KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20130619

M9 TAUBAT

TAUBAT[hakikat taubat][oleh imam la ghazali dalam ihya-ulumuddin]

Ketahuilah bahawasanya taubat itu mempunyai pengertian yang tersusun dari tiga perkara, iaitu: ilmu, keadaan dan perbuatan.yang pertama menyebabkan timbulnya yang kedua, manakala yang kedua menyebabkan timbulnya yang ketiga, sebagai memenuhi sunnatullah dalam alam nyata dan alam malakut[gaib].rujuk kitab

Ketatuilah bahwa kewajipan bertaubat itu telah nyata berdasarkan nas-nas dari al-quran dan hadis  rasulullah saw.
Yang dianjurkan agar manusia itu wajib bertaubat pada segala keadaan merupakan wajib mutlak.
Apabila karat dan kotoran itu telah menebal dihati, maka bertukarlah ia menjadi tabiat

Kata oleh abu sulaiman ad-darani: jika seorang yang berakal tiada menangisi umurnya yang baki kerana telah mensia-siakan umurnya yang telah lalu tanpa melakukan ketaatan, nescaya patutlah ia menyesali dirinya sampai mati. Betapa pula halnya dengan orang yang menyambut sisa umurnya dengan satu cara saja, sama seperti cara-cara yang telah lalu dikeranakan kebodohannya?.
Orang yang lalai itu adalah sama seperti orang yang sedang tidur dan bahayanya sangat  berat, sebab ia akan menghalanginya dari mengetahui keadaan dirinya sendiri.
Pada umumnya manusia itu sedang tidur nyenyak, bila datang mati baru sedar.

Rujuk ayat dalam surah berikut;
Al-muthaffifin;14
Al-munafiqun;10-11
An-nisa; 17-18
Asy-syams;9
Al-mu-min;3
Asy-syura;25

Barang siapa yang mengagap bahwa taubat itu boleh berlaku, tetapi tidak dikabulkan, samalah ia seperti seorang yang mengakui terbitnya matahari, tetapi masih meragui cahayanya dapat melenyapkan kegelapan.

Ketahuilah bahwa erti taubat itu ialah meninggalkan dosa. Dan tidak mungkin ditinggalkan sesuatu sebelum mengetahui apa yang harus ditinggalkan itu. Kalau kita katakan bahwa bertaubat itu hukumnya wajib, maka mengenal semua perkara yang menerusinya kita dapat sampai kepada taubat menjadi wajib pula..misalnya mengetahui apakah yang dikatakan dosa itu adalah wajib juga.

No comments: