KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20100508

Semelai Bukit Rok (10) BERA

Bila kita inginkan suatu kejayaan, kita perlu jelas apa yang kita inginkan. Kita perlu dapat gambarkan bagaimana, apa, berapa, kenapa dan siapa yang berkaitan dengan kejayaan kita. Kalau gambaran tersebut tak ada dalam benak otak minda kita ... sudahnya apa yang kita nak capai.
05
Jika keinginan tersebut telah jelas, maka kita perlu memberi tumpuan kepada keinginan tersebut.
04
keinginan tersebut metilah sesuatu yang orang macam kita tidak mustahil untuk capai. Jika pun keinginan tersebut mustahil bagi orang macam kita tetapi kita tahu cara mutuk mencapainya.
03
Kalau perkara tersebut dipastikan tidak mustahil. Orang lain yang macam kita boleh mencapainya. Makan kita boleh dan kita perlu memberikan fokus sepenuhnya kepada keinginan kita.
02
Tingkatkan fokus kita asingkan perkara yang menghalang pencapaian kita. rasakan diri kita telah hampir dengan matlamat kita. Tiada apa-apa yang boleh menghalang selain kuasa Allah SWT.
01
Setelah selesai usaha kita, kita harus menghargai diri kita kerana telah berusaha untuk mencapainya. Samaada kita telah berjaya atau belum berjaya, sesungguhnya kita telah belajar sesuatu yang boleh digunakan untuk meningkatkan kejayaan kita.

No comments: