INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20170410

Senarai nama waris Pejuang menentang Penjajah Inggeris di Pahang

Ini adalah satu senarai untuk memperkenalkan nama-nama yang mungkin tersembunyi disebalik nama-nama besar dan terkenal. Masing-masing berjuang dangan ketentuan hidayah yang diterima oleh mereka. Kita dan anak cucu kita perlu meneruskan perjuangan sebegini tetapi dari sudut dan dimensi yang kita sendiri tidak sangka bahawa kita akan terjebak. Dari dulu-dulu hingga kini-kini proses sebegini akan terus berulang. Apakah 'proses' dan apakah yang 'berulang', terserahlah pada hidayah yang tuan puan terima dari Allah swt.

Ramai yang telah sedar bahawa waris-waris Nusangtara ini pernah berperang sesama sendiri semasa Perang Pahang.Bacalah senarai nama-nama moyang kita yang terlibat.
[nama-mereka-yang-terlibat-dalam-perang-pahang]
[mereka-yang-telibat-dalam-perang-pahang]
[senarai-nama-waris-yang-berperang-dipahang]
[Waris Perang Saudara Pahang]
Kesan perang ini adalah dendam sesama waris. Maka berjayalah pihak ketiga untuk terus melagakan moyang-moyang kita.

Mungkinkah perjuangan menentang penjajah Inggeris dan Jepun juga menjadi kesinambungan perang sesama waris tersebut. Kesannya adalah benci sesama sendiri. Maka berjayalah pihak ketiga untuk terus pecah-belahkan moyang-moyang kita supaya fanatik kepada puak masing-masing.

Berikut adalah nama waris-waris kita yang boleh kita kaji:

Manap Jepun ibunya Wan Esah adalah seorang wanita Jepun. Bapa Manap , Siwang  dapat berkahwin dengan wanita Jepun itu kerana dia pernah bekerja sebagai kelasi kapal yang belayar ke Jepun. [darikajang]. Inggeris meletakkan mayat Manap Jepun di bumbung kereta kemudian diarak di pekan Jerantut.[adimul]. Beliau dikatakan lahir dalam tahun 20-an dan gugur dengan mulia dalam satu seranghendap oleh sepasukan askar Gurkha upahan di Kuantan pada 25 Januari 1952.Memimpin Platun Ke-5,  dalam satu peristiwa di Jabor (Disember 1950), Manap dengan cerdik telah mengambil taktik menyamar diri sebagai pegawai askar musuh. Beliau dan pasukannya telah menaiki bas di jalan Kuantan-Jabor dan berhenti betul-betul di pos kawalan musuh. Di situ, dia memerintahkan semua AP yang bertugas supaya berbaris untuk pemeriksaan senjata. Dengan demikian, beliau telah berjaya merampas 6 laras senapang dan sejumlah peluru!. Manap Jepun memperolehi banyak kejayaan. Dari bulan Oktober 1950 hingga Januari 1951 Manap memimpin Platun 5 melakukan banyak kali tindakan militeri ke atas musuh, termasuk 3 kali menyerang pos AP; 2 kali serang hendap; 4 kali gangguan dan lain-lain, membunuh 6 orang musuh, termasuk 2 orang OCPD British, satu orang pegawai British, satu sarjan dan dua orang polis; mencederakan 6 orang, di antaranya 2 orang askar British dan 2 orang polis; merampas 16 laras senjata dan 464 biji peluru serta alat kelengkap lainnya. Atas jasa-jasanya yang tidak ternilaikan terhadap usaha kemerdekaan tanahair, Manap telah dianugerahkan gelaran “Pahlawan” oleh Markas Besar Rejimen Ke-10 pada 21 Mei 1952 [matamin]

Jaafar Husin (bekas Ketua PKMM Temerloh) Dalam bukunya Kebenaran Jaafar Husin ada menyebut Manap Jepun pernah memegang jawatan Setiausaha PKMM Temerloh.[darikajang]

Abu Samah Mohd.Amin,   bekas  pemimpin API dari Lubuk Kawah,  yang pernah menjadi ketua tentera PKM bagi kawasan (wilayah)  Pahang Timur. pernah menjadi calon PSRM di Temerloh dalam 4 kali pilihan raya.[darikajang]

Ahmad Salleh hampir tidak tersebut dalam buku-buku yang ditulis oleh Abdullah CD dan Suriani Abdullah, walaupun  dia salah seorang pejuang kemerdekaan yang penting dari Temerloh dan pernah bergerak dalam  Rejimen Ke-10. Setiausaha Barisan Tani Malaya (BATAS)  yang diketuai oleh Musa Ahmad. sebagai Ketua Kompeni dengan pangkat Kaptan. Dalam perjuangan  dia memakai nama samaran Abas. Jadi ketika itu   dia disebut Kaptan Abas. Menyerah diri  kepada Pasukan Keselamatan  di Kota Baharu, Kelantan  pada tahun 1955 dan kemudian bekerjasama dengan pihak kerajaan yang mahu menghapuskan gerakan komunis. [darikajang]

Kamarulzaman Teh, Ketua API Pahang dan pemimpin API. [darikajang] [darikajang]. Menjadi komunis dari muda hingga ke tuahanya mengetahui konsep-konsep asas tentang Marxisme. [pacermerah].mulanya dicadangkan menjadi Panglima tetapi ditukar dengan Wahi Anuar. [pacarmerah]. dilahirkan di Kampung Tanjung Beroga, Mukim Sanggang, Temerloh, Pahang pada tahun 1920, anak sulung kepada 5 beradik.Tahun 1940-1941, ketika berumur 20 tahun, saya menjadi pegawai pelatih pertanian di Serdang [matamin] Dijatuhi hukuman mati kerana memiliki senjata api.Rayuan kepada Sultan Pahang membolehkan hukuman mati diubah menjadi hukuman penjara 20 tahun.Tergolong sebagai banduan yang tak cukup umur. 1962, ketika berumur 42 tahun, Kamarulzaman dibebaskan secara bersyarat oleh kerajaan. Beliau balik ke kampung halaman dan bekerja di sebuah syarikat bas di Temerloh.1974, PSRM mencalonkan beliau bertanding dalam pilihan raya kawasan Temerloh. Ketika usia 82 kedua-dua matanya buta, kakinya lumpuh dan beliau sudah tidak dapat mengurus sendiri kehidupan sehari-hari.Beliau juga berharap dapat ke Kampung Perdamaian di sempadan Thailand-Malaysia melawat rakan-rakan seperjuangan dan hajat dimakbulkan pada 2 September tahun 2002. Di tengah-tengah rakan seperjuangan, Kamarulzaman Teh telah meninggalkan dunia pada pukul 10.30 pagi 5 November tahun 2002. Jenazah beliau selamat dikebumikan pada pukul 4.30 petang hari itu juga di sebuah tanah perkuburan Islam di Wilayah Narathiwat.

Yoep Mahidin, ADO Temerloh.[darikajang]

Ibrahim Chik ditugaskan pergi ke Selatan Thailand  untuk merintis penempatan Rejimen Ke-10 di negera  itu, sebelum pasukan Rejimen Ke-10 pindah beramai-ramai  ke negara itu. [darikajang].

Satar Haji Dahan, seorang pemimpin PSRM di Temerloh. [darikajang]

Bi adik Manap Jepun yang berkahwin dengan  Mat Zali yang dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Inggeris diatas fitnah. [matamin]

Mat Zali adik ipar Manap Jepun yang berkahwindengan adiknya yang bernama Bi memilih perjuangan bersenjata menentang Inggeris. Di Pulau Tawar, menerima tawaran menyerah diri kepada kepada Inggeris kerana janji janji Dato Yeop Mahidin. Dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Inggeris diatas fitnah. [matamin]

Yusof Salleh menjadi Ketua API dan kemudiannya Ketua PETA Temerloh. Isteri Maimunah Salleh.[matamin]

Maimunah Salleh menjadi Ketua AWAS Temerloh. Suami Yusof Salleh.[matamin]

Wan Ali. [matamin] Gerila Melayu yang berjuang di sekitar Jerantut, Pahang sekitar dekad 1950an [adimul]

Budin Che Soh. [matamin]

Abdullah C.D.[pacarmerah] Ketika di Pahang pada tahun 1948-1952, Abdullah CD lebih banyak bertempur daripada belajar teori komunisme.[pacermerah]. Komisaris Politik Rejimen ke-10 PKM [pacarmerah]

Eng Ming Ching telah memeluk agama Islam pada tahun 1955 dan menukar nama kepada Suriani Abdullah. Berkahwin dengan Abdullah C.D secara Islam. [pacarmerah]. Menjadi 'guru' teori komunisme kepada suami.[pacermerah]

Suriani Abdullah telah memeluk agama Islam pada tahun 1955 dan menukar nama daripada Eng Ming Ching. Berkahwin dengan Abdullah C.D secara Islam.[pacarmerah]

Rashid Maidin.[pacarmerah]

Abu Samah Mohd. Kassim. [pacarmerah]Pejuang Kiri Kemerdekaan Zuriat Datuk Bahaman [matamin]Gambar-gambar Kepulangan Abu Samah Ke Rahmatullah [matamin]

Musa Ahmad. [pacermerah]

Shamsiah Fakeh.[pacermerah]

Siti Norkiah bt Mahmud Baginda Srikandi dari Pahang Utara. [pacarmerah]. Ketua AWAS Pahang (1946-1948), yang kemudian bergerila di Pahang selama kira-kira 5 tahun (1948-1953), dan selepas itu bergerila pula di selatan Thailand selama hampir empat dekad (1954-1989) [pacermerah]

Mokhtaruddin Lasso. [pacarmerah]

Shamsiah Fakeh. [pacarmerah]

Wahi Anuar Panglima Rejimen ke-10 PKM (disebut juga Tentera Pembebasan Nasional Malaya yang ditubuhkan pada pada 21 Mei 1949 di Kerdau, dalam daerah Temerloh, Pahang.)[pacarmerah]

Zaleha binti Mat Roni. (1924 – 2004) (Rosmah) (Wan) (Mak Bidan), dilahirkan di Kampung Bangau Tanjung, Mukim Bangau, Daerah Temerloh, Negeri Pahang.Ketua AWAS Lubuk Kawah. Menyertai Rejimen Ke-10 PKM pada tahun 1949 bersama 50 anggota AWAS Lunuk Kawah. 1953 menyertai pasukan Hang Jebat berpindah ke kawasan sempadan, ditugaskan sebagai Ketua Seksyen Wanita. 1960 kawin dengan Sukur Ismai. 1977 - 89 – ikut serta memimpin Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10, dilantik sebagai Ketua Kompeni. 25 September 2004 meninggal dunia dalam usia 80 tahun kerana sakit tua. Jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin.[matamin]

Shukur Ismail. Suami Zaleha binti Mat Roni Ketua AWAS Lubuk Kawah.[matamin]

Pak Da Hamid. Guru Sekolah API Lubuk Kawah.[matamin]

Mak Ngah Minah Pembantu Ketua AWAS Cawangan Lubuk Kawah.[matamin]

Zaharah. Setiausaha AWAS Cawangan Lubuk Kawah[matamin]

Zawiah binti Hj Ibrahim . Bendahari AWAS Cawangan Lubuk Kawah.[matamin]

Zawyah Haji Ibrahim.[matamin]

Uda bin Haji Ismail.[matamin]

Mokhtar Haji Ibrahim[matamin]

Said bin Haji Ismail. anggota API ditahan oleh Penjajah Inggeris dibeberapa pusat tahanann termasuk Beruas Perak[matamin]

Abd Rahman Md Noor. Berjuang mennentang Inggeris dan akhirnya ditahan oleh Inggeris bersama-sama Said bin Haji Ismail.[matamin]

Ahmad Taha. [matamin] Ahmad bin Taha, bekas kader Rejimen Ke-10 TRM. nama samarannya Remaja, dilahirkan pada bulan November 1926 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Daerah Temerloh berkhidmat dalam rombongan bangsawan sebagai palakon, mempersembahkan drama, opera dan lain-lain untuk membangkitkan semangat kemerdekaan di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh.Pada bulan Oktober 1948, Ahmad Taha menyertai Rejimen Ke-10. 1948 - 1953 pernah bertempur belasan kali dengan askar komanwel British. Pada tahun 1953 – 1954, Ahmad Taha ikut serta dalam perpindahan strategik Rejimen Ke-10 ke kawasan sempadan, ditugaskan menyusun massa. Pada tahun 1977 beliau berkhidmat di Kompeni Ke-22 Rejimen Ke-10 dan pada tahun 1984 berkhidmat di Platun Ke-12. Selepas perjanjian damai Haadyai, Ahmad Taha pulang ke kampung halamannya di Buntut Pulau.

Ahmad bin Taha @ Aki Teh [matamin]

MARILAH KITA BERPEGANG PADA AYAT YANG SATU

terima kasih kepada
darikajang, adimul, matamin, pacarmerah

sedang dikemaskini

1 comment:

Anonymous said...

salam,

sebagai makluman sahaja.


pkm bagi pasukan rejimen ke 10, bukan bermaksud kepada parti komunis melaya.

parti komunis melaya dan rejimen ke 10 adalah dua kumpulan yang berbeza,hanya mereka bergabung[gabungan dalam hutan kerana terpaksa],sebab keduanya diburu dan di anggap sebagai pemberontak oleh inggeris. perbetulkan salah faham.dan salah tanggapan,dan jangan duduk dalam fitnah selamanya,dari sebab dendam dan setakat khabar angin semata.cari dan dapatkann berita dan cerita yang sebenar.

kedua kumpulan menggunakan perkataan dan sebutan pkm.[tetapi berlainan maksud]
orang dari rejimen ke 10 masih lagi islam[mereka tidak berubah]..dan kalau tak pecaya,tanyakan pada mereka sendiri[mereka yang masih hidup,itupun kalau dapat berjumpa dan bersemuka dengan mereka].