KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20190830

Lihat oh Lihat

selamat; makanya;
adakah tulisan
huruf-huruf dalam al quraan
serta al sunnah itu tidak terang
[kelabu] sehingga tidak boleh dibaca,

dan adakah dengan memakai cermin mata
sekalipun masih tidak jelas lagi penglihatan.

makanya;
itulah yang disebutkan oleh
orang tua sebagai;
kuman seberang laut dapat dilihat,
gajah didepan mata tidak........

makanya;
anak ayam dengan anak itik,
kalau dilihat dari kejauhan sama aje
lebih kurang sama,
kalau bergitu datanglah dekat,
baru tahu apa yang dilihat depan mata.

inshaallah.
on Setelah 1400 tahun oleh Neguai
Anonymous
on 7/23/19

3 comments:

Anonymous said...

selamat;

makanya; khutbah jumaat [30/2019] pahang: al hadis yang di bacakan dalam khutbah kedua itu,tak mencerminkan perbuatan yang sedang berlaku dalam pahang.

makanya; banyak tangan yang menyumbatkan duit dan wang kedalam tabung masjid diseluruh pahang,sebaliknya hanya digunakan untuk mencantikkan masjid semata,dan tidak pun diagihkan kepada dengan apa yang di laong-laongkan dalam khutbah seperti al hadis yang di bacakan oleh khatib. [bukan dari golonganku,orang membiarkan saudaranya dalam kalangan orang islam][ banyak membazir aje duit tabung masjid,dan banyak yang bersuruk dalam bank.orang miskin tak terbantupun].[samalah dengan duit atau wang hasil zakat yang di kutip tu,sama aje kejadiannya]

makanya; mananya tujuh asnaf zakat,dan mananya lima asnaf baitulmaal.

makanya; mananya pemegang amanah dan amannya penjalan tugas.

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; sebelah nusantara sini terdapat dua orang yang melanunkan dirinya.[pada masa zaman yang berlainan,seorang zaman melaka dan seorang zaman perang saudara pahang].

siapakah diri mereka itu,jawablah kalau tahu?.dan kalau tak tahu jangan pandai-pandai buat fitnah atas mereka berdua.[apa yang dimaksudkan lanun?].

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; jangan nak buat kelakar bodo dalam pantun,yang menyebabkan sejarah dan hukum rosak.[pindaan kepada pantun atau mengubah ayat baris pantun ikut sesedap muluk dan hati aje].

makanya; adab dan adat berpantun itu pembayang yang membayangkan kias bahasa ulama fekah dahulu nak menerangkan bab-bab dalam al quraan serta al sunnah.

makanya;manusia melayu zaman ini,menjadi tak berajar kesudahannya.

inshaallah.