-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20190819

Percaya oh Percaya

selamat; makanya;
ini nak bagi cerahkan akal
dan hati orang melayu
tentang sejarah melayu melaka,

ini ada berita yang hendak diceritakan;
jangan jadi melayu yang dungu sejarah sendiri.

makanya;
sultan kedua melaka itu bernama sultan iskandar shah[gelarannya],
dan wak dogol nama gelarannya dalam wayang kulit kelantan,

dan awang selamat nama gelarannya dalam hikayat melayu,
dan adik kepada sultan melaka pertama
yang memakai gelaran parameswara.
[ini mesti orang-orang sejarah malaysia marah ni]
[sebahagian dari sejarah diri sultan iskandar shah melaka].

makanya;
orang melayu ni ceritapun
mereka bukannya nak berapa percaya sangat jugakan.
mereka kata,
iya ke,
boleh percaya ke cerita ni?
[apa buktinya]mereka akan bertanya?.

tengok lah diri sendiri tu,
berita dalam al quraan pun tak berapa mereka yakin,
siap bukti lagi pada al quraan tu,
pun tak berapa percaya,
inikan pulok, kan?.

macam mana nak kata
mengaku melayu islam
pada diri sendiri.
[sejarah diri sendiri pun tak tahu].
dok main bersangka-sangka.

on Setelah 1400 tahun oleh Neguai
Anonymous
on 7/26/19

3 comments:

Anonymous said...

selamat;

makanya; adat adab orang melayu makin biadab,fekah hilang ilmu lesap,otak melayang akal tak bertunjang,iman tak sayang islam tungganglanggang,percayanya tidak yakinnya hilang.

makanya; ego datang menyelinap menguasai hatidiri,hitam putih sudah tidak diketahui lagi.mulut berkata hati membantah,nafsu diri dirasuk haloba,sehingga tidak mengenali diri sendiri.

makanya; hidup biarlah berpada,makan sedulang tidur sebantal,tapi masih menjadi duri dalam daging,sakit seorang sakit semua,kerana salah lain berkata lain pula makna. dalam bahasa mereka tidak ketahuan topi dan tupai adalah sama ejaannya.

makanya; konon rahmat yang di pohonkan bala yang sampai,atas permintaan mereka sendiri.itu lah dia nya orang melayu.

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; orang melayu mengalami krisis kemelayuan.apanya tu?.kekeliruan pengenalan diri bangsa melayu pada hatidiri.

makanya; tanpa pengetahuan sejarah yang lengkap atau catitan perjalanan sejarah yang sempurna bangsa melayu.tidak akan kesampaian maksud idintiti hatidiri melayu itu.

makanya;bukannya bangsa asing yang menyebabkan krisis itu.sebaliknya bangsa melayu sendiri yang membina krisisnya sendiri. dalam al quraan telah disebutkan: tidak akan berubah......, dan tangan mereka sendiri yang....,[carilah sambungan akan keduanya ayat yang tersebut itu].[malas???].duduk bawah tempuronglah memasing diri.

makanya; hati yang ingkar membawa padah kepada diri sendiri[seperti sitanggang itu]. atau kisah ulat dalam batu sejarahnya mitos.[salahlaku kepada sifat 20 oleh orang bangsa melayu dahulu].

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya;kalau seluang; sejauh-jauh seluang melaut akhirnya ketepi juga,dan kalau bangau;setinggi-tinggi bangau terbang akhirnya belakang kerbau hinggapnya juga.

makanya;sebaliknya kalau orang melayu; orang melayu ini kalau mereka melaut tak pernahnya nak ketepi semula macam perahu terlepas huraiannya dan pendayungnya tak berbawa pulok.[dah hanyut baru nak menjerit]. dan kalau terbangnya tinggi tak pernahnya nak berpaling kebawah[tak pernah nak berpada-pada,makin keatas ladi ada] takut gayat, macam layang-layang putus tali.[ikut angin bawak aje lah][banyak main-mainnya].

makanya; mereka kata,itu takdir dan dugaan dari allah. molehlah sangat berfikiran tak senonoh macam tu. dan ini cakap orang tua-tua dahulu: pelanduk selau lupakan jerat,tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk.

inshaallah.