INFO YANG DITERBITKAN (atau dipetik) MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. MARILAH KITA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI. Tetapi cepat-cepatlah sedar jika muncul mengenal 'manusia' yang akan menyuruh kita bergaduh sesama kita.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20171130

L

Dua Belas

62 comments:

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

bab keturunan dalam al quraan.[isi al quraan dan bukan cerita kulit].


sesungguhnya allah telah memilih adam,nuh,keluarga ibrahim dan keluarga imran melebihi segala umat.

satu keturunan yang sebahagiannya dari yang lain dan allah maha mendengar lagi maha mengetahui.

ketika isteri imran berkata;'ya tuhanku,sesungguhnya aku menazarkan kepada engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh dan berkhimat,kerana itu terimalah itu daripadaku,sesungguhnya engkau yang maha mendengar lagi maha mengetahui'.

maka tatkala isteri imran melahirkan anaknya,diapun berkata;'ya tuhanku,sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan.sesungguhnya aku telah menamai dia maryam dan aku melindungkannya serta anak-anak keturunannya kepada engkau daripada syaitan yang terkutuk'.

[surah ali imran;ayat 33 hingga 36].


makanya khilaf keturunan dari atasnya adam,nuh,ibrahim,dan kebawahnya imran dan isterinya, maryam,serta zakaria dan isterinya.

maka diantara kedua keturunan keatas dan kebawah susurnya itu,di tengahnya siapa keluarganya imran itu serta yang lain khilaf yang dimaksudkan.

maka jangan bersangka-sangka,berteliti dan fahamkan kiasnya maksud.

kami tidak akan membukanya,sehingga tuanpuan,dapat membentangkan duduk perkara yang sebenar akan khilaf keluarga imran yang di beritakan dalam al quraan.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

warisan orang indera senggara[pahang].[menyusuri keluarga dan kerabat].

namanya osman,dengan gelaran malim kuning.

waris kepada durian tawar.

ayah mertua kepada tok bahaman.

mempunyai 10 anak;9 perempuan dan seorang lelaki.

berkhawin 3 orang;

1] bidan besar[emak sedara benar tok bahaman]
2]waris orang purba jelai
3]waris merah silu @ sultan samudra pasai.

yang menggantikan akan nya disebabkan anak lelakinya mati,maka digantikan dengan menantunya: haji tahir bin [ tak ingatlah nama ayahnya].

selepas dari ini kami akan terjemahkan setiap satu susur khilaf keturunan yang di kelirukan atau mengelirukan,biar terang serta jelas duduk perkaranya.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

dalam bab keturunan dari dalam al quraan][khilaf lukman]


kepada surah lukman dalam al quraan;dia disebutkan sebagai hamba allah[siapa dia?],yang memberi nasihat kepada anaknya.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

warisan orang indera senggara.[pahang].[menyusuri keluarga dan kerabat].


malim kuning dengan bini pertama;[anak-nya]

1]aminah khawin dengan haji tahir[indera senggara menggantikan bak mertuanya]
2]maimunah khawin dengan muhammad safie[waris panglima bagus]
3]bek yah khawin dengan bahaman[khawin pupu]

malim kuning dengan bini kedua;[anak-nya]

1]selamah khawin dengan muhammad fikri amdan[waris toku paloh]
2]fatimah aishah khawin dengan tengku long bendahara pahang[waris padang saujana]
3]natrah asikin khawin dengan abd muluk[][waris tok rompin]

malim kuning khawin dengan bini ketiga;[anak-nya]

1]khatijah khawin dengan muhammad ali purba.
2]fatimah tul akmar khawin dengan tengku badrul iskandar.[waris batu hampar bukit jugra selangor].
3]ropiah khawin dengan marzuki ibnu pagiran[waris puteri santubong]
4]tengku muhammad fattah khawin dengan puteri saerah bt tengku marzuki][waris panglima bagus].


makanya telah selesai akan duduk perkara keluarga orang besar indera senggara osman @ malim kuning.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias[kalam faham].


maka dibacakan akan ayat-ayat dalam surah ke 68,yang berjumlah 52 ayat.

maka faham atau tidak,akan maksud dengannya ayat-ayat dalam surah ini.

maka penyesalan diakhir hujung umur tidak berguna lagi kepada diri sendiri.

maka akuan "aku" pada diri tidak dapat menyelamatkan akan diri.

keluarga ku
harta ku
anak-anak ku
jasad ku

aku meninggakan mereka atau mereka meninggalkan aku?

maka dimana kah aku?,dan dimanakah mereka itu?

ilmu ku
fekah ku
adat ku
adab ku

kemana kamu telah pergi.
maka bantu lah aku.bantu lah aku. bantulah aku.

maka berkata mereka itu,aku ada diseberang sini.dan marilah melintas kemari.

maka;tuanpuan jawab lah sendiri.[fikirlah sendiri akan jawapan kepadanya itu].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias@khilafnya kepada;[bidalan bahasa atau perumpamaan kata bagi sejarahnya].[kepada; padang jarak padang terkukur dan biar putih tulang jangan putih mata].


enam baris bait kias@khilafnya dan yang ketujuh jawapan namanya.[kami simpan amanah ini ketujuh itu sebagai anugerah allah kepada kami,serapat-rapatnya lipatannya bagi kemudian hari akan ilmu,fekah,adat,adabnya kepada sejarah dia].[yang lengkap].[yang dibacakan kepada kami oleh pemegang amanahnya].


jangan diundur sebelum berjuang.
biar putih tulang jangan putih mata.
takkan berundur walau setapak.
bilaku langkah setapak burung kedidi akan jadi padang jarak padang terkukur.
padang jarak padang terkukur.
hulubalang jatuh tersungkur.

bagi urusan ini siap lengkap sempurna sudah, inshaallah.
maka disandarkan semula dalam al quraan kepada surah ke 68[seluruh ayat-ayatnya].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


kias@khilafnya kepada;[ilmunya,fekahnya,adatnya,adabnya sejarah].


negeri kilatan
tanah sekebun bunga
bukit marak
gong kedak
kelantan.

siap lengkap sempurna susunnya,inshaallah.
maka disandarkan kembali kepada surah 2;ayat 14,dalam al quraan.

maka;kami simpan akannya jawapan ini sebagai anugerah allah kepada kami sebagai amanah yang diperbentangkan dari kami kepada tuanpuan,yang telah dibacakan kepada kami oleh pemegang amanahnya.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

dalam urusan dua perkara yang ditinggalkan oleh rasulullah saw.
[aku tinggalkan dua perkara yang kalau di ikuti tidak akan tergelincir]
[al quraan dan al sunnah].[di baca dengan betul atau sambil lewa]


dalam urusan bergini sekarang ini,bukannya kerjanya mempertikaikan urusan orang yang lepas[yang sebelum kita yang tersalah atau silap].tugas kita adalah memperbetulkan mana-mana yang tersilap atau silap itu menjadi betul dan jelas.

bertekak dan berbantah-bantah itu membuang masa namanya. dan kalau tahu, bagaimana nak memperbetulkan urusan yang salah itu, maka betulkan aje,tak payah nak mempertikaikan atau nak mempersalahkan orang.

kadang-kadang,seperti orang tua-tua berkata;[pepatahnya: lebih sudu dari kuah dan kadang-kadangnya:akan menjadi seperti meludah kelangit,dan akan jatuhnya diatas muka sendiri nanti].[jangan pandai-pandai atau jangan berani-berani;nak pulangkan buah keras,kalau tak kenal dan tak reti memilih buah keras yang elok][orang nak laga buah keras,tuanpuan nak juga laga buah keras,sebaliknya buah kerasnya tak kenal dan tak tahu pun macammana sebenarnya buah keras itu].
makanya, malunya akan lebih besar lagi dari orang yang lepas,jika telahan tidak tepat atau tersasar.

makakan, orang zaman ini terutamanya yang muda dan kanak-kanak,ada yang tak kenal pokok padi,lalu mereka memanggil akannya sebagai pokok nasi. antara pacat dan lintah pun mereka kena buka kamus untuk mengenalnya,dan kalau kamus yang di bacakan oleh mereka itu salah cetakan,bagaimana terjadinya kepada manusia-manusia itu. takke harubiru di buatnya.

manusia yang tak menggunakan akal,kalau diajak membuat onak,maka sangatlah bergembiranya mereka,sebaliknya, manusia yang mengaku berakal jika melakukan onak,maka mereka lebih tak berakal dari manusia yang tak berakal itu dan amat terhina diri mereka itu.

janganlah ilmu di gandingkan dengan ego, yang belum tentunya akan kesampaian dan akan merosakkan kebijaksanaan manusia itu sendiri. dan apabila terjadi bergitu,maka mereka akan merendahkan taraf iman mereka sendiri.makanya, membazir saja ibadah,zikir,sedekah dan perbuatan baik yang selamanya mereka perbuat dan kumpulkan itu.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


kias dari syair hikayat siti zubaidah[yang tidak di pernah di riwayatkan]
dibacakan kepada kami oleh pemegang amanahnya.diperbentangkan kepada tuanpuan oleh kami;


balai rom balai udana
tujuh jerum bijak laksana
nuri mari laut langkapuri
nuri bawa ulat bani seekor
bani mati pulau gitanguri
bunuh dinakhoda pantai melawi
berebut kain sutera langkapuri
bawa balik ke puteri dewi sakti.


dilagukan kepada puteri[ ] dalam buaian.
maka rungkaikanlah,syair ini, dalamnya ada sejarahnya akan orang-orang nya dan tempat-tempatnya.

makanya,jangan di tundingkan jari kepada bangsa lain,jika bangsa sendiri tidak dapat menghuraikannya sendiri.apatah lagi bangsa lain.



Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kalam faham;[kias@khilaf ini disandarkan kepada al quraan serta al sunnah],[seluruh akan keduanya],[kalau faham,dan kalau tak faham juga;tak dapatlah kami nak menolongnya].


keris lok sembilan hulu paruh burung cenderawasih
pedang mat kilau hulu gading gajah minar
putih hitam kuning sena gaharu.


maka:kami bentangkan kepada tuanpuan,akan amanah kias @ khilaf pahang yang dibacakan kepada kami akan kiasnya oleh pemegang amanahnya kepada kami oleh wakilnya tok jangut. salam dan sekian, inshaallah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

orang besar[kaya]indera pahlawan pahang.[menyusur keluarga dan kerabat].

yang bernama omar[gelarannya;tok omar lubuk terua].

ayahnya bernama;tok ombak @tok dagang@ maharaja ombak@dan[kami simpan rahsia gelaran ini].

waris keatasnya kepada bendahara padang nunang dan kepada warisan keturunan tengku badrulshah bukit jugra selangor.

berbini 12 orang dan mempunyai anak-anak seramai 36 orang kesemuanya.

ini senarai bini-bininya yang 12 itu.[senarai anaknya akan di sebut bentangkan kemudian inshaallah].


BINI-BININYA[SENARAI]

bini 1;rokiah[ waris tok tangguk dari bini ke 3nya, orang terengganu]

bini 2;sabariah [waris mat lela @orang besar berlapan pahang][khawin pangkat saudara rapat]

bini 3;ropiah [waris tok kadok dgn bini ke 4;anak leman mersing johor]

bini 4;puteri balkiah [waris orang besar perba jelai ke 3;umar@tok tanjung]

bini 5;rokiah [waris orang indera sengara malim kuning;suami kali kedua]

bini 6;fatimah [waris tok jergoh@leman mersing johor][salin tikar]

bini 7;fatimah saodah[waris umar @tengku umar bin wan ahmad]

bini 8;aminah[waris leman mersing johor;salin tikar]

bini 9;rokiah[waris umar persagi @ panglima mat saman]

bini 10;badariah[waris osman @maling kuning@orang besar indera senggara;suami kedua][salin tikar]

bini 11;tengku saerah bt tengku mansur[dari palembang]waris tengku badrushah bukit jugra selangor[warisan tok jergoh dan malim kuning]

bini 12;samsiah[waris tok baduk;keturunan muhammad sikal(anak ke 18),bini ke 3 waris tok jangut]


maka;bini-bininya[orang besar indera pahlawan pahang yang bernama omar lubuk terua] telah lengkap di sebut dan di bentangkan.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

nabi pernah berkata; tuntutlah ilmu sehingga ke negeri china,dan ada ulama berkata;tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga ke lubang lahat,dan orang tua ada berlagukan;buai laju-laju sampai pucuk atap belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab,dan orang tua mempantunkan;buah cempedak diluar pagar ambil galah tolong jolokkan,dan sorong papan tarik papan buah keranji dalam perahu.

makanya, pada sepohon pokok yang besar,mana akarnya dan mana pucuknya,apabila di raubkan elok-elok.
kias ini diterjemahkan dalam filem lakonan p ramlee,dalam tajuk nujum pak belalang itu.

dan apabila huruf taa bertukar menjadi huruf baa,jaga baik-baik tuanpuan,
berilmu kena jelas akan duduk perkaranya,dan bukannya boleh main tiru-tiru semata.

makanya;akan jadi seperti orang zaman dahululah akibatnya;
[yang diceritakan dalam al quraan]terjemahannya maksudnya lebih kurang]

kami mengikut apa yang kami melihat datuk nenek kami perbuatkan yang sebergitu agama nenek moyang kami.[itu jawapan orang arab jahiliah dahulu].

maka,zaman sekarang ini,ada orang yang berkata;seperti berikut:

bukan kami yang cakap,atau bukan kami yang sebut,atau bukan kami yang tulis,tapi sipulan[menundinkan jari kepada ulama yang lepas,atau orang tua-tua yang telah dahulu-dahulu].

faham?,atau tak faham?.maka berhati-hatilah walaupun dalam khutbah jumaat.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya istana;[dalam kalam faham].

istana bendahara abd majid dan bendahara ali di pulau tawar;
makanya dimana kedudukannya istana itu,apabila diruncai tak ikut peraturnya, menjadikan kelengkapan istana tak lengkap dan hilang, apa perkakas yang jatuhnya kedalam sungai pahang,yang menjadikan istana yang hendak di cantumkan di pekan tidak siap dan tidak bermaya.

maka, mendiri dan meruncai istana ada adat dan adabnya,dan juga memilih tapak istana.

maka susun dengan teliti dan tertip akan adat adab fekah serta ilmu kepadanya. yang hendak di tegakkan itu tonggak seri istana,dan bukannya warong kopi tempat bertelepuk adanya.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

[lagunya[kiasnya];

tolong kami bantu kami,anak-anak yatim piatu.....;[dalam filem tiga abdul,lakonan p ramlee].

[lirik yang akhirnya]; bantu kami dengan rela.


filem itu tahun berapa?,makanya kenapa masih ramai lagi anak yatim piatu sehingga ke hari ini yang terbiar? apa dah terjadi sebenarnya?peringatan telah di laongkan dari masa yang lama itu.dalam filem lagi.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kalam faham;[ibarat perbandingan kepada diri manusia].


pada fajar setiap hari itu ada dua dan yang ketiganya terbit matahari.

fajar yang pertama itu;memberitahu yang malam akan berakhir.
dan fajar yang kedua itu pula,menandakan waktu solat subuh.
dan yang ketiga itu,adalah terbitnya matahari,maka disunatkan bersolat duha,[menunjukkan tanda kesyukuran hambanya kepada tuhannya,kerana masih diberikan ruang untuk bernafas.

maka bergitu jugalah dengan senja;
yang senja itu memberitahu akan hari[matahari akan tenggelam.
yang kedua itu pula;yang disebutkan waktu magrib[terpisahnya antara kedua waktu terang dan gelap.[makanya tiadapun merasa cemas oleh manusia dengan keadaan itu].
dan yang ketiga itu;gelap gelita,kalaulah tiada pedoman dan ehsan dari allah,maka manusia akan ......,[fikirkanlah sebaik-baik yang boleh di fikirkan oleh tuanpuan].

dan apabila tibanya waktu yang diibaratkan itu,maka barulah,air mata berlinangan tanpa suara.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

sabit yakin serta percaya,mestilah dengan ilmu,dan bukannya tiru-tiru[ikut-ikut].


dalam hidup manusia diatas muka bumi ini,tiada yang teramat berat dalam ujian yang dikenakan selain daripada ujian yakin serta percaya hati diri manusia itu sendiri.

ini lah titik diantara tengahnya;

percaya serta yakin kepada allah, atau derhaka kepada allah.

hendak menjadi golongan kanan atau menjadi golongan kiri.[seperti yang mereka selalu sebutkan itu].

dan yang lainnya sebagai sebab musababnya sahaja.

tuanpuan boleh jawab sendiri.[nilai sendiri;goyang/teguh serta kukuh/entah/suka hatilah/tak tahu/apa-apalah/atau;jangan jaga tepi kain orang].

maka itu yang di cakap oleh mereka;[kubur asing-asing atau minyak dengan air tak bercampur].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

maka, tujuan atau fungsi bersolat jemaah di masjid:[sama dengan tujuan asalnya, pergi dan menunaikan fardu haji]

dan tujuan atau fungsi masjid itu juga sama dengan tujuan asalnya baitulharam itu[kaabah].

sebaliknya,kalau tujuan asalnya keduanya; solat jemaah dan masjid, telah tergelincir,maka perbetulkan salah faham, tanggapan dan permikiran manusia tentangnya.

jangan salahkan anak ketam,kalau induk ketamnya sendiri pun tersalah faham.dan jangan di dimarah kepada manusia yang memang sengaja buat tak faham.[itu dah jadi hobi mereka]

pahala; kalau kanak-kanak itu betul, membuat sesuatu lalu disediakan gula-gula atau hadiah atau upah. kepada orang yang mukallah[orang dewasa yang cukup akal],takkan sama macam kanak-kanak tu juga.

maka,perbetulkan salah kefahaman dalam asal tujuan dan fungsi solat.

jangan menipu atau tertipu diri sendirilah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya;[menegakkan benang basah].


kisah azazil[sejarahnya dan hukumannya] telah lepas berzaman dahulu.

dan kisah dajjal[sejarah dan hukumannya] belum lagi terjadi.

maka jangan sekali-kali memandai membuat fitnah tak tentu pasal. itu boleh mengundang bala bencana kepada semua manusia.

fikirkan sikitlah akan orang tua yang tak berdaya[lelaki dan perempuan],dan kanak-kanak yang belum tahu apa-apa tu.

telah disebutkan dalam al quraan;lebih kurang bunyi ayatnya;
kerosakan oleh tangan-tanga manusia sendiri.
maka kenapa pulak disabitkan azazil dengan dajjal.

ini dah jadi,kata pepatah; baling batu sembunyi tangan.



Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya;[bala jangan dicari,rezeki jangan di tolak].

maka membuat fitnah atau membawa fitnah dan menyambung berita fitnah dan menyebakan orang percaya akan fitnah[percaya berita fitnah];itu dinamakan mencari bala[semua akan kena bala petaka itu,tak kira kecik besar tua muda,alim atau jahil,semua di berikan sama rata] sebab saja-saja cari bala.

rezeki yang baik lagi halal,itu sebaiknya untuk manusia,sebaliknya,kalau dah tak mengira haram subahat, apa-apa yang membelakangkan langit semuanya masuk kantung sendiri,dan hak orang mengikut fekah tak di endahkan.itu juga mengundang bala untuk semua manusia yang terlibat dan subahat.

makanya,tak perlu gundah gulana dihati,bila banjir menjadi bala kepada manusia.

dan kalau.....,jawab sendiri.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

pantun pahang;kiasnya didalam pantun.

dipegang dan dijaga oleh; sultan abu bakar pahang[sebagai pemegang amanahnya]



1]pu;au pandan;

pulau pandan jauh ketengan
gunung daik bercabang tiga
hancur badan di kandung tanah
budi yang baik dikenang jua

2]seri serawak;

seri serawak sungainya sempit
daun kapas patah hati
hendak ku bawa perahuku sempit
nak ku tinggal tak sampai hati

3]pekan;

nyoh[kelapa] gading pucuk mahligai
anyam ketupat berinti-rinti
hancur daging tilang berkecai
belum kudapat hajat dihati



makanya pantun-pantun ini hendaklah di sandarkan kepada fekah dari dalam al quraan kepada ayat 9 surah 2.

makanya dalam pantun-pantun ini adanya sejarah adatnya yang sepatutnya dirungkai dan di huraikan oleh mereka.

makanya dimana pemegang amanah yang selepas sultan abu bakar,yang sepatutnya menterjemahkannya pantun-pantun pahang ini.

makanya kitab yang ada ditangan mereka itu,tidak dibaca atau tidak diretikan maksud akannya bayangannya.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

pada negeri johor,amanahnya dipegangkan oleh temengong ibrahim.

maka pantunnya ada lima buah kesemuanya,yang tidak terurai oleh pemegang yang kemudian darinya temengong ibrahim[wak dollah batu pahat].

makanya telah sampai masanya pantun itu dilengkapkan,tidak boleh bertangguh lagi akannya.

maka,sebahagian dari pantun-pantunnya yang lima buah itu.


tambak johor tanjong puteri

tempat sibongkok mengail gelama

selat teberau airnya jernih



maka kami menunggu pantun yang lengkap itu untuk di sandar dan di hurai jelaskan akan nya.[untuk disandarkan kembali kedalam al quraan khilafnya].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

pantun johor;[sambungan]


1]rangkap satu pantun pertama;

burung merpati terbang seribu,


2]rangkap 1 pantun kedua;

batu pahat bandar pengarang,


3]rangkap 1 pantun ketiga;

selat teberau airnya jernih,


4]rangkap 1 dan 2 pantun keempat;

tambak johor tanjung puteri,
tempat sibongkok mengail gelama,


5]rangkap 1 pantun kelima;

masjid muar seri maharani,



itu sahaja apa yang kami dapat dari wakil amanah yang memegangnya dan dibacakan kepada kami.

makanya sandarkan keseluruhnya pantun-pantun itu kepada ayat 11 surah 2 dalam al quraan.

maka,cari akan maknanya serta sejarah akan negeri dan keturunannya.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias;[kalam faham].tegaknya sebuah rumah.

apabila hendak menegakkan tiang seri@tunjuk langit],maka perlulah di apit dan ditatangkan dengan tiang balai yang 4,dan diikatkan dengan kayu yang 8[alang 2,kancing 2,rasuk 2,peran 2],dan di cantumkan dengan kayu yang 16[kasar jantan@ kekuda,kayu panjang,pepeleh][gelegar,atap,dinding],maka kesemuanya dicantumkan dan dipasak kemas.

maka di pasangkan alas tiang, pintu dan tingkap-tingkapnya dan di letakkan tangganya.[tak gitu susun aturnya]atau ada lagi yang tertinggal dari sebutannya.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya fitnah;[kalam faham]


apakah mereka-mereka itu tidak mahu lagi ke berhenti dari main kejar-kejar,hari dah petang bawa ke senja dah,orang tua-tua kata, waktu senja,hantu dan jin keluar cari makan,tak pasal-pasal je kena suruk dik jembalang.

sebahagiannya menungkan kesenangan mereka,dan sebahagian lagi menungkan kesusahan mereka,,maka urusan sebenar yang sepatutnya mereka-mereka selesaikan dan buat, tidak berbuat dan tidak terbuat.

hari-hari bermuzakarah kononnya lah,sebaliknya petaka peringatan sampai pada setiap hari masa ini.

apa ke hal nya pada mereka-mereka itu? yang sebenarnya.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


kiasnya;[kalam faham]

aku tak pelik.

memang mereka-mereka tak pelik pun masa sekarang,sebab tahi ayam candu tak terpalit pada batang hidung mereka,tengok sikit lagi.[mengelabah atau tidaknya mereka-mereka]

serupalah seperti perbentangan yang dibentangkan dalam filem lakonan p ramlee yang bertajuk; seniman bujang lapok.

raja:memanda menteri, beta mimpi tahi jatuh atas muka beta.
memanda menteri:itu tuanku nak kena deman malaria.
raja: tidak-tidak,kena sipi je,bahu bahu.
memanda menteri:kalau itu,tuanku nak....[tak ingat dialog]
raja: tidak,tak kena sipi,jatuh kena muka tuan deretor[tuan pengarah]
memanda menteri:kalau macam itu,tuan detetor nak m[....].

pembentangan telah lama dibuat oleh orang @ pertugas sebelum kami lagi[50 tahun yang lepas] oleh habib nuh dan anak buahnya.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

ahmad albab,kiasnya.[satu dari perbentangan habib nuh dan anak buahnya]

selepas diceritakan yang dia berjumpa dengan jin dan harta karun dalam gua.

syawal:umi ada kenal siapa itu ahmad alba?

umi:tak payahlah syawal,macam nipun,kita patut bershukur.

syawal:tak apalah umi,ana mahu tahu siapa itu ahmad albab? ahmad albab?sambil menepis atau memukul tangannya dengan perasaan ingin sangat tahu.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

bawang putih bawang merah;kiasnya [sejarah yang di filemkan].


ini kisah benar yang telah di filemkan,yang kejadiannya berlaku dalam negeri pahang yang telah berzaman dahulu.

dan anak cucu cicitnya telah tidak mengetahui akan kisah ini, sebaliknya waris dari warisannya ada hidup.

dan yang sepatutnya,warisannya itu telah lama berbaik dan bermaaf-maaf sesama mereka,sebaliknya mereka tidak mengenal satu sama lain dan masih lagi bertelagah dan sangsi tanpa sebab dan tanpa pengetahuan sebenar,dan tanpa tahu punca perkelahian sebenar[cerita sebenar].

mereka itu tidak pernah dihadiahkan al fatihah pun oleh cucu cicit mereka. kepada warisan bawang putih dan warisan bawang merah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

pada kiasnya; kepada;

bawang merah bawang putih,makanya disandarkan kepada ayat 16 surah 2 dalam al quraan.

ahmad albab,makanya disandarkan kepada seluruh ayat dan seluruh surah al quraan dan 6 kitab hadis yang ada karangan imam hadis yang 6 itu dan juga disandarkan kepada berita isyrak mikraj yang di bacakan oleh rasulullah saw.


maka, dibentangkan oleh kami kepada tuanpuan,yang di bacakan oleh pemegang amanah adab kepada kami,yang amanahnya dipegang oleh tok guru@tok kenali.


apa riuh didalam telaga
sekawan gagak minum air
apa riuh didalam syurga
tempat budak membawa zikir@syair.


tersimpan dalam syair;

syair siti zubaidah
syair siti salamah
syair siti fatimah

144 zikir
144 syair

arab
yatim
janin ghaib
syeh

tiga raja mekah[atau tiga orang beradik jalani]


telah selesai akan bab adab;[hanya urusan terlepas pandang kepadanya sahaja yang akan di bentang].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias pantun;terlepas pandang.


pantun terengganu:

batu putih jalur hijau
sireh ditanam tiga caram[jalan]



pantun melaka:

laksamana mati dibunuh
mati ditikam dato menteri
tuanku tana[tatang] sebagai minyak yang penuh
minyak tidak tumpah lagi.



dibentangkan dari kami kepada tuanpuan,yang dibacakan kepada kami oleh pemegang amanahnya pantun.makanya disandarkan kedalam al quraan.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias khilafnya;[berkenaan dajjal]


mereka bertanyakan berita berkenaan dajjal;[adakah ...?],[apakah ...?].


kami telah memohon kebenaran,dan bincangkan dari pemegang amanah,dan makanya ini sahaja kias khilaf yang dibenarkan untuk kami bentangkan kepada tuanpuan sebagai jawapan:

baca dan hurai rungkaikan berita dia dan sandarannya kepada ayat 4 surah 2 dalam al quraan.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

urusan terlepas pandang;

makanya jangan tersalah atau disalahkan susun susur nasab keturunan diri,yang akibatnya amat berat kifarah yang akan di tanggung oleh keselurunan warisan pewaris mereka.

dan tuanpuan mungkin tidak akan tahan dan tidak akan tertanggung dengan kifarah yang di timpakan keatas diri dan keluarga tuanpuan.

dan walaupun susunan terbalik; ayah menjadi anak atau anak bertukar jadi ayah,dan juga kepada ibu dan anak. atau lelaki kepada perempuan.

makanya; anak tidak akan melahirkan ibu bapa. maka susun dengan sah dan hak keatas mereka. jangan ibu bapa bin@binti kepada anak.

itu dinamakan susunan celaka.[memohon kecelakan dan bala untuk diri dan keluarga sendiri].

hukumnya sama dengan mempermainkan ayat al quraan atau menyalah penggunaan ayat al quraan [tidak sengaja atau dengan sengaja,sama saja hukumnya].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


kias khilafnya;[kalam faham];kepada:

[berkenaan dajjal] dan [susunan celaka];santunnya orang melayu dahulu @ ulama dahulu, menjadikan berita dan sejarah dan salah laku dari dalam al quraan dan al sunnah sebagai ayat perumpamaan dan simpulan bahasa dan pepatah melayu,yang tidak terbuka oleh orang zaman ini.[tak dapat di hurai dan tidak dapat dirungkai maksud nya oleh orang melayu sendiri]


dan apabila ..... masok telinga kanan dan keluar telinga kiri...,

dan apabila ..... membuka pekong didada...,

dan seperti ..... mendukung biawak hidup...,

dan makanya ..... menunggu hukum alam sahaja.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

sambungan kias[kalam faham],[berkenaan dajjal] dan [susunan celaka].

maka telah pun datang pertugas bagi urusannya yang setia,serigala, kembar kepada musang jebat,memerhati,memantau dan menerkam dengan izin allah.

tegasnya dan bengisnya seperti sebutan namanya; serigala,maka,hati-hati lah kepada mereka-mereka yang membuat salah laku fekah,adat,adab dan ilmu.

makanya kifarah yang disediakan akan memelikkan tuanpuan dan mereka-mereka itu.[tidak akan terfikir oleh jangkawan otak manusia].[dalam bab derhaka kepada allah]

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias khilahnya;[kalam faham];
[perpatah melayu @ peribahasa melayu].


bersultan dimata,beraja dihati.

makanya;maksudnya hendaklah dicari dalam sandarannya al quraan kepada ayat 14,surah 2.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

sambungan;[kalam faham:bersultan dimata,beraja dihati]

sebutan atau jawatan khalifah; khalifah itu di tujukan kepada diri manusia[lelaki dan perempuan],yang mana menjadi khalifah kepada diri sendiri[nama yang pada kita atau kenyataan nama itu lah khalifahnya dan bahagian lainnya[tubuh badan dan roh adalah rakyatnya sebagai contoh huraiannya,dan apa bila jawatan khalifah itu dirosakkan oleh nama,maka seluruh jasad dan roh akan terbabit rosak].

dan kalau menjadi khalifah kepada keluarga,...?
dan kalau menjadi khalifah kepada masyarakat,...?
dan kalau menjadi khalifah kepada negara,...?

khalifah itu jawatan yang diamanahkan,yang tiada makhluk selain manusia yang menyagupi untuk memegangnya,dan kesanggupan memegang jawatan khalifah itu adalah dengan perjanjian diantara manusia sebagai hamba dengan allah sebagai tuhan pencipta sekelian alam.

maka amanah kepada jawatan khalifah itu wajib dan fardu ditunaikan oleh pemegangnya[manusia][keseluruhan manusia lelaki dan perempuan,tiada terkecuali dan di kecualikan].

makanya, barang siapa dikalangan manusia[lelaki dan perempuan yang melanggar perjanjian amanah perjawatan khalifah itu akan di hukum, dan mereka-mereka itulah yang disebutkan sebagai penderhaka kepada allah.

dalam kata maksud lain atau gelaran yang lain disebut sebagai:

iblis,syaitan,syirik,kufur dan sebutan lain yang bersamaan maksud kepada penderhaka kepada allah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


kias;[kalam faham].

niat dihati nak mencapai bintang dilangit,rupanya hanya menjadi kelip-kelip bermain api.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


kiasnya;[kalam faham][perbentangan kedua]

tajuk;anakku sazali

pembentangan;filem

lakonan;p ramlee

sandaranya;fikirkan dengan akal yang sempurna.

salah laku diri yang di letakkan kepada orang lain.

untuk salah laku sebelum mukalaf dan mumayih...itu betul[tanggung jawab orang yang berakal]

selepas mukalaf dan mumayih...itu tidak lagi[ditanggung oleh diri sendiri]

salah laku diri selepas dari berakal tidak tertanggung kepada orang lain.kerana diri tidak menggunakan akal yang telah disempurnakan oleh allah untuk berfikir dan memikirkan baik buruk sesuatu perkara dan pekerjaan yang diri hendak atau akan atau telah atau sedang buat.

makanya, tak perlu tunding jari kemerata tempat bagi melepaskan salah laku diri,perbetulkan apa yang diri nampak dengan berhekmah dan budibicara.
itu lebih elok dari meronta-ronta tak tentu pasal.

Anonymous said...

salam ,tuanpuan.


kias;[kalam faham].

batuk berdehem deham,tapi kahak tak keluar.[gone gayanya tu?],

sekeliling yang mendapat bising,dan silap hari bulan mendapat sekali jangkitan.

makanya apabila terjadi bergitu,itu dinamakan wabak,dan perlukan kawalan atau orang sekarang sebut korintin.[betul ke ejanya tu].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias;[kalam faham].


makam sibongkok dilereng bukit tanjung puteri. dan kias ini disandarkan kepada ayat 6,surah 2 dalam al quraan.[carilah akan huraian jawapannya diadalam ayat itu.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kalam faham;[kias kepadanya]

apabila di sebutkan dalam al quraan namanya haram,maka seluruh bahagian yang nyatanya adalah hukumnya haram, tak kiralah; dagingnya,kulitnya,darahnya,dan kesemua bahagiannya termasuklah dnanya,tetap hukumnya sama.

dan jangan samakan hukum darurat*harus[semasa darurat] dengan hukum masa aman.

kalau,bahan dari lintah yang dibuat alat solek itu pun boleh jatuh hukum haram apabila disalah gunakan niatnya,[sedangkan awalnya harus],inikan pulak khinzir.

ini bab fekah,dan bukannya bab enakman undang-undang.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kalam faham;[kiasnya]


emas itu apa pada awalnya hukum. dan menjadi harus dan menjadi subahat,dan menjadi haram,pada tingkatan-tingkatan tertentu padanya,apabila emas itu di salah gunakan dan diniatkan salah kepadanya.

lelaki dan perenpuan boleh simpan emas,tetapi:

lelaki tidak di benarkan memakai emas sebagai perhiasan diri.apa hukumnya?

perempuan adalah harus memakai sebagai perhiasan,dan menjadi haram apabila memakai melebihi hak dan hadnya. apa hukumnya?

emas yang bersimpan,kurang dari had,[....],dan jika disimpan berlebih-lebih dan tidak dikeluarkan zakatnya,maka hukumnya apa?.

menyimpan dan menyuruk emas untuk dipusakakan atau untuk menimbunkannya menjadi bukit.serupa macam qorun lah akan akibatnya kelak. tengelam bersekali dengan emas-emasnya kedalam tanah sebagai hukuman.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kalam faham,[kias].


kalau tak ada angin bertiup,tak bergoyang pokok.

lihat dan semok semula.apa salah laku-salah laku yang manusia nyata dah buat,jangan salahkan makhluk halus atau ghaib tanpa usul periksa.[mereka tak kacau manusia nyata kalau manusia nyata tak kacau mereka tu]

mereka juga makhluk dan hamba allah macam manusia nyata juga.

maka bergitu juga kepada bala bencana yang di hadapi oleh manusia sekarang ini,nak salahkan makhluk halus juga ke?

makakan urusan mereka sesama mereka pun bertimbun,dan urusan mereka dengan allah pun,dah pening kepala mereka nak selesaikan dan berjawab. makanya bila masanya mereka nak mengacau manusia yang nyata. tuanpuan fikir mereka ada masa nak pening kepala,dalam urusan manusia?[pinjam ayat iklan jap].

iblis dan syaitan;itu gelaran[pada makhluk yang ingkar],bukan setakat dalam kalangan jin atau makhluk halus aje,malah dalam kalangan manusia nyata zaman sekarang ini pun bertimbun entah-entah lagi ramai dari yang dalam kalangan jin.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias,[kalam faham].[terlalu banyak pokok ari[hari] di kaki langit sekeliling kita][mencari laba atau mencari bala].[hajat yang disebutkan seperti; pepatah: ada udang disebalik batu]

apa yang dicarikan oleh mereka-mereka dan tuanpuan,yang sebenarnya?

hajat dan niat dalam doa[hati], dengan hajat dan niat dalam doa[mulut], tak sama dan bercanggah,maka kedua-dua doa di hati dan doa dimulut telah bertembong,yang menyebabkan kedua doa-doa itu berkecai dan tidak lepas naik keatas.

dan apa yang mereka sebutkan sebagai; tuhan tahu apa yang hamba-hambanya minta. dan tuhan melihat apa yang hamba dan makhluknya perbuatkan. maka,betullah apa yang mereka sebutkan itu.

maka pertelagahan dalam diri dan sesama manusia itu yang membawa fitnah besar. maka doa yang mereka bawakan sebagai hajat dan niat mereka itu tidak kesampaian,selagi mereka tidak damai dan tidak berada diatas jalan yang sebenar.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias;[kalam faham].


dalam filem pendekar bujang lapok;
semasa mereka belajar dikelas dewasa;

mereka telah diajarkan sebutan alif,baa,taa,saa. dan selepas itu jim,haa,hoo.[lalu disebutkan,dialognya:gurunya mati,tak sempat habis belajar],[mereka berkias,bukan nak mengelak untuk mengatakan buta huruf,sebaliknya adab dan santunnya bahasa,untuk menyatakan yang mereka tidak belajar dan buta huruf].

maka kepada orang yang faham,akan tahu maksudnya ayat mereka itu.

maka mereka tidak akan dimalukan,dan tidak akan memalukan.

[perlu di sebut dan dibacakan dalam jawi],[menjadi salah jika dibaca dan di sebut dan ditulis dalam rumi].

maaf,kami tidak ada sistem huruf jawi.[untuk urusan kias sahaja].

ini adalah salah satu kias dari habib nuh dan kumpulannya.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya,[kalam faham].


sebutannya: tengganu atau terengganu.

maksudnya: terang atau cerah.[dan; tergadah]

pepatah peribahasanya: sudah terantuk baru tergadah.

disandarkan dalam al quraan; ayat 5 juzuk 8,atau disebut ayat 115 surah 6.

sandaran ceritanya:kisahnya kepada zainal abidin, yang di bacakan dalam syair siti zubaidah.

makanya, siapa zainal abidin itu dan siapa siti zubaidah itu?

sebagai satu riwayat tauladan yang dijadikan pengajaran kepada cucu cicit melayu terutamanya waris kepadanya zainal abidin.dan kepada seluruh manusia.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


kiasnya kepada,[murid kelima azazil];[kalam faham].


mulut itu perlu dijaga supaya jangan terlalu berlepas sangat,dan yang lepas itu sudah-sudah lah,tak perlu di bangkit kerterlaluan sangat.

guru tuan itu,di hukum,dari sebab mulut dan hatinya celupar, maka jangan sampai tuan pulak di hukum sepertinya juga.

urusannya sekarang ,perbetulkan yang salah dan tersalah faham,dan bukannya membalas dendam dan merosakkan lagi suasana.

tuan sendiri pun sudah tidak mengenali guru tuan itu,makanya ,jangan buat fitnah kepada guru sendiri. itu perbuatan yang aib.kalaupun dia itu pernah bersalah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


makluman sahaja.

seorang dari waris malim kuning telah mati hari ini.[perempuan,di telerloh]

susur anak pertama dari malim kuning dengan bini keduanya.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya;[kalam faham].


bumi aiyshah serta sekelilingnya, telah mohon di damaikan.

inshaallah;inshaallah;inshaallah.[kami hanya menyampaikan mesej yang di arahkan kepada kami,dengan izin serta kebenaran allah].

dimana bumi aiyshah itu?;[cari dalam al quraan serta dalam al sunnah],akan jawapannya.

[perlu diingatkan:[jangan pula terpesong dari landasan sebenar selepas dari damai dan sentosa]. maka gelojak manusia diatasnya akan menyebabkan bumi aiyshah akan bergongcang semula dan makanya kifarannya akan lebih berat dari kifaran lama yang ditanggung oleh manusia disitu.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias,[makluman].


burung;[penjaga wau burung],di sumatra telah mati. maka digantikan oleh badak sumbu sumatra bagi menjaga wau burung.[datang bersama wakil induknya].

[sultan taufik minangkabau telah meninggal dunia,semalam]

maka amanah tetap dipeliharakan,walau siapapun yang naik sebagai penganti@ pemegang amanahnya.inshaallah dengan izin kebenaran allah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


kiasnya;[kalam faham].[fitnah dunia][harta dan pangkat]

menang jadi arang kalah jadi abu

seperti anjing dengan bayang-bayang

seperti anjing menyalak bukit

seperti melepas anjing tersepit

orang tamak selalu rugi

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya,[kalam faham][fitnah dunia].


kesemua perumpamaan 1,2,3,4,5, dimasukan dalam kias; orang tamak selelu rugi.
makanya dipanggil;[fitnah dunia]

seluruh kias dan perumpamaan itu,disandarkan kedalam al quraan,kepada surah 2,ayat 4.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya,[kalam faham].


asalnya,yang di sebutkan tertulis sejak azali itu, seluruhnya yang benar dan lurus,maka makhluk terutama manusia yang membengkokkan dan yang mengelincirkan dan yang menyimpulkan yang benar dan lurus itu.

makanya,makhluk terutama manusia lah yang perlu kembali kepada kedudukan [perlu kembali kepada] landasan yang sejak azali itu.

maka salah laku dan apa-apa yang tidak berguna yang terkeluar dari landasan yang sejak azali itu wajib di nyahkan dari hati diri manusia.[diperbetulkan]

maka baca dan rujuk baik-baik akan al quraan dan al sunnah itu. jangan maksud akannya di tunggang terbalikkan untuk kepentingan dunia semata.

lain yang dibaca,lain yang di fikir maksudkan. perokperanda lah jadinya dunia,maka itu yang di maksudkan fitnah dunia.

kias kepada yang tertulis dari sejak azali itu telah di beritakan atau dikhilafkan dalam al quraan dan al sunnah,jangan memandai nak tukar maksud tafsiran kepadanya[al quraan dan al sunnah]

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[fitnah amanah].


harapkan pagar,pagar membawa rebah

seperti api dalam sekam

seperti ketam mengajar anak

seperti belangkas

ibarat malam yang gelap.

makanya kesemua kiasan dan ibarat perumpamaan tersebut,disandarkan kedalam al quraan; ayat 3 surah 2.

ataupun disebutkan juga; sudah geharu cendana pula.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[fitnah mutlak].

[saham akhirat atau kata-kata yang maksudnya seumpama dengannya]


akan perkara ini pernah terjadi zaman dahulu,tetapi tidak ada kias perumpamaan atau peribahasa yang di buat oleh orang tua-tua zaman dahulu.

maka kami diarahkan membentangkan akan perkara ini[fitnah mutlak],untuk tuanpuan dan mereka-mereka itu dan kita-kita semua manusia menungkan dan fikirkan barang sejenak.

makanya orang zaman ini telah membuat kiasan umpamanya sebagai sandaran perumpamaannya.

beberapa zaman dahulu semasa kaum nabi musa as berada dalam padang pasir,semasa nabi musa meninggalkan mereka bersama saudaranya sebagai penjaga mereka.

maka ada seorang dari kaum itu yang bernama musa samirin,telah mengambil kesempatan dari keadaan itu,dengan berkata;[ ? ].[semak sejarahnya semula].

dari sebab kata-kata musa samirin itu,maka kaum itu telah mengumpulkan seluruh emas-emas yang mereka bawa,dan di jadikan patung anak lembu,untuk dijadikan sandaran perumpamaan tuhan,lalu di sembah oleh kaum yang tidak menggunakan akal untuk memikirkan betul atau tidaknya,baik atau tidaknya kata-kata musa samirin dan juga tindakan mereka sendiri itu,yang melanggar atau ingkar arahan nabi mereka.

maka musa samirin itu tahu sesuatu dengan ilmu ketuhanan zaman itu,lalu mengambil kesempatan dan telah memutarbelitkan ilmu itu.

dan,kaum itu yang tidak mengetahui,dengan membuta tuli mengamalkan sesuatu yang tidak difahami dan tidak jelas akan duduk perkara ilmu yang didengari oleh mereka.


makanya, adakah tuanpuan akan menjadi seperti atau umpama kaum yang tuli dari kaum nabi musa itu.

semasa kejadian ciptaan alam, manusia dan bumi ini sendiri,tidak ada persyarikatan, perswataan atau pengkoperatkan diantara allah dengan hambanya terutama manusia.


ini bukan macam tiket nak masuk funfair,atau macam tiket cabutan bertuah.

syurga itu anugerah allah kepada hamba-hambanya,rujuk elok-elok dalam al quraan dan al sunnah.apa cerita sebenarnya,jangan bersangka-sangka tanpa haluan.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada[fitnah mutlak]

[sambungan];


maka bergitu jugalah yang terjadi kepada firaun,kepada hamman,kepada qorun;kesemua mereka itu,bijak dan berilmu;maka mereka mengambil kesempatan untuk diri mereka dari suasana atau keadaan zaman itu.[semuanya contoh zaman kaum nabi musa].[buka dan lihat semula sejarah mereka-mereka itu].

kalau tidak berjumpa akan pengajaran dan ilmu perbandingannya[zaman itu] dengan keadaan zaman dan manusia sekarang ini,maka telah sampailah keruntuhan dan kegelapan dalam diri manusia ini.[zaman ini].

[maka; ingatlah manusia telah tidak dapat mengambil ilmu dari dalam al quraan dan al sunnah[ meninggalkan al quraan dan al sunnah,seperti yang telah nabi muhammad saw kiaskan] [semak semula apa pesanan nabi muhammad saw kepada manusia dan seluruh alam].maka jangan salahkan manusia yang ingkar atau orang yang berugama lain dari kalangan manusia zaman ini. kerana orang islam sendiri telah melingkungi diri dan hati sendiri dengan kegelapan malam yang gelap gelita.[seperti kata perpatah; seperti katak bawah tekpurung.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[fitnah mutlak].
[sambungan];


makanya,bagaimana dengan sejarah nabi isa as dan ibunya mariam.

makanya,bagaimana dengan sejarah nabi soleh as.

makanya,bagaimana dengan sejarah nabi nuh as.

makanya,bagaimana sejarah nabi ibrahim as.

dan beberapa orang dari nabi-nabi yang lain yang telah diriwayatkan dalam al quraan itu.tidakkah ada ilmu pengajaran yang boleh didapati darinya sebagai ingatan manusia hari ini? sebagai perbandingan.

makanya orang atau manusia zaman dahulu itu di hukum bala yang berat dari kerana membuat fitnah kepada allah[fitnah mutlak]

mereka mengatakan;isa as itu anak tuhan.

batu yang mereka buat dan disembah itu penyata kepada tuhan diatas muka bumi.

mereka mengatakan mereka atau kaum mereka itu pilihan dan ada yang mengaku sebagai keturunan tuhan.

makanya orang zaman ini,menganggapkan mereka boleh berkomperomi dengan tuhan,atas saham atau kebajikan yang mereka kumpulkan dan menuntut hak mereka kepada tuhan suatu hari nanti untuk syurga.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[fitnah mutlak].


maka bacakan ayat 9 surah 2,dari dalam al quraan.

selepas itu tenung dan renungkan dengan akal yang telah disempurnakan allah kepada manusia.

boleh juga di renungkan kepada ayat 14 surah 2 dari dalam al quraan.

maka selepas dari tenung dan renung itu, temenungkanlah dengan tepuk dada tanya selera.

tiada siapa yang boleh mengubah diri melainkan diri sendiri dengan izin pertunjuk allah.

maka apa yang disebutkan dalam ayat 2 surah 2 dari dalam al quraan,benar lah belaka.sebaliknya ada manusia yang tidak yakin dan tidak percaya dengan ayat-ayat allah.[sebabnya; terjemahnya tak betul atau orang kata; lari dari tajuk][mana nak faham dan mana nak retinya]

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias tak kias lah;[dalam bab mendapat dan menanggung penyakit]


maka telah disebutkan berbanyak kali; tiga perkara yang dapat membantu diri:

1.solat
2.sedekah amal
3.anak yang soleh

ate solat; tak lengkap dan tak sempurna.
ate sedekah amal;tak lengkap dan tak sempurna.
ate anak yang soleh;tak faham dan tak reti.macam mana nak bantu mak ayah.

untuk pelepasan dari azab penyakit;

yang pertamanya kena taubat.[takde buat salah?kenapa kena taubat, ini penyakit bukannya urusan agama?.kalau takde buat salah,ngapalah pulok dapat penyakit:kecing manis,jantung,kenser,jangkitan kuman dan bermacam penyakit lagi]
dah taubat,dah doa dah,tak jadi pun.:betulkan taubat dan doa tu, sampai didengari dan diterima?:[sebutan: harap-harap,moga-moga atau lain-lain sebutan yang bersamaan dengannya,tidak berapa teguh,sebab tidak nampaknya yakin dalam permohonan]

yang keduanya kena bermohon untuk dibukakan urusan atau laluan yang telah disekat.[dan lepas itu barulah mohon dipulihkan atau baikkan dari sakit][doa aku-aku dan doa engkau-engkau,tidak akan terlulus,sebab ada ego dalam doa]

yang ketiganya barulah berubat.[berubatlah dengan siapa sekalipun takde hal][berubat itu kena sabar,bukan semuanya boleh telan sekaligus,kena buat satu persatu atau berperingkat-peringkat,ubat dengan izin redha tuhan yang menyembuhkan penyakit]

pada setiap kesalahan tetap akan di kenakan hukuman,maka lepas dihukum barulah di ampunkan atau dilepaskan;maka penyakit itu adalah satu dari hukuman allah kepada hambanya.

dalam al quraan kan dah sebut: dibalas walau sebesar zarah sekalipun,setimpal dengan perbuatan manusia itu sendiri,maka allah tidak zalim kepada hambanya.

[kalau salah laku sebesar zarah,maka di kenakan hukuman setimpal dengan salah laku itu].apa,ingat pahala atau saham akhirat yang dikumpul tu boleh buat pertukaran dengan hukuman yang dikenakan ke?,kalau boleh buat pertukaran,ramai orang yang bebas penyakit.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias tak kias lah;[jangkitan kuman atau fitnah]

makanya jangkitan kuman kepada akal manusia lagi parah dari jangkitan kuman yang merebak kepada tubuh manusia.

jangkitan kuman dalam badan manusia disebut dengan perbagai nama penyakitnya,sebaliknya jangkitan kuman kepada akal manusia,tak tahu nak di gelarkan apa.

jangkitan kuman pada akal manusia itu telah membawa akan perbagai penyakit kronik yang kebanyakannya membawa maut atau kematian.jangkitan kuman itu menular menerusi kecangihan teknologi moderen yang disalah gunakan oleh manusia sendiri.

makanya jangkitan kuman ini, lebih berbahaya dari sihir yang mereka takut-takutkan sebelum ini.

dalam peperangan dahulukala,fitnah dijadikan senjata atau satu alat untuk memperdayakan musuh untuk mancapai kemenangan.itu dalam peperangan[disebut;fitnah perang].sebaliknya zaman sekarang ini peperangan apanya? permusuhan apanya?,mereka membuat fitnah bodo sesama mereka tanpa tujuan.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias tak kias lah;[khat ].


makanya memanglah cantik apabila dituliskan dalam perbagai bentuk yang disebutkan orang yang ramai sebagai tilisan khat itu.

sebaliknya, hati-hati lah jangan sampai apa yang ditulis atau tertuliskan itu menjadi sesuatu yang menghina.

sebutan nama allah, tidak boleh di tunggang terbalikkan untuk nampak cantik,makanya telah disusun tetap dari sejak azali lagi, jangan memandai merobah susunan. dan digantungkan pada dinding hadapan masjid lagi.
tak sekolah ke apanya mereka-mereka itu?.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias tak kias lah;[kias berita]


solat dah tak lepas

amal jariah pun tak melepaskan

anak yang soleh, tak dapat membantu mak ayah dalam kubur.

punah ranah masa depan mak ayah dalam lubang kubur tu.

al fatihah dan tahlil tak sampai pada orang dalam kubur tu, anak soleh apa ke bendanya mereka-mereka ni.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


warisan keluarga kepada dato shah bandar yang bernama;tok pandak @ ali purba @atau[kami simpan gelarannya yang ini]

mempunyai tiga orang bini, dan empat belas orang anak.

bini pertama; tiga orang anak.

bini kedua; enam orang anak.

bini ketiga; lima orang anak.