KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20200731

Menunjukkan tauladan serta kelakuan yang kurang sopan

salam;

sebagai peringatan:

tidakkah mereka belajar; yang kelakuan mereka-mereka itu di perhatikan oleh para pertugas serta pemengang amanah allah. hentikan cakar mencakar sebelum dikenakan tindakan tatatertip.[kifarah berat]

mereka menunjukkan tauladan serta kelakuan yang kurang sopan dan memalukan di hadapan masyarakat awam,akan perangai yang mereka mengaku mereka terpelajar,hatta dalam bidang fekah sekalipun.

dan kepada yang menjadi dalang dan batu api kepadanya urusan yang boleh menyebabkan huruhara,hentikan perangai buruk tuan.

dalam keadaan huruhara wabak sekarang ini,jangan masukkan atau tambahkan lagi bala bencana untuk diri sendiri serta manusia lain.sebelum terlambat, hentikan perangai celaka tuanpuan itu.

dari izin kebenaran allah. inshaallah.

inshaallah.
19:14

2 comments:

Anonymous said...

salam;


tahu dan faham.

manusia yang ada ilmunya;akan tahu akan salah atau betul duduknya sesuatu perkara,dan tidak akan malu ditegur.sebaliknya segelintir orang; mereka itu macam buta warna atau buta kala.

tulisan atau huruf arab dan huruf jawi hanya boleh dibaca dari kanan ke kiri;kalu di letakkan dari kiri ke kanan;itu dinamakan manusia yang tak berilmu.

sebutan nama allah dan muhammad[dalam tulisan arab];jangan salah diletak.kalau salah letak,serupa manusia yang mengucapkan dua kalimah syahadah songsang; kerana kedua nama allah dan muhammad ada dalam sebutan tulisan dua kalimah syahadah tu.

bergitu juga dengan tulisan kaligrafi arab dan jawi.[jangan dok hemtam buat nampak cantik aje,tapi tak betul]. tulisan dalam al quraan serta al sunnah tu dah disusun betul tertip tertil dan serba cantik dah,yang memandai pinda dan ubah tu buat apa?

kalau tak pasti;tanya lah orang yang tahu;dan kalu tak jelas;tanya orang yang faham dalam babnya;jangan tanya google,jangan tanya waasap,jangan tanya youtiub; tanyalah kepada ahlinya.

jangan disebutkan orang sebagai bodoh sombong.

asam gelugor dengan asam kandis;keduanya dipanggil asam keping;tapi rasa masamnya tak sama.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;


tahu dan faham.

manusia zaman ini,terutamanya melayu ni;katanya tahu,katanya faham;alih alih,buat juga salah laku atau ingkar kepada allah;kepada rasulullah.

salah laku atau ingkar yang berulang kali;mengangkat takbir,amar makruf nahi mungkar tetap tersisih dari dalam hati.

contohnya,mencium keris,menjulang keris;buat tanpa tahu kaedahnya yang sebenar,dan tanpa tahu apa tujuannya dalam adat,adab,fekah.

ilmunya apa?

bergitu jugalah dalam urusan fekah;dalam urusan mennunaikan dan mengerjakan rukun islam.

takkanlah,buat 30 ke 40 tahun,buat sebab tak jelas kenapa kena buat.

inshaallah.