-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20241018

Pendekatan 125: Kenapa ada kerisauan dalam hati ahli ibadat dan ahli zahid

Sesungguhnya yang menyebabkan kerisauan hati ahli ibadat dan ahli zahid dari segala sesuatu itu, disebabkan mereka masih terhijab/tidak melihat Allah dalam apa yang mereka lihat itu, tetapi andaikan mereka telah melihat Allah dalam tiap sesuatu, pasti tidak akan risau dari segala sesuatu. 

Ahli ibadat ialah mereka yang bertaqarrub (melakukan yang wajib dan sunat) kepada Allah dengan berbagai amal ibadat. 


Ahli zahid ialah orang yang bertaqarrub kepada Allah dengan jalan tawakkal (menyerah). Kedua-dua golongan ini selalu ingin menjauh dari sesama makhluk, disebabkan mereka merasa bahwa makhluk itu hanya sebagai penghalang, sehingga tidak dapat khusyuk dan tetap bertaqarrun kepada Allah. 


Tetapi sekiranya mereka lebih mendalam ma'rifat (hati nuraninya merasakan Allah S.W.T sentiasa mengawasinya) terhadap Allah, tentu mereka tidak terhalang oleh sesuatu apapun. Sebab Allah sentiasa berada pada segala sesuatu maka tidak ada sesuatu yang terlepas dari Allah, bahkan sebaliknya sentiasa ingatkan kebesaran kekuasaan Allah Ta’ala. 

11 comments:

Anonymous said...

salamun,
kias,

dari fadhalah bin ubaid ra, menjelaskan bahawa rasulullah saw bersabda yang bermaksud;

mahukah aku ceritakan kepada kamu tentang seorang mukmin?,orang mukmin ialah mereka yang dipercayai oleh orang ramai terhadap harta dan diri mereka. [riwayat ahmad].

sesiapa yang beriman kepada allah dan hari akhirat,hendaklah ia menyelamatkan jirannya daripada kebinasaannya.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

imam yang adil [pemimpin atau sesiapa sahaja yang sedang memegang kekuasaan]@[khalifah/sultan/raja/presiden/pedana menteri/bendahara/penghulu/dan ketua yang menurut susunannya keatas dan kebawah];pengangkatan seseorang adalah untuk menjaga dan melindungi sesiapa sahaja di bawahnya.

tugas mereka adalah sama,memegang amanah dan menjalankan amanah sebagai pentadbir dan mentadbir,dan bukan sebagai tuan tanah kedaung.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

penciptaan syaitan dan iblis juga mempunyai tujuan tertentu kepada seluruh manusia terutamanya ,iaitu untuk menguji dan menggoda seteguh mana keimanan dan keyakinan golongan beriman terhadap allah swt.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

hang jebat;[penolakan cucu cicit waris keturunannya sebagai moyang mereka]
kalangan tuanpuan,ramai yang masih membuat telahan dan menghina[mengfitnah hang jebat] hanya dengan tatapan tulisan yang di perbentangkan oleh mereka sebelum ini.[penulisan kias zaman lepas].

dan untuk maklumat tuanpuan;ada kalangan tuanpuan yang bersusur darah berketurunan dari titih darahnya hang jebat yang dok di perhinakan di fitnah kan itu.

sampai bila tuanpuan nak menjadi derhaka kepada moyang sendiri.[darah daging sendiri].

atas nama hang jebat,tuanpuan telah mengenepikan dan membuangnya,yang tuanpuan beranggapan dia adalah penderhaka;sebaliknya, apabila di pakaikan nama lain atau gelaran lain[sebagai tok sekian atau tok sipulan atau panglima sipulan atau tun sipulan,atau maulana sipulan atau syeh sipulan,tuanpuan dengan megahnya mengaku itu adalah moyang tuanpuan.
[yang baik diambik,yang buruk dibuang,memang tak senonoh kalau berperangai macam tu].

makanya;sebab itu, kias; wajib di hurai dengan teliti dan tertip sehingga betul dan tidak bersalahan kepada jawapannya.

membaca sejarah diri sendiri,dari kias yang ditinggalkan[yang salah wajib di betulkan menjadi lurus,dan bukan menambah rosak kepada diri sendiri].

hang jebat tiada beranak laki-laki;maka susur darinya melalui jalur perempuan;maka,yang tuanpuan kebanyakan susun dari jalur menantu hang jebat.[takkan jumpa lah nama hang jebat dalam susur keturunan tuanpuan tu.

contohnya kepada;
susur keturunan nabi lah.

kalau tak diberitakan,yang siti fatimah itu anak perempuan nabi;sampai kiamatlah tiada sesiapa yang tahu mereka berketurunan dari susur nabi;tak gitu kaedahnya.sedangan ali itu adalah sepupu nabi,[ayah dengan ayah adik beradik] suami kepada siti fatimah dan ayah kepada hassan serta hussin.

kias/sejarah serta fitnah adalah sebagai dugaan keatas diri tuanpuan;adakah betul tuanpuan dan mereka-mereka itu faham dan tahu maksud kepada rukun islam lima perkara dan rukun iman enam perkara;atau hanya disebutkan sebagai; biarkan siluncai terjun dengan labunya sahaja.

yang disebut mudik, itu kehulu,dan yang disebut hanyut, itu kehilir.yang disebut meniti itu,jawab le sendiri[sebab masing-masing esok semuanya wajib kena meniti,tiada yang dikecualikan].


inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

rasulullah saw juga pernah bersabda yang bermaksud;

hai ali, takutlah engkau akan aliyatul maut,mereka tidak indat melainkan dunianya,.maka berkata saidina ali; siapa mereka itu wahai nabi allah?, sabda nabi; dialah orang kaya dan ahli dunia yang engkau lihat mereka menghadap penghimpunan sebagai seorang ibu menghadap anaknya,mereka itulah orang yang rugi pada hari kiamat.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

syeh yusaff bin maulana ibrahim [mati dilaut];radin fatah bin maulana ibrahim [mati didarat];mereka adalah adik beradik seayah,mak yang berlainan.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

syeh yusuff bin maulana ibrahim adalah guru kepada tok sahibudin bin zainal abidin[berhala gantang].

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

sejarah melayu yang hilang?????[siapa cakap];

main serkap jarang ke? atau nak melepaskan diri ke?
tak hilang pun.
orang putih tu pening kepala dok fikirkan kat mana sejarah orang melayu;dan orang melayu sendiri pun dok tompang semangkok garu kepala, kenapa?

jangan lah buat pertuduhan yang tak masuk akal. orang lain terjun gaung,yang ramai sangat orang melayu ikut terjun gaung juga tu buat apa?
dulu-dulu tak gi ngaji ke[lahir-lahir celik mata terus pandai,ke gonagayanya]?

buai tinggi-tinggi, sampai pucuk atap.

nabi pun 25 tahun baru habis,bermula umur 40 tahun.

maka,jangan meludah kelangit,dan jangan menepok air dalam dulang.
[mu kata aku,aku kata mu]buang masa dan membazirkan masa menegakkan benang basah masing-masing.
sejarah melayu memasing tak dapat selesaikan juga[diri sendiri masih tak dapat dikenal pasti][semuanya atas teori atau sangkaan pembacaan]

banyak bermain sejarah dari belajar sejarah,sebenarnya orang melayu zaman ni.[semuanya dijadikan mainan mereka]

itu suka[mainan];ini suka[mainan]; sedangkan dalam permainan yang mereka mainkan itu ada tanda-tanda pengkisahan sejarah melayu,sebaliknya..................????????????[jawab sendiri]

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

kias kalau di salah terjemahkan,akan menyebabkan bersalahan lah kisah sejarahnya.

sebab itu bangsa lain tak dapat menghurai sejarah bangsa melayu.

kias melayu adalah disadur dari bentuk kias khilaf al quraan serta al sunnah.

sebab yang membentuk kias itu datang dari kumpulan bani jawi,maka tulisannya sama dengan tulisan arab[menggunakan tulisan jawi],tapi tak sama bunyinya dan maknanya.

dan apabila diubah kepada rumi,semuanya bersalahan bunyi ejaannya dan maksudnya.

maka,hilang edentiti bangsa melayu[jati diri] dari muka bumi,sebab tonggak kepada melayu iaitu jawi[tulisan bani jawi] di sisihkan oleh bangsanya[melayu] sendiri.

ulama silam dari bangsa melayu yang belajar di tanah arab dan bangsa arab yang berhijrah kesebelah nusantara melayu,yang telah merintis menggubal ejaan jawi [dari ejaan arab kepada menjadi tulisan jawi] telah di napikan oleh anak bangsa keturunan mereka sendiri zaman ini.

apabila di sebut bangsa melayu,wajib edentiti mereka adalah ejaan jawi[jawi melayu @ melayu jawi],dan bukan ejaan rumi[rumi dari asal sebutan rumawi atau rom] atau ejaan yunani].

tak salah menggunakan edentiti rom[rumi atau yunani,sebaliknya kenapa menghilangkan dan menyisihkan edentiti bangsa sendiri[jawi].

sebab itu orang putih dahulu cakap orang melayu ini pemalas.
sebabnya......jawab sendiri lah.


inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

kias dalam cerita nujum pak belalang[lakunan p ramlee];semasa pertandingan teka teki;

pak belalang menanyakan kembali kepada nujum baginda masai;

dia mengeja sebutan tuah dengan buah dalam ejaan rumi atau jawi,???

kalau huruf taa di tukar dengan huruf baa; jawab sendiri lah.

inshaallah.

Anonymous said...

CC:
AGONG MALAYSIA AND SULTAN MALAYSIA
ROYAL MALAYSIA POLICE
KABINET MALAYSIA
PARTI POLITIK
MCA MALAYSIA
DAP MALAYSIA

DATUK YIP KUM FOOK dan pasukannya memanggil polis untuk memijak tempat Buddha untuk menghalau sami Buddha dari Kuil, ini adalah satu kesilapan yang besar dalam ajaran Buddha kerana polis beragama Islam dan mengamalkan Islam, kenapa Datuk Yip Kum Fook tidak memahami ajaran Buddha yang mudah dan adakah dia bodoh, adakah dia seorang peguam yang berpendidikan tinggi tetapi mengapa dia melakukan perkara yang bodoh

DATUK YIP KUM FOOK, kembalikan gelaran kepada Sultan Selangor secepat mungkin, tolong jangan pegang gelaran lagi kerana bagi semua Sultan Malaysia, ia akan memalukan dan sangat rendah kualitinya

DATUK YIP KUM FOOK, perlu tutup pejabat guamannya kerana jika masih membuka pejabat guaman, undang-undang Malaysia tiada nilai, sekarang ramai yang takut dengan peguam kerana peguam memberi harga yang tinggi, dan ada peguam yang palsu dan menipu, mungkin Datuk Yip tak sangka, dia seorang peguam, hari ini berbeza dengan dulu

DATUK YIP KUM FOOK, anda perlu berundur dari semua persatuan, kerana persatuan Buddha mesti berundur dahulu kerana ajaran Buddha sangat tinggi dan mengajar perbandingan dengan orang lain, hanya ajaran Buddha tidak kembali ke dunia ini, Buddha bukan anda kawan Datuk Yip!

Simon Low Kok Meng ialah abang ipar kepada Datuk Yip Kum Fook, dia seorang pengintip dan membawa berita kepada Datuk Yip, semua ramai perlu berhati-hati dan keluar darinya secepat mungkin

Dari Simon Lim & Ng Hong Siong, Kuala Lumpur