INFO YANG DITERBITKAN (atau dipetik) MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. MARILAH KITA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI. Tetapi cepat-cepatlah sedar jika muncul mengenal 'manusia' yang akan menyuruh kita bergaduh sesama kita.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20171130

K

Sebelas

20 comments:

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

celikkan mata sikit.

nurkodim atau dol bayan atau tok linggi atau tok....,adalah orang yang sama.

tok mengkarak itu anak nurkodim.

syed kuning atau tok naning itu anak nurkodim.

suji dibilang tu anak saudara benar nurkodim.

tok jambi tu adik beradik nurkodim.

sultan samudra pasai yang akhir sebelum bertukar nama acheh itu ayah nurkodim.

sultan samudra pasai yang akhir itu dengan merah silu adalah orang yang sama.

kalau kurang jelas; pergi ketiga buah negeri acheh,jambi dan minangkabau,dan cantumkan seluruh sejarah dan salasilah ketiga-tiga negeri itu.[tiga negeri itu akan menjadi samudra pasai].

maka tok shahbudin berhala gantang itu cicit kepada ......[jawab sendiri lah ya].

makanya, tidak ada adat dan adabnya cicit menyanggah moyang sendiri.
dan jangan memandai bersangka-sangka sehinga menjatuhkan angin fitnah dalam keluarga sendiri tanpa usul periksa.[kelak akan disebut orang waris keturunan yang tak beradab]

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

takwa:[mudah kata atau mudah faham membawa maksud; takut kepada allah atau takut lah kepada tuhan yang menciptakan makhluk@hambanya].

makanya;disebaliknya manusia zaman sekarang,betul ke takut kepada allah sepertimana yang wajib takut perintah allah.[dengan menuruti perintah-perintah dan meninggalkan larangan-larangan,tanpa bantahan atau rungutan].

nilai dan teliti semula akan diri sendiri,diri benar-benar bertakwa atau setakat berlakon atau tak faham,apa yang sebenar-benarnya duduk perkaranya takwa itu.

kalau bertakwa dalam kata sebenar takwa, alhamdulillah,sebaliknya kalau yang lain tu,diri jawablah sendiri.[nak jawab sekarang,boleh, dan nak jawab kemudian pun boleh(masa dalam kubur atau masa di padang mahysar,mana-mana sukalah,boleh pilih].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


kiasnya;[kais pagi makan pagi kais petang makan petang],dan khilafnya disandarkan ke dalam al quraan;kepada surah 2,ayat 15.

maka, telah di rungkai dilengkap disempurnakan akan kiasnya,dan makanya jawapan kepada khilafnya dibacakan dalam al quraan.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

manusia yang karahmah al fatihah bacanya mereka;[semenanjung].
yang mereka sendiri tidak mengetahui akan karahmahnya diri.[cari lah akan mereka itu,dan ambiklah bacaan dari mereka akan al fatihahnya.


pahang; 2 org
terengganu;1 org
johor;3 org
melaka;2 org
negeri sembilan;3 org
selangor;4 org
perak;2 org
kedah;2 org
perlis;1 org
kelantan;?
pulau pinang;?
pattani;?

di singapura;1 org

di sumatra;3 org

di jawa;3 org


bacaan al fatihah mereka di berkati dilangit dan dimuka bumi sehingga kepasak bumi.[itu yang disebut;lengkap serta sempurna al fatihah].

maka, kalau berjumpa akan mereka itu,jaga peliharalah akan mereka itu.jangan di abaikan.

maaf;kami tidak akan membuka akan nama dan tempat tinggal mereka itu,tuanpuan kena cari dan kesan sendiri.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

waktu perjalanan kita manusia telah pun sampai dipenghujung ishak[pada rakaat yang ke tujuh belas],apakah masih lagi tidak ada bayangan penunjuk dihadapan mata,untuk mengenal diri sendiri,dan apakah yang masih diangan-angankan,dan adakah gelojoh dan haloba masih lagi menebal,dan tidakkah akal dapat menapis akan daki-daki.

seperti satu cerita yang dikisahkan orang;

ini cerita gurauan semata;


seorang lelaki orang asli yang telah patah hatinya,lalu berniat untuk membunuh dirinya sendiri.

maka dia berfikir dan memikirkan bagaimana kaedah terbaik serta tidak sakit untuk membunuh diri.
maka datanglah dalam benak fikirannya buah fikiran yang banyak.

1] gantung diri; katanya: tak boleh itu sakit leher dan batah tulang tengkok sebab tersangkut pada tali.[dibatalkan niat itu]
2] menyembelih leher; katanya: juga sakit dan siapa pula yang nak tolong sembelihkan.[dibatalkan niat itu]
3] terjun dari pokok tinggi; katanya: pun juga sakit,hancur belaka tulang-tulangnya.[juga dibatalkan niat itu]
4] mungkin yang ini tak sakit katanya; maka diambiknya pisau bled atau pisau cukur janggut,lalu di torehkan pada lengannya kedua belah,kononnya memutuskan urat,dan seterusnya dia terjun kedalam air sungai.
maka apabila tenggelam sahaja dirinya itu kedalam air maka dengan sertamerta dia melonjak dan melompat naik keatas darat seraya mengerang kesakitan,aduh,aduh aduh;disebabkan lengannya yang di toreh itu terkena air dan pedih rasa akannya.

maka, orang yang ramai akan bertanya-tanya; apakah moralnya cerita ini.
maka,ini jawapannya; kami bercerita bukan untuk di beritakan akan moralnya atau faedahnya,sebaliknya untuk tujuan tuanpuan membuka minda dengan berfikir,apa sebenar yang ada dalam cerita itu.

lain orang lain yang akan mereka dapat dari cerita itu.

ada yang positif
ada yang negetif
ada yang berkecuali[tak faham-faham atau buat tak faham]

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


kiasahnya;[kura-kura dengan kera].
pembentangan cerita ini telah di buat beberapa tahun dahulu,makanya diulangkan untuk keduakalinya,[bab 1 dan bab 2]


kisah dua sahabat,satu diatas darat dan satu air/darat[dua alamkan].
terus ke punca ceritanya;
maka sang kura-kura bertemu dengan sebiji buah tembikai atau timun[cakap orang kelantan],lalu di tarik ke tolak ke[ikut dialah yang mana satu],ketepi tebing sungai,tetapi dia tidak dapat menaikkan tembikai itu kedarat,maka dia meminta bantuan sahabatnya sang kera yang sedang berayun menyanyi diatas pokok.
kata kura-kura kepada kera; wahai kera tolonglah kau mengakat buah tembikai ini kerana aku tidak boleh mengakatnya sendiri keatas darat,dan dapatlah kita makan bersama-sama nanti.
kata kera;baiklah,lalu diangkatnya tembikai itu naik keatas darat.
maka kata kura-kura; marilah kita belah dan makan bersama-sama;aku sebelah dan engkau sebelah.
kata kera; aku tidak setuju,kerana aku aku yang mengakatnya kedarat. sepatutnya aku yang lebih,dengan nada yang tamak dan ego.
maka berkelahilah mereka berdua itu,lalu kata kura-kura kepada kera;kalau bergitu mari kita bawa hal ini kehadapan raja sulaiman untuk di putuskan.
maka,mereka berdua pergi mengadap raja sulaiman dengan membawa buah tembikai itu.
maka,dihadapan raja sulaiman,di ceritakan peri hal yang tersebut itu antara mereka berdua,dan minta di putuskan penyelesaian dari raja sulaiman.
setelah mendengar akan cerita kedua-duanya,maka raja sulaiman senyap sejenak,lalu mengangguk-anggukkan kepalanya kerana keputusan telah ada dalam fikirannya. lalu di panggilnya pengawal,disuruhnya membelah dua akan buah tembikai,dan diberikan separuh seorang lalu di suruh balik akan kedua kura-kura dan kera itu dan datang semula beberapa purnama untuk mengadap dia.
maka kembali lah mereka keduanya mengikut perintah raja sulaiman.
[bab 1;bahagian 1].[bersambung bab 1;bahagian 2].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kura-kura dengan kera.[bab 1;bahagian 2].


setelah cukup purnamanya janji mereka dengan raja sulaiman,maka mereka pun pergi mengadap akan raja sulaiman itu.
maka ditanyakan oleh raja sulaiman kepada mereka berdua.

wahai kera, apa yang engkau buat kepada buah tembikai setelah balik dari sini dahulu?.
kata kera, menceritakan perihalnya dia;
setelah kembali dari istana dahulu,dalam perjalanan,saya telah memakan seluruh buah tembikai bahagian saya itu,kerana terlalu lapar,dan tiada tertinggal akan apa-apa sisinya,dan kulit dan bijinya telah saya buangkan kerana tidak berguna kepada saya.
kata raja sulaiman;hem.
kata raja sulaiman;wahai kura-kura, apa pula yang engkau telah buat dengan bahagian engkau?
kata kura-kura;saya makan nya sedikit-sedikit dan cermat supaya dapat dimakan dalam tempoh yang lama,dan bijinya saya tanam,semoga tumbuh dan mengeluarkan hasilnya pula.
selepas mendengar akan kedua penjelasan dari kera dan kura-kura itu, maka raja sulaiman,seraya menarik nafas panjang,lalu membuat keputusannya keatas kedua mereka itu.
kata raja sulaiman;wahai kera,engkau ni sangat gelojoh dan tamak dan tidak memikirkan sahabat dan sekeliling engkau.disebabkan perangai engkau yang bergitu,maka engkau tidak patut berkawan dengan yang lain,pergilah engkau tinggal di hutan sendirian.
maka putuslah keputusan raja sulaiman dalam timbang tara kedua kura-kura dengan kera itu.

maka kura-kura mengucapkan terima kasih kepada raja sulaiman dengan keputusan itu dan merasa lega.
sebaliknya kera yang merasa sunggul dan marah dengan keputusan itu,berdendam kepada kura-kura,tetapi kerana takut kepada raja sulaiman akan menghukunnya lebih berat jika dia membantah akan keputusan timbangtara itu,maka dia menurut hukuman perintah..walau bagaiman sekalipun,kera tetap ingin membalas dendamnya kepada kura-kura suatu hari nanti.
[bab 1;bahagian 2] [bersambung,bab 2]

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kura-kura dengan kera.[bab 2]


maka,setelah babarapa lama[tahun-tahun lah gamaknya].
penyakit kesuma kera masih merah membara kepada kura-kura. maka kerap kalilah kera mengintai kura-kura dari tepi hutan[nak keluar dari hutan,makanya dia tidak berani,takut tertangkap oleh pengawal raja sulaiman kerana melanggar perintah hukuman keatasnya][maka,terintai-intai lah dia dari dalam hutan dicelah-celah pokok kayu itu].
suatu hari,dari sebab kesumanya yang tidak tertahan lagi maka,dia meluru keluar dan melanggar perintah hukuman raja sulaiman. semasa itu kura-kura tiada di tempatnya,sedangkan tanaman kura-kura tumbuh dengan subur.tidak berjaga.
maka,di curi dan dimusnahkan keseluruhan tanaman kura-kura,sampai tiada yang tinggal dan tidak berbaka lah orang tua kata. setelah puas merosakkan harta kura-kura,maka dia kembali kedalam hutan dengan berasa seronok sekali kerana dapat membalas dendam.
sekembalinya kura-kura ketempat tinggalnya,maka dilihatnya seluruh tempat tinggal dan tanaman dan hartanya telah musnah di rosakkan,tiada apa yang tinggal.oleh kerana teramat sedih dengan kejadian itu,maka kura-kura mengambil keputusan meninggalkan tempatnya itu berpindah kedalam laut.maka tinggallah kura-kura didalam laut.
kura-kura yang berasa seronok dengan tindakannya itu,menjadi panasaran semula,apabila didapati ,kura-kura sudah tidak tinggal di tempatnya atau meninggalkan tempatnya tanpa bertindak apa-apa kepadanya.maka kera manjadi tidak puas hati dan masih ingin memusnahkan kura-kura.
kera merasa macam nak gila dengan penyakit kesumanya itu.merata dia mencari kura-kura untuk di kianatinya.sebaliknya tidak berjumpa.[mana nak jumpa,kura-kura pindah dalam laut,kera cari atas darat,tak ke jumpalah].
bertahun-tahun kera menahan dendamnya kepada kura-kura,dan pada suatu hari,kera mendapat berita yang mengatakan kura-kura balik ketempatnya.
maka,diintai akannya dari celah-celah pokok,dan didapati benar,dan dilihatnya kura-kura balik untuk bertelur.[serupa dengan penyu itulah kaedahnya].
selepas kura-kura[bini dialah],bertelor maka di simpan didalam tanah,dan mereka berjaga bergilir-gilir telur itu,sebaliknya suatu hari akan kedua-dua kura-kura telah turun kelaut dan meninggalkan telor sendirian.
pada masa itulah kera mengambil kesempatan,dicurinya akan telor-telor kura-kura itu,lalu keseluruhan telor-telor itu dibuangnya kelaut tanpa belas kesian.
sekembalinya kedua kura-kura itu ketempat telor-telor itu,mereka dapati akan telor-telor itu telah tiada lagi.maka tahulah mereka yang telor-telor itu telah dicuri,dengan hati yang sedih dan sayu,maka mereka kembali kelaut dengan lilihan air mata.
makanya,telor-telor yang dibuang oleh kera itu kelaut,telah menjadi pulau-pulau.
dan kera,tetap dengan penyakit kesumanya yang tidak sudah-sudah,seperti kena penyakit sawan jadinya.
kura-kura pulak,hanya balik sekali-sekali,untuk betelor dan mancari telor-telornya yang hilang dahulu itu,itulah kerjanya bilang tahun.

satu dari mitos penyu dan mitos sejarahnya yang diceritakan oleh pemegang amanahnya akan kias bercerita.

Anonymous said...

Anonymous said...
salam,tuanpuan.

manusia yang karahmah al fatihah bacanya mereka;[semenanjung].
yang mereka sendiri tidak mengetahui akan karahmahnya diri.[cari lah akan mereka itu,dan ambiklah bacaan dari mereka akan al fatihahnya.


pahang; 2 org

****************************************************************************
Salam,

Tuan,

Boleh ke bagi clue sikit jer lagi..pahang tu kat area mane?

Terima kaseh...


Anonymous said...

salam,tuanpuan.

nantilah kami fikir-fikirkan[bincangkan dahulu untuk kebenaran pemegang amanah,boleh bagi clue lebih atau tidak].

makanya,kalau diberikan segera cluenya,dibimbangi orang lain akan terasa hati,yang bacaan mereka itu.........!!!???,faham,kalau tak faham buat-buat fahamlah sementara ini.sebelum keputusan kebenaran,boleh atau tidak dikeluarkan].

Anonymous said...

alhamdulillah..terima kaseh tuan..
Salam tuan @ pemegang amanah..

andai kata pemegang amanah berbesar hati/terbuka hati nak kongsi sedikt lagi clue tu..

tuan @ pemegang amanah boleh / sudi la apa kiranya berhubungan melalui emel saya @ koi di: fansuri08@gmail.com

sungguh anok kelahiran temerloh nie berharap benar dapat berhubung dengan beliau..

alhamdulillah...

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


kefahaman;[kalamfaham].[bicara nabi ibrahim as pada permulaannya dia,sebelum diangkat@di lantik sebagai rasul].

"bergitulah kami perlihatkan kepada ibrahim kerajaan langit dan bumi,dan supaya ibrahim termasuk orang-orang yang yakin.
ketika malam telah gelap,dilihatnya sebuah bintang,katanya;inikah tuhanku? tetapi setelah bintang itu tenggelam,dia mengatakan;aku tidak menyukai yang tenggalam.
dan setelah bulan dilihatnya terbit,dia mengatakan; inikah tuhanku? tetapi setelah bulan itu terbenam,dia mengatakan; sesungguhnya jika tuhan tidak memberi petunjuk kepadaku,tentulah aku termasuk kaum yang sesat.
dan ketika dilihatnya matahari terbit,dia mengatakan; inikah tuhanku? ini lebih besar.tetapi setelah matahari terbenam,dia mengatakan; hai kaumku!! sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.
sesungguhnya aku mengarahkan tujuanku kepada tuhan yang menjadikan langit dan bumi; dan aku tidak termasuk orang-orang yang mempersekutukan tuhan."

[surah al-an'am;ayat 75-79].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

berkenaan clue yang diminta itu;

kami telah memohon dan membincangkannya,maka kami hanya diberikan sedikit kebenar sahaja.

maka ini clue nya yang di kiaskan;

dalam kitab asal tok kenali,ada diceritakan berkenaan bacaan serta sebutan yang lengkap dan sempurna bagi al fatihah,dan juga ciri-cirinya manusia atau orang yang karahmah bacaan al fatihahnya.

maaf,kami tidak dibenarkan berhubungan melalui email atau dan kalau tuanpuan nak berhubung dengan kami,carilah kami.kami akan menunggu kehadiran tuanpuan.

jebat2070 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam,

Tuan @ admin,

dapat kias gini pun dah syukur alhamdulillah...

tolong sampaikan salam saya..nama koi hafez..kepada pemegang amanah tersebut..

ade rezeki/umur koi panjang..dapat la kita bersua/bertemu muka..Insya Allah..

Anonymous said...

Petikan dari Sulalatus Salatin

Sebermula maka tersebutlah pd zaman Rasulullah SAW,baginda bersabda pd segala sahabat."Pd akhir zaman kelak,ada sebuah negeri dibwh angin,Semundra namanya,maka apabila kamu dengar khabarnya negeri Semundra itu,maka segeralah kamu pergi ke negeri itu,bawa isi negeri Semundra itu masuk Islam,kerana dlm negeri itu banyak Wali Allah akan jadi,tetapi ada pula seorg fakir di negeri Mutabari namanya,ialah kamu bawa serta kamu,setelah berapa lamanya kemudian drpd sabda nabi saw,maka maka terdengarlah kpd segala negeri dtg ke Mekah pun kedengaran nama negeri Semundra itu.Syarif di Mekah menyuruhkan sebuah kapal membawa segala perkakasan kerajaan seraya disuruhnya singgah di negeri Mu'tabari,adapun nama nakhoda kapal itu Sheikh Ismail

Maka kapal itu belayarlah lalu ia singgah di negeri Mu'tabari.adapun raja dlm negeri itu Sultan Muhammad namaya maka baginda bertanya."kapal dari mana ini?maka sahut org dlm kapal itu, adalah kami ini kapal dari Mekah,hendak pergi ke Semundra.adapun Sultan Muhammad itu anak cucu hadrat Abu Bakar AsSiddiq.maka ujar org kapal itu,kerana kami pergi ini dengan sabda nabi Rasulullah SAW.

Anonymous said...

Petikan dari Sulalatus Salatin

Setelah didengar oleh Sultan Muhammad sabda Rasulullah SAW maka dirajakannya anaknya yang tua di negeri Mu'tabari akan ganti kerajaannya.maka baginda dan anak baginda yg muda memakai pakaian faqir,meninggalkan kerajaan turun dari istana lalu naik kapal itu.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya;[kalau ada sumur diladang,boleh kita menumpang mandi,....,.....].


makanya sabda nabi saw telah di turuti oleh pemegang amanahnya yang terkemudia darinya.[yang bermukim di kota mekkah].

dari pada itu kerajaan di mana kah mutabari itu [kawasan india atau kawasan parsi].

makanya siapa kah sultan muhammad mutabari itu.[waris keturunannya dan nama gelarannya semasa mengikuti rombongan kesamudra].

dan samudra itu kerajaan apa dan dimana?

kalau samudra itu,kerajaan samudra pasai.maka baca dan susun sebaiknya kerajaan itu disumatra.[apa ke sebabnya menjadi sunnah nabi saw].

Anonymous said...

Sambungan dari Sulalatus Salatin

Katanya (Sultan Muhammmad & anaknya) "kamu bawa hamba ke negeri semundra".maka pada isi hati orang kapal itu,bahawa inilah mudah mudahan fakir yg seperti sabda Rasulullah itu.maka fakir itu pun dibawanyalah naik kapal lalu belayar.

Berapa lamanya dijalan maka sampailah kpd sebuah negeri,Fansuri namanya.maka segala org isi negeri itu,pun masuk agama Islamlah.keesokan harinya maka fakir itu naik ke darat membawa Quran,maka disuruhnya baca pd org isi negeri Fansuri itu,seorg pun tiada dpt membaca dia.maka dlm hati faqir itu bukan negeri ini yg seperti sabda nabi kita Muhammad Rasulullah SAW itu.

Maka turunlah ia ke kapal kpd nakhoda sheikh Ismail,belayar pula berapa lamanya,maka sampailah ke sebuah negeri Lamiri namanya,maka org Lamiri itupun masuk Islam.maka fakir itu pun naik ke darat membawa Quran,maka disuruhnya baca pd org dlm negeri itu,dan seorg pun tiada dpt membaca dia.maka fakir itu kembali ke kapal lalu belayar.berapa lamanya maka sampailah ke negeri Haru dan segala org dlm negeri itu masuk Islam.maka fakir pun naiklah ke darat membawa Quran,maka disuruhnya baca pd org negeri itu dan seorg pun tiada tahu membaca ia.

Maka fakir itu pun bertanya kpd org dlm negeri itu,"dimana negeri yg bernama Semundra itu?maka kata org itu sudah lalu.

Maka fakir itu pun turunlah ke kapal,lalu belayar berbalik pula maka jatuh ke negeri Perlak,maka sekian mereka itu pun diislamkannya.maka kapal itu belayarlah ke Semundra.maka fakir pun naik ke darat,maka ia bertemu Merah Silu berkarang di pantai.maka fakir itu pun bertanya katanya,"apa negeri ini?maka sahut Merah Silu,"adapun negeri ini Semundra.maka kata fakir itu,"siapa nama pengetuanya dlm negeri ini?sahut Merah Silu,hambalah pengetua sekelian mereka itu.

Maka oleh fakir itu Merah Silu diislamkannya dan diajarinya kalimatul syahadat.setelah Merah Silu Islam maka merah silu kembali ke rumahnya,fakir itu pun kembali ke kapal.

Syahadan,pd mlm itu Merah Silu pun tidur,maka ia bermimpi dirinya berpandangan dgn Rasulullah SAW.maka sabda Rasulullah kpd Merah Silu"Ngangakan Mulutmu!"maka oleh Merah Silu dingangakan mulutnya diludahi oleh Rasulullah mulut Merah Silu.maka Merah Silu pun terjaga dari tidurnya.diciumnya bau tubuhnya seperti bau narawastu.telah hari siang,maka fakir naik ke darat mebawa Quran,disuruhnya baca pd Merah Silu.maka Merah Silu dibacanya Quran itu.maka kata fakir kpd Syeikh Ismai,"iniah negeri Semundra yg seperti sabda Nabi SAW itu.maka oleh Sheikh Ismail segala perkakasan kerajaan yg dibawanya itu semuanya diturunkan dr dalam kapal.maka Merah Silu dirajakannya dan dinamainya Sultan Malikus Salleh.



Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasan dan berita berkenaan merah silu atau sultan malikus salleh itu telah kami bentangkan beberapa tahun yang lepas.semak dan rujuk pembentangan yang lepas itu.

kami hanya akan membentangkan untuk kali kedua kalinya,apabila kefahaman tentang sejarah dan susur kepada nya merah silu telah jelas.