-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20111213

Kebakaran Tunas Manja Bera dan Sakan Bera

BERA, Kerayong/Triang, Pahang - Penduduk Daerah Bera telah dikejutkan dengan kebakaran mengejut deretan kedai Tunas Manja Bera. Asmawi dari Asmawi Construction ketika ditemui di tempat kejadian berkata inilah 'Hari Ini Dalam Sejarah' bagi penduduk daerah Bera. Kebanyakan penduduk bercerita betapa terkejutnya mereka dengan kebakaran Tunas Manja Bera ini. Bagi penduduk daerah Bera, Tunas Manja Bera, Big 10 Bera, Sakan Bera dan Pasaraya Aktif Bera adalah tempat yang membekal pelbagai barangan keperluan kepada penduduk daerah Bera. Malah ada yang menganggap Tunas Manja Bera adalah sebagai mercu tanda daerah Bera. Daerah Bera memiliki Tunas Manja lebih awal dari Daerah Temerloh.
 1. Berikut adalah senarai lokasi Tunas Manja: 
-Air Putih: 25300 Kuantan, Pahang.
-Indera Mahkota: Taman Pasdec Aman, 25300 Kuantan, Pahang.
-Bukit Setongkol: Jalan Bukit Setongkol, 25200 Kuantan, Pahang
-Pekan: Jalan Engku Muda Mansor, 26600 Pekan, Pahang.
-Taman Tas: Pandan Damai, KM11, Jalan Kuantan-Gambang, 25150 Kuantan, Pahang
-Transit Point: Jalan Lim Hoe Lek, 25200 Kuantan, Pahang.
-Sungai Isap: Pusat Komersial Batu 3, Jalan Sungai Isap, 25150 Kuantan, Pahang
-Rompin: Depan Bandar Baru, 26800 Kuala Rompin, Pahang
-Beserah: Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang
-Bera: Mukim Triang, 28300 Bera, Pahang
-Kemaman: Mukim Cukai, 24000 Kemaman,Terengganu Darul Iman
-Mersing: Taman Bandar Baru Mersing, 86800 Mersing, Johor Darul Takzim
-Batu 11: Lrg Seri Mahkota Permai 1, Perkampungan Seri Mahkota Permai, Jln Ktn-Gambang, 26070 Kuantan Pahang
-Maran: Bandar Baru Maran, 26500 Maran Pahang Darul Makmur Malaysia
-Tanjung Gemuk: Taman Tanjung Gemuk 1, 26820, Rompin, Pahang.
-Raub: Mukim Gali, 26720 Raub, Pahang, Malaysia
-Muadzam Shah: Mukim Bebar, Muadzam Shah, Pahang.
-Paka: Mukim Kuala Paka, Kg. Cacar Baru, Jalan Besar, 23100 Paka, Terengganu,
-Temerloh: Kg Haji Ali Temerloh.
 2. Pada 11hb Disember 2011, deretan bangunan Tunas Manja Bera telah terbakar hangus sehingga tidak benda yang terselamat melainkan air minuman dan roti yang berada di luar bangunan. Turut terbakar adalah Pasaraya Sakan (bumiputra), Kedai muzik cakera padat, Kedai pakaian, Kedai Makan (bumiputra) dan Gelanggang Futsal (bumiputra).
 3. Ada macam-macam cerita dan andaian yang dibuat oleh penduduk daerah Bera tentang macam mana Tunas Manja dan Sakan Bera boleh terbakar. Ada yang yakin ianya berpunca dari tempat orang menjual wafer depan Tunas Manja Bera. Kerana tempatnya ada gas untuk memasak wafer. Kalau itulah tempat puncanya kenapa tempat itu tidak hangus kesemuanya ?
 4. Ada pula yang berkata kedai makan yang menjadi punca kebakaran. Kerana dalam kedai makan memang ada tong gas untuk memasak. Persoalannya kedai makan tersebut bersebelahan dengan gelanggang Futsal, kenapa kawasan gelanggang futsal tidak musnah teruk berbanding kawasan lain?
 5. Timbul juga persolan kemana pergi jaga Tunas Manja Bera. Adakah Tunas Manja Bera telah tiada jaga. Kalau ada jaga tentulah dialah orang yang pertama menyedari kebakaran ini sebelum api merebak. Kalau tiada jaga, kenapa Tunas Manja Bera memilih untuk tidak mahukan perkhidmatan jaga? Orang kata keuntungan bersih Tunas Manja Pahang mencecah RM60,000 sehari. Malah Tunas Manja Bera adalah tunas manja yang paling menguntungkan antara banyak-banyak tunas manja. Kenapa tiada jaga?
 6. Ada juga yang tinbulkan persoalan kenapa orang sekitar tidak sedar kejadian ini. Kenapa orang yang lalu lalang tidak sedar. Kenapa jaga Sekolah Bandar Kerayong tidak sedar. Kenapa pelanggan Ar-Robah 24jam tidak sedar? Kenapa pelanggan 7 Eleven tidak perasan. Apakan gerai di Pantagoon Inn tiada orang pada masa itu?
 7. Persoalan utama sekarang adalah PERTAMA pukul berapa kebakaran bermula. KEDUA dimana tempat mula-mula terbakar. KETIGA kenapa tiada api menjulang tinggi. KEEMPAT kenapa pokok dan rumput belakang deretan kedai tidak terjejas. KELIMA kenapa lambat sangat melapurkan kepada bomba.
8. Untuk menjawab persoalan tersebut kita rujuk kepada seorang saksi iaitu Atan pekerja pusat karoake yang sempat merakamkan kejadian kebakaran Tunas Manja Bera ini. Kata Atan, dia dan kawan-kawannya sedang minum di Kedai Makan Bera Pantagon Inn dalam jam 2.00 pagi. Kemudian dia dan kawan-kawan pergi ke 7 Eleven. Dari 7 Eleven beliau dengan bunyi letupan dan macam ada kebakaran di bangunan Tunas Manja Bera.
 9. Bila hati dah rasa tak sedap beliau terus ke bangunan Tunas Manja Bera dan dia nampak api telah mula memakan banguna Tunas Manja Bera. Terdapat litar pintas di belakang Tunas Manja Bera. Mungkin ada satu kabel letrik yang telah tercabut dan terjatuh atas kotak dan membakar kotak tersebut.
 10. Beliau terus merakamkan kejadian tersebut dengan handphone. Masa rakaman menunjukkan jam 2.15 pagi. Dalam masa yang saya beliau menyedari jaga tiada di tempat bertugas. Seorang kawannya telah diarahkan mencari jaga Tunas Manja Bera di Restoran 24jam Ar-Robah. Jaga tersebut dimaklumkan kejadian tentang kebakaran di tempat bertugasnya. Jaga tersebut terus meminta bantuan bantuan. pada masa ini rakaman menunjukkan jam 2.35 pagi.
 11. Atan terus merakam kejadian kebakaran tersebut. Api telah semakin marak. Mungkin berpuluh letupan telah berlaku. Antara punca letupan adalah alat-alat pemadam api dan arak minuman keras yang banyak dijual di Tunas Manja Bera.
 12. Atan masih terus merakam kejadian. Jam 2.55 pagi kereta peronda polis yang pertama telah sampai. Diikuti 5 minit kemudian iaitu 3.00 kereta bomba yang pertama tiba di tempat kejadian. Berselang 5 minit lagi sampai pula jentera bomba yang kedua.
 13. Ahli bomba dari jentera kedua terus mengoyakkan dua pintu pada Pasaraya Sakan. Tidakan ini perlu dilakukan segera kerana kabakaran Tunas Manja Bera adalah kebakaran dalam bangunan. Bukan Kebakaran terbuka. Jika kebakaran terbuka, ramai orang akan perasan kerana api akan menjulang tinggi dengan asap yang berkepul-kepul.
 14. Deretan kedai Tunas Mnaja Bera adalah bangunan yang tertutup. Kebakaran dalam bangunan yang tertutup lebih bahaya dari kebakaran pada bangunan yang terbuka. Api hanya marak dalam bangunan sahaja. Hanya ada sedikit sahaja ruang untuk asap keluar. Bahagian dalam menjadi ruang ketuhar yang amat panas. Besi pun boleh cair.
 15. Jika terdapat sedikit sahaja oksigen yang menderu masuk dalam bangunan tersebut maka bangunan tersebut akan meletup keseluruhannya. Jika berlaku letupan tersebut, nyawa anggota bomba dan anggota polis yang bertugas berhampiran tempat kejadian akan terkorban. Malah hasil dari letupan tersebut akan memercikkan bunga-bunga api ke kawasan sekitar. Percikan bunga api tersebut boleh menyebabkan kawasan berhampiran pula terbakar. Kesudahannya kebakaran merebak ke bangunan lain.
16. Nasib baik tindakan pantas salah seorang anggota bomba memecahkan pintu Pasaraya Sakan telah menyebabkan asap boleh keluar dan tekanan dalam bangunan serta merta berkurangan. Kejadian letupan besar boleh dielakkan.

 17. Menurut Atan lagi, api yang berpunca dari belakang bangunan Tunas Manja Bera telah membakar kesemua bahagian belakang deretan bangunan Tunas Manja Bera. Setelah semua bahagian belakan terbakar barulah api tersebut mara kebahagian hadapan.
 18. Sampai satu peringkat semua rangka bahagian tengah bangunan telah hancur. Keadaan ini menyebabkan bumbung bahagian tengah runtuh. Akibatnya runtuhan bumbung tersebut menyebabkan tiang penyokong rangka tercabut dari tanah. Seterusnya menyebabkan dinding simen bahagian belakang bangunan telah pecah dan retak.
 19. Pihak saya datang merakamkan gambar kejadian bermula jam 8.48 pagi hingga 9.19 pagi.
 20. Semasa merakamkan gambar saya ditegur oleh polis supaya jangan melepasi garisan yang ditetapkan. Katanya lagi " .. nak buat apa ambil gambar, benda dan terbakar." Saya hanya diam sahaja, malas nak berhujan. Saya hanya memikirkan bagaimana nak rakamkan gambar api yang masih menyala sedang menghabiskan sisa-sisa bangunan Tunas Manja Bera dan rakan-rakannya.
 21. Setelah ditegur begitu saya terus ke kawasan Sekolah Bandar Kerayong untuk merakam kerja memadam api sebelah belakang bangunan. Kelihatan lima orang anggota bomba sedang memadamkan saki-baki api. Keadaan nampak tidak terkawal.
 22. Apabila saya kembali semula ke depan bangunan Tunas Manja Bera, orang dah makin ramai. Saya ditegur pula oleh bekas Guru Besar yang berbangsa cina. Kata cikgu tersebut, "Ambil gambar banyak-banyak, ini sejarah". Terus saya teringat kata Asmawi pemilik Asmawi Construction kata beliau "Inilah 'Hari Ini Dalam Sejarah' bagi penduduk daerah Bera.". Terus terasa bersemangat merakamkan sejarah kejadian ini supaya ada gambar-gambar kenangan untuk menjadi peringatan kepada masyarakat kita pada masa depan. (Kejadian lama: Rumah Terbakar)
 23. Pada lewat petangnya pula jentera berat dibawa masuk ke kawasan kejadian. Semua orang ingat kerja membersihkan kawasan akan dilakukan segera. Pantas sungguh Tunas Manja bertindak untuk membangunkan semula bangunan mereka yang baru sahaja terbakar. Cepat sungguh kerja siasatan. Rupanya jentera berat tersebut digunakan untuk membawa keluar dua buah peti besi yang besar. Dengan tiga kali hentak oleh backhoe peti besi tersebut terbuka. Enam bag dikeluarkan dalam keadaan selamat. Yang hangus hanyalah duit hari esok sebanyak RM300 yang ada dalam mesin wang di setiap kaunter.
24.Cerita orang: "Anak sedara kata, kalau nak beli kasut sekolah hitam yang murah segeralah ke Tunas Manja Bera. Maka sampailah kawan disini"
 25. Cerita orang; "Istimewa hari ini, di Tunas Manja Bera ada menjual ikan bakar, sotong bakar, kerang bakar, ayam bakar dan ketam bakar. Segera ke Tunas Manja"
 26. Cerita orang: "Malam tadi koi bermimpi. Lepas habis periksa STPM ini koi dapat kerja di Tunas Manja Bera. Laaaa! Hari ini datang tengok Tunas Manja dan terbakar. Tak dapat la koi kerja."
27. Cerita orang: "Lepas periksa STPM ni koi cadang nak kerja semula di kedai jual CD kat sebelah Tunas Manja Bera. Laaa! terbakar pulak. Kat mana lak koi nak keja?"

LINKS:
1. renex89.blogspot.com (tunas-manja-bera-musnah) - Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zahid Mohamed Noor berkata, kebakaran pada 2.45 pagi itu disedari oleh anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan tersebut.
2. sinarharian.com.my (tunas-manja-kerayong-terbakar) - Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Triang, Manoharan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 3.21 pagi.
3. mohandin.blogspot.com (tak-ada-letrik-tunas-manja-bera-terbakar)
4. batutepijalan.blogspot.com (kebakaran-di-tunas-manja-bera)
5. adamfikri.com (aset-rm1-juta-hangus-pasaraya-pekan-kerayong)
6. aku-masihdisini.blogspot.com (terbakarnya-tunas-yang-manja)
7. miss-nadya.blogspot.com (selamat-sampai-dari-melaka)
8. sajanakcerita.blogspot.com (tunas-manja-kerayong-terbakar)

Cerita diatas telah diolah mengikut kreativiti Laman Pahang. Tak boleh nak kata cerita disini betul dan cerita disana tak tepat. Kita tak tahu perkara yang sebenar. Laman Pahang bukan penyiasat tetapi pengumpul cerita orang sahaja. Jadi yang ditulis disini adalah pandangan seseorang.

8 comments:

Nadia said...

thanks sebab backlink nama nad..:)

p/s :: kitorang smpai dari melaka pukul 5.30 pagi tu...tengok2 mmg dh terbakar..huhu..

Unknown said...

thanx pada tuan punya blog sebab backlink blog saya... :)

p/s: sorang pakcik yang bagitau saya citer ni, masa tu, tengah makan kenduri kat tempat saya, hari ahad lepas.

itu yang buat saya tercari2 berita tu, kena pulak tempat sendiri... huhuhu...

[sajanakcerita.blogspot.com]

Cik Renex said...

thanks backlink :)

memang terkejut tunas manja ni terbakar..punca sbnrnya tak tahu kan.bila dah banyak sagt orang bercerita mungkin ada tokok tambah nya..

kita tunggu jwpn dari phak forensik punca sbnrnya..setahu sy memang ada jaga yg mnjaga malam2..

sy copy gmbr dari blog ni,nak wat smpnan :)

. said...

.rENEx. said...
"sy copy gmbr dari blog ni,nak wat smpnan :) "

Boleh sangat. Sama-sama lah kita simpan wat kenang2. Terima kasih rENEx.

Terima kasih, iwan_redzuan.

Terima kasih, Miss Nadya.

Kalau ada apa-apa info tentang kubur-kubur lama di Pahang boleh tolong kasi tau kat saya boleh isi kat Laman Pahang. Saya tengah buatkan "senarai-kubur-bersejarah-orang-pahang".

[http://lamanpahang.blogspot.com/2011/12/senarai-kubur-bersejarah-orang-pahang.html]

b.tan said...

terima kasih en. nizam sebab senaraikan sekali blog saya yag tak seberapa tu...nanti saya masukkan blog en. nizam dalam bloglist saya pulak...thanks a lot's...wassalam...

. said...

terima kasih kembali kepada cikgu B.tan. kita dalam kelompok 'blog yang tak seberapa' kena gotong royong dan saling bantu membantu.

diantara 3 blog cikgu, saya paling suka Blog Kaki Langit (http://mohdborhanbinjamaluddin.blogspot.com/).

Berikut adalah petikan 'kaki langit - 109'

tak ku sangka tak ku duga
sebaris kata buat mu derita
bukan ku sengaja menguris luka
sekadar bercanda membibit tawa.

kadang-kadang kita tidak sedar yang hati kita mudah terguris sebagai mana kita tanpa sedar menguris hati orang lain.

maafkan saya, maafkan kita, maafkan kami.

terima kasih cikgu kerana menulis 20 ayat tersebut.

ieza beledza said...

seronok baca artikel ni..asalnye nk cari tmpt utk adik saya bljr kraf...last2 jumpa cite ni...
dua tiga hari lps kejadian sy blk bera...sambil lalu, saya tanya mcm mana boleh terjd..mak sy ckp..ade yg jumpa tong minyak tanah... maybe tong tu milik Tunas Manja..yg heran x de yg sedar...yg sedar pun abis terbkr..
sy tanya guard x de ke...entahla..mcm dircg je... ke TM saje bakar nk claim insuran mcm byk kedai cina kat sana buat...ayah kata...mungkin ade yg dengli coz pasaraya 1malaysia yg bsr dah nk buka ( skrg dah buka)...takut tak laku... bakar je TM...mmm x boleh terima pakai...mmm ngapa x bakar aktif kan...wa allah hu alam..

. said...

Terima kasih 'ieza beledza'.