Seawal zaman madrasahnya di Budu, Khatib Rasu dan rakan-rakan sebayanya mendapat bimbingan ayahandanya, Tok Shahrom dalam hal pencak silat Minangkabau. Apabila mencapai umur remaja, beliau terus diasuh bermain senjata seperti
-selundang,
-lembing,
-siwar/sewar,
-tumbuk lada,
-pedang
dengan berentap secara berdepan dengan musuh dan secara jauh.
Antara rakan kelompok sebaya Rasu ialah
-Yaman b. Sutan Mas,
-Jembang b. Hussein,
-Fakeh Garang,
-Mahmat Kelubi(@Hitam),
-Ahmad Burok Shaikh Khodim,
-Yusof,
-Samat dan lain-lain.
Imam Rasu dan adiknya Amin dan Arif sering berulang-alik ke pekan Lipis dan Penjom menjual hasilan hutan dan emas mentah kepada peraih Cina. Sebahagian emas mentah ditempa tukang emas di Lipis untuk dijadikan gelang tangan dan kaki, rantai dan kerongsang ibu dan keluarganya. Semasa ke Lipis ini juga, Imam Rasu berkawan rapat dengan
-Wan Daud dan
-Wan Embong anak
-Tok Raja Wan Idris.
Mereka sering berkongsi pendapat malah berbincang tentang perang Paderi dan perjuangan Iman Bonjol yang menentang Belanda di Sumatera.
Adakalanya mereka berlatih silat 'Sending Minangkabau' di bangsal silat di Lipis atau ke Kota Raja, Bukit Betong.
Semasa bermastautin di Pulau Tawar, Khatib Rasu yang dikenali sebagai Imam Perang Rasu oleh Bendahara Wan Ahmad, ada mengundang
-Pendekar Mat Aris dan
-Pendekar Sutan Juan
dari tanah Minangkabau, Sumatera untuk melatih anak-anak dan keluarganya ilmu pencak silat secara tertutup.
Pendekar Sutan Kari dan Bintang Terus
adalah antara pendekar–pendekar yang melatih
-Pendekar Endol bin Imam Nong,
-Pendekar Ahmad bin Tok Muda Abdullah
di Pulau Tawar, sebelum kemasukan British.
Mat Kilau, antara anaknya yang belajar ilmu pencak silat dari Dato’ Bahaman dan bapanya Tok Gajah.
Beliau juga belajar
-ilmu kebal,
-ilmu halimunan dan
-ilmu berjalan atas air.
Namun akibat peperangan dengan British meletus, ilmu berjalan atas air tidak sempat disempurnakan.
SUMBER
wzwh.blogspot.com
No comments:
Post a Comment