RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN
Para ulamak dahulu telah menyusun dengan cantik sekali, bagi menerangkan asas islam dan iman kepada … untuk secara mudah orang ramai memahaminya dan mempelajarinya.
MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
PUASA SEBULAN DIBULAN RAMADHAN
MENUNAIKAN ZAKAT
MENUNAIKAN HAJI
Perkara diatas adalah rukun yang nyata lagi terang jalas, yang manusia islam wajib ikuti dan patuhi.
Kita sentiasa mempelajari lima perkara ini, dan mendalami ilmu berkenaan lima perkara ini.
Sebab rukun yang lima ini sentiasa dibuat dan ditunaikan oleh orang islam masa ini dan berterusan.
PERCAYA KEPADA ALLAH
PERCAYA KEPADA RASUL
PERCAYA KEPADA MALAIKAT
PERCAYA KEPADA KITAB-KITAB
PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT
PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR
Perkara diatas adalah rukun yang gaib ,yang wajib manusia islam ikuti dan patuhi.
Keyakinan atas kepercayaan kepada enam rukun diatas ,ada kadangkala tergugat,oleh kerana ilmunya kurang dipelajari dan adamasa mereka takut untuk mempelajarinya… APA SEBAB NYA?...
Kedua-dua rukun ini mestilah diletak selari atau sama tinggi dan sama rendah, tidak boleh di bezakan dan tidak boleh di dulu kemudiankan ,kerana kedua-duanya ada kait-mengait dan yang satu tidak boleh meninggalkan yang satu lagi. Kerana ia boleh menyebabkan islam @tauhid menjadi,’pincang’. Sebagai contohnya; manusia itu sendiri:
Untuk manusia hidup [dengan kebenaran dan izin allah], ada dua jisim mesti ada pada manusia;
Yang pertama adalah jasad,,,[ jisim nyata dan jelas ]
Yang kedua adalah roh,,, [ jisim gaib ]
Tetapi ada kalanya manusia ini berlebih-lebih dan menyalahgunakan perkara dari ilmu rukun yang tersebut keduanya diatas terutamanya ilmu rukun iman[ ilmu ini digunakan untuk menundukkan nafsu dan mengukuhkan iman@islam, tetapi apabila ianya disalah guna dan salah kefahaman yang menyebabkan nafsu menguasai diri maka terbitlah yang dikatakan,,, ajaran sesat@sesat perjalanan akidahnya, tauhidnya dan iman@islamnya yang menyebabkan timbul angkara,,,gah, ujub,bangga diri tak bertempat, dengki@hasad, zalim,dendam dan yang sama dan sewaktu dengannya,,, maka malapetaka, bala dan azab allah akan sampai untuk menimpa manusia.
No comments:
Post a Comment