PERJUANGAN PADRI SEMAKIN SEPI.[episod; kejatuhan benteng darussalam di dalu-dalu, oleh hamba allah)[al-fatihah]
Apabila orang-orang mandailing pimpinan tuanku raja asal membabitkan diri dalam peperangan demi peperangan ditanah melayu, dana jihad padri juga semakin susut dan terjejas. Pada satu ketika, dana jihad padri langsung tidak berupaya untuk menaja perjuangan jihad padri ditanah besar sumatra. Peperangan demi peperangan ditanah melayu yang melibatkan banyak menelan kos dan perbelanjaan hingga menjejaskan dana jihad padri. Ini sekaligus mengangu operasi jihad padri ditanah besar sumatra.
Pada akhir tahun 1872 pasukan jihad padri disumatra telah terlibat dalam pertempuran hebat lagi dahsyat ditimur sumatra, yang menyebabkan kekalahan teruk di pihak jihad padri. Sejak itulah tiada lagi kedengaran apa-apa berita tentang fakeh maulana, jamarilun dan haji ali nasution.
Selepas berlakunya trajidi berdarah di bukit nanas ditanah melayu dan penhijrahan sebahagian besar pasukan jihad padri ke tanah melayu, perjuangan jihad padri hampir lenyap dan yang tinggal hanyalah pasukan jihad tuanku raja laut yang beroperasi di laut. Dan pasukan jihad padri di tanah besar sumatra dikatakan lumpuh sama sekali akibat ketiadaan sumber wang yang cukup bagi menampung kos dan perbelanjaan peperangan yang tinggi.. tambahan pula baberapa tahun sebelum itu pasukan jihad padri telah meninggalkan ruang kekosongan didalam beberapa tempat strategik dan penting ditanah besar sumatra akibat dari pertukaran penumpuan perjuangan….ini menyebabkan penjajah semakin yakin dalam penaklukan mereka keatas seluruh tanah…..dan membasmi serta melenyapkan sama sekali pasukan jihad padri, susunan salasilah dan sejarah mereka bagi mengelak kebangkitan semangat perjuangan padri yang baru.
PENAFIAN: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Ini koleksi Pengurusan Ilmu peribadi kami untuk pendidikan & pembelajaran, bukan perdebatan. Allah SWT beri ruang bertanya & berbincang. Perlu ada sabar & cerdik supaya tahu, kenal, faham, mengerti dan pasti dengan dalam iman. Inilah dakwah kecil (الدَّعْوَةُ الصَّغِيرَةُ) kami. Moga Allah SWT jauhkan kita dari keburukan, kerugian, kehinaan & kesombongan melalui apa yang dikongsi di sini. آَمِيْن.
KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah:
PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.
No comments:
Post a Comment