INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20111004

Karnival Basikal Fixie Pahang 2011

Satu program khas untuk peminat basikal fixie akan diadakan di Kuantan Pahang. Karnival Basikal Fixie Pahang 2011 ini akan menghimpunkan peminat-peminat basikal fixie dari Pahang dan Terengganu. Turut memeriahkan Karnival Basikal Fixie Pahang 2011 adalah pengayuh basikal fixie dari Kuala Lumpur dan juga luar negara.

Program julung kali di Pahang ini adalah satu usaha untuk mendekati anak-anak muda yang sedang dilanda 'demam basikal fixie'. Basikal fixie juga telah menjadi trend terbaru belia di Malaysia. Fiesta Belia Berbasikal 2011 yang telah diadakan sempena Pelancaran Hari Belia Negara 2011 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 28 mei 2011 telah berjaya menarik perhatian pengayuh basikal fixie bahawa mereka juga diberikan perhatian oleh kerajaan.

Semasa Karnival Basikal Fixie Pahang 2011, pelbagai aktiviti akan diadakan kahas untuk peminat basikal fixie. Paling menarik akan diadakan perlumbaan basikal fixie. Perlumbaan ini akan menggunakan format perlumbaan sebenar untuk basikal lumba dan basikal mountainbike.

Ada lima acara perlumbaan akan diadakan antaranya adalah ujian masa individu, kretirium dan lebuhraya. Bagi acara lebuhraya, pengayuh basikal fixie dijangka akan berlumba antara dua daerah iaitu Pekan ke Kuantan.

Acara ini akan berlangsung pada 13, 14 dan 15 November 2011.

Laman Pahang akan sentiasa menyiarkan maklumat terbaru Karnival Basikal Fixie Pahang 2011.

Sama-sama kita nantikan Karnival Basikal Fixie Pahang 2011 Peringkat Antarabangsa:
Tarikh: 13hb. hingga 15hb. November 2011 (Ahad hingga Selasa)
Tempat: Hadapan Stadium Darul Makmur Kuantan

(Ada yuran penyertaan dikenakan)

No comments: