INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20100623

Productivity Photography Contest 2010 (B)

Mula-mula pembentangan oleh Dr. Gokul Naidu, kami telah dihidangkan dengan drama sebabak antara juruacara yang manis dan jelita dengan jejaka yang kacak dan romantis. Apa yang cuba ditunjukkan oleh Dr. Gokul Naidu melalui drama tersebut adalah, setiap perbuatan tersebut perlu ada makna yang tersurat dan tersirat.

Begitu juga apabila kita hendak mengambil gambar. Gambar tersebut harus ada makna yang mendalam. Makna tersebut harus dapat ditunjukkan oleh jurugambar. Jangan biarkan orang lain memberikan makna atau membuat tafsiran terhadap gambar kita. Jika kita biarkan tafsiran rambang oleh orang lain, ini menunjukkan kita tiada tujuan yang boleh membantu masyarakat.

Berikut adalah slide yang dipaprkan oleh Dr. Gokul Naidu.
05 Gambar ini diberi tajuk 'Your answer in a minute'
04 Gambar yang sama juga boleh diberikan tajuk yang berlainan iaitu 'Let Me Think'. Tajuk dan gambar masih lagi sesuai.
03 Ini satu lagi gambar yang sama tetapi boleh diberikan tajul yang berlainan. 'Construction and Destruction'.
02 'Determination'
01 Contoh ini pula tidak memberi makna melainkan gambar dua ekor katak atas daun. Tetapi apabila diberi tajun 'We Meet Again' ia dapat mengambar diri kita yang pernah ada kawan, pernah terpisah dan berpeluang untuk bertemu kembali.

Inilah kekuatan sesekeping gambar apabila digabungkan dengan beberapa patah perkataan. Begitu juga untuk membuat persediaan untuk menyertai pertandingan 'Productivity Photography Contest 2010'.

No comments: