siap selesai sempurna,izin kebenaran allah.inshaallah.

makanya; setiap yang siap lengkap sempurna, dikembalikan kepada yang hak.allah. inshaallah. untuk di simpan dalam apa yang tersebut dalam al quraan sebagai: dalam kitab disisinya.

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya;dua pokok mempelam besar di timur,dua pokok, kundang dan belimbing di barat,ditengahnya kuburnya syeh yusuf serta ahli keluarganya. dan situ terbaringnya tok seri gading[pangkal kundang].siapa tok seri gading?.orang melayu tidak lagi mengenal sejarahnya sendiri.[hanya sampah dan haiwan ternak yang menjadi hiburan serta memberi penghormatan].

makanya; apa yang orang melayu cari,hanyalah kebanggaan kepada karahmah[keramat] manusia yang telah lama matinya,dan bukan kepada hukum hakam yakin.[ iman dan islam].

inshaallah.

Anonymous said...

Salam...

Di mana kubur/pusara Tok Seri Gading?

Adakah di Pulau Besar?