INFO YANG DITERBITKAN (atau dipetik) MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. MARILAH KITA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI. Tetapi cepat-cepatlah sedar jika muncul mengenal 'manusia' yang akan menyuruh kita bergaduh sesama kita.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20180222

arwah tok saya bernama hitam.

assalam..
saya berasal dari terengganu.
mak saya dari marang.
ayah saya dari kemaman.
keturunan ini dari belah ayah saya.

arwah tok saya bernama hitam.
bercerita tentang keturunan nya.
arwah menangis sambil bercerita.
banyak yang tidak jelas.
saya ingin mencari saudara saudari saya.
menjadi tanda tanya
kerana keturunan terpisah.
saya percaya
siapa yang ada dalam keturunan ini
tahu pantang larang
dalam pemakanan keturunan ini.
jika betul ada keturunan itu disini
sila tampil.
mahu tahu lebih lanjut
tentang keturunan saya.

miz fafa said...
on 2/22/18
on Salasilah Keturunan Raja Alam Pagaruyung


29 comments:

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

pembentangan ini bukan untuk jawapan kepada persoalan arwah tok saya bernama hitam.[maaf]


kiasnya kepada;[buta].


dahulu-dahulunya,orang yang ramai hanya menyebut;

buta kayu, buta warna atau membuta.

sebaliknya sekarang,ada satu lagi buta yang berlaku depan mata,walaupun mereka itu celik dan dapat melihat.

buta signbroad: menyebabkan banyak kemalangan dari sebab mereka itu menbutakan mata dan hati dan akal mereka sendiri,maka mereka berkata pada mulut dan hati mereka; alah orang lain buat tu tak salahpun,atau aku apa perduli atau orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh? atau alah tutup mata je,atau langgar je,buat tak tahu atau tak reti je atau sapa nak marah? atau orang tak nampak tak apa atau orang tak pedulipun.

makanya, kalau dalam fekah adat adab dan ilmu; apabila dibuat bergitu buat-buat buta,malapetaka yang akan disampaikan kepada mereka dari allah.bodoh sombong dan ego punya manusia dan mereka-mereka itu.belajar je tinggi,bagunan sekolah tiga empat tingkat,atas bukit pulak tu,lepas tu sesetengah nama sekolah;high atau sekolah tinggi.tapi akal tak tinggi macam tingginya nama sekolah mereka.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ]


apabila manusia-manusia itu bertelagahkan akan al quraan dan al sunnah,[menjadikan rebutan akan al quraan dan al sunnah sebagai fitnah].

maka ingatlah,yang mereka kesemuanya mausia yang bertelagah itu akan diberikan atau akan mendapat laknat dari al quraan dan al sunnah itu sendiri dan serta bala sebagai kifarah[pengajaran] ,atas fitnah yang mereka perebutkan.

celaka sungguh mereka-mereka itu sehingga al quraan dan al sunnah pun di perebutkan di[ ].mereka mengaibkan islam dan al quraan serta al sunnah itu sendiri, dengan perbuatan mereka itu. mana lebih tolol dan bangang; mereka-mereka yang berebut itu atau haiwan yang melata dipadang.

dan mana perginya satu kumpulan yang mendamaikan, yang di maksudkan oleh al quraan dan al sunnah.

dan al quraan dan al sunnah itu tempat rujukan kembali[imam],dan bukannya dijadikan rebutan,jangan buat kucal-kacil. faham ke tak ni.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[mengenal diri].


ada orang bertanyakan kepada kami;kepada bab [kenal diri,kenal tuhan].

ringkasan ceritanya: penceramah itu berkata; macammana solat,kalau tak kenal diri.[maka dia bertanya macammana nak kenal tuhan dan nak kenal diri?]

yang sebenarnya; tuanpuan dahpun belajar kaedah mengenal diri dan mengenal tuhan. cumanya tiada tumpuan dalam diri,kerana kebanyakan dari manusia sekarang ini,mencarinya untuk kegunaan dunia@diri sendiri semata. maka urusan itu banyak yang tergelincir dari arah tujuan pencarian sebenar.

dalam al quraan dan al sunnah,telah disusun rapi serta tertip akan urusan bab ini.sebaliknya manusia hari ini,kebanyakan sibuk dengan saham akhirat dan pusaka dunia.

dari ayat pertama sehingga ayat akhir dalam al quraan dan al sunnah itu,kesemuanya adalah ilmu bab kenal diri dan kenal tuhan.[dalam bentuk kilaf dan kias].kerana dibimbangi orang yang mendapatnya akan menyalah gunakan ilmu mengenal diri dan mengenal tuhan itu.

dalam pada itupun,ramai yang menggunakan ayat dari al quraan dan al sunnah sebagai ilmu pengasih,ilmu pelaris,ilmumengubat,ilmu pelembut,dan yang merosakkannya pun masih adalagi,dijadikan ilmu sihir,ilmu kebal,ilmu terbang,ilmu pemagar.[kesemua cara penggunaannya telah terkeluar@tergelincir dari landasan sebenar perintah allah].

dalam hal mengenal diri dan mengenal tuhan ini,memang dugaannya amat tinggi,sehingga merasa bimbang tergelincir.ibarat seperti telor di hujung tanduk, kemana arahnya kita hendak telor itu diletakkan.

ke kiri atau kekanan,kedepan atau kebelakang?,keempatnya arah itu, tetap jatuh,dan untuk setabilkan telor itu? bagaimana?

maka rasul saw dan para sahabat dan ulama dahulu telah kiaskan: mereka telah ringkaskan dalam yang disebutkan sebagai: rukun islam lima perkara dan rukun iman enam perkara.

kesemua persoalan kepada mengenal diri dan mengenal tuhan,telah disediakan dalam kedua rukun itu. maka rungkai dan huraikanlah.[dalam keduanya itu bukan setakat sebelas soalan itu je,sebaliknya bertimbun soalannya sepertimana tebalnya kitab al quraan dan al sunnah itu,bergitu jugalah soalan didalamnya kedua rukun itu.

dan jawapannya ada tersimpan dalam kedua kitab al quraan dan al sunnah dalam bentuk kias dan kilaf.

semoga berjaya dalam pencarian tuanpuan.


Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[rukun islam pertama].


[mengucap dua kalimah shadat]: untuk menjadi islam,maka yang pertama kena mengucapkan dua kalimah itu. dan pada yang manusia islam,wajib menyebut akannya sebanyak sembilan kali dalam solat wajib sehari semalam,dan itu tidak termasuk menyebut akannya dalam solat sunnat atau diluar solat.

pecahan bahagian pertama soalan.

makakan dua kalimah itu,buat kali pertamanya diucapkan oleh siapa dan dimana dan apa sejarahnya sehingga ucapan dua kalimah itu terucap dan diucapkan untuk kali pertama itu?.

dan siapakah untuk kali pertamanya yang ingkar dari menyebut kalimah?[baris pertama dua kalimah itu]ada sejarahnya.

dan perlu di ketahui akan ilmu pertama dalam sifat dua puluh: ujud. wajibnya dan kesalahannya yang manusia telah lakukan. ada sejarahnya.

dan beberapa soalan lagi.[cukuplah tiga soalan]

pecahan bahagian kedua soalan.

baris kedua kepada dua kalimah shadat:

mempersaksikan muhammad itu pesuruh allah.[rasulullah saw].

persaksian manusia keatas muhammad menjadi nabi dan rasul itu,mestilah dengan buktinya.

mana watikah pelantikan perlantikan dia menjadi nabi dan rasul?

makanya,seluruh nabi dan rasul yang dilantik mestilah dan wajib berwatikah,dan nabi muhammad @rasulullah saw, mana watikah dia?,watikahnya ada dalam al quraan, dan dimana? ayat apa? dan mana sejarahnya kiasnya?

dan persaksian pertama dan persaksian kedua di gabungkan menjadi satu sebutan kalimah. dan mana ayat penuhnya kalimah itu dalam al quraan?





Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[rukun islam kedua].


[solat atau sembahyang]:permulaannya mestilah mengetahui maksud kepada sebutan solat atau sembahyang,[makna solat], dan dalam al quraan,hanya disebutkan solat,dan disebutkan dalan azan dan dalam iqamat,dan dalam riwayat israk nabi muhammad saw,dan hanya di tunjuk cara kaedah solat oleh rasulullah saw sendiri seperti yang dia terima dari allah sendiri semasa israk itu.

makanya;berapa jumlah sebenar solat,dan berapa jumlah sebenar rokaatnya,dan berapa jumlah sebenar rukunnya,dan apa cerita sejarah sebenar solat itu sendiri.

ini sebahagian dari soalan solat.

selamat berjaya.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


makanya; [kedua rukun pertama dan rukun kedua]; dan kepada rukun ketiga,keempat dan kelima adalah bersabitan belaka.

dan apabila manusia tidak yakin dengan berita atau cerita atau percakapan dari riwayat nabi muhammad saw sendiri berkenaan israk mikraj,serupalah dengan manusia yang tidak percayakan sunnah dan bila tidak percayakan sunnah,maka mereka itu serupalah dengan manusia yang tidak percayakan al quraan,dan bila sudah sampai peringkat sangsi dengan perkara seperti itu dalam hati manusia,maka, fikirkanlah sendiri,apa dan siapa yang mereka ingkar?.

rukun pertama dan rukun kedua islam itu[sebutan tulisan yang lengkap]telah tergantung dan tertulis pada dinding syurga,seperti yang manusia buat dalam masjid itu.[menggantung tulisan atau ayat al quraan pada dinding masjid].

makanya; mengenal diri serta mengenal allah[dalam kata lain,bahasa yang biasnya;kalau nak kenal diri dan nak kenal allah,carilah jawapannya dalam al quraan dan al sunnah],[jawapan yang lengkap dalam bahasa kias kilaf].

al quraan serta al sunnah itu bahasanya dalam bahasa arab,dan sebutan atau perkataan arab itu diambik dari sebutan perkataan apa?

kena belajar alif,baa,taa,semula ni.dan sejarah turunnya huruf.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[sadar serta insaf].


tiada orang atau manusia lain yang dapat memberi sadar serta insaf kepada diri,melainkan diri sendiri jugalah.

manusia lain hanya boleh memberi kias semata, dan diri sendirilah yang wajib atau perlu mengupasnya dengan akal,berpandukan al quraan dan al sunnah.

kesadaran dan keinsafan adalah anugerah allah kepada manusia,maka dalam pada itu manusia wajib atau perlu lah mendapatkan atau memohon atau merayu bagi mendapatkan anugerah itu,dan bukannya duduk tunggu macam tunggul.dengan alasan;[alah, kalau allah nak beri,dia berilah(alasan ini tak boleh pakai,ego sangat manusia yang guna alasan ini):hanya berharap sebaliknya tidak berusaha, dan kalau nasi itu tak disuapkan kedalam mulut oleh tangan dan tak di kunyah dengan sempurna dan tidak ditelan,kenyang ke atau dapat ke akan nikmat makanan itu?][membazir waktu dan tenaga je].

makanya;tidak melihat ke perumpamaan yang di tunjukkan dihadapan mata pada setiap hari.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[azali].


selalunya orang akan menyebutkan bergini: [dari sejak azali].

azali itu membawa maksud asal.[dari sejak asalnya,dan sebelum asal tak di bincangkan dan tak perlu di ungkitkan,dan jangan nak mengada-ngada membicarakankan perkara seperti itu.dan itu adalah manusia yang tolol lagi bahalol namanya].

sebagai manusia dan hamba,kita hanya membicarakan dan mengmuzakarahkan diperingkat azali[asal atau permulaan kejadian makhluk dan alam],dengan kebenaran serta izin allah. dan sesiapa yang membincangkan yang mereka tanyakan pertikaikan yang sebelum,maka mereka itu lebih buruk dari hamba allah yang diberikan gelaran iblis lagi.[ini jenis manusia atau hamba yang tak sedar diri atau tak sedar diuntung].[mereka mencari kemurkaan serta laknat allah].

akan kejadian diri sendiri pun tak dapat dihurai dan dirungkai[tak dapat di fikirkan],ini pulak nak berbicara tentang,.......[pakai akai le].


Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ego]. (rasanya pembentangan kali kedua ni].


ego ni,salah satu sifat yang dianugerahkan allah kepada manusia,sifat ego ini duduknya dalam salah satu dari sifat dua puluh.dan manusia menyalah gunakannya sifat ini yang membawa kepada ingkarnya manusia kepada allah.

bagus,apabila betul kegunaannya,dan menjadi buruk dan derhaka,apabila disalahgunakannya.

kalau orang melayu mengelarkan sebagai; hidung tinggi;itu ego,dan kalau dah melampaulah sangat sifatnya itu,itu dah digelar takabur,takabur itu macam perangai namrud,perangai firaun zaman nabi musa,macam perangai hamman,macam perangai qarun.dan kalau atas dari takabur,itu dah sama dengan perangai hamba allah yang diberi gelaran iblis tu.

dan muhasabah diri tak dapat dibuat,dan apalagi nak kenal diri,kalau ego dalam diri tinggi amat.makanya; bacakan semula riwayat sejarah;diantara nafsu dan allah.[dengan izin dan kebenaran allah]

nafsu dipanggil mengadap allah,lalu ditanya oleh allah: siapa aku?.
nafsu menjawab: aku adalah aku,dan engkau adalah engkau.
maka;nafsu dicampakkan kedalam api neraka selama 70 ribu tahun,dari sebab egonya itu.

dipanggil untuk kali kedua;lalu ditanya allah kepada nafsu:siapa aku?.
nafsu menjawab dengan ayat yang sama seperti jawapannya kali pertama. maka nafsu dicampakkan untuk kali kedua kedalam api neraka,untuk 70 ribu tahu juga.

dipanggil untuk kali ketiga;lalu ditanya allah sekian kali soalan yang sama: siapa aku?.
nafsu masih menjawab dengan jawapan yang sama: aku aku,engkau engkau.maka dicampakkan nafsu untuk kali ketiga kedalam neraka yang marak apinya itu.sebagai hukuman keatas egonya dia.

maka dipanggil mengadap untuk kali keempat; lalu allah ditanyakan semula kepada nafsu;siapa aku?.
maka kali keempat itu barulah nafsu mnejawab dengan merendah diri; aku adalah hamba,dan engkau adalah tuhanku.

makanya;barulah nafsu itu di masukkan kedalam sifat diri manusia sebagai salah satu sifat yang dianugerahkan oleh allah. selepas dari itu ,kebanyakan manusia pulak yang merosakkan sifat yang dianugerahkan itu. kecuali manusia yang menggunakan akal yang disenpurnakan dari anugerah allah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[mahu tapi malu].

manusia itu bertanyakan ilmu allah,dalam kata lain dan mudahnya;mereka ingin mencapai darjat ketinggian seperti para sahabat atau para nabi-nabi atau para wali,sebaliknya mereka takut-takut dan malu untuk bertemu lutut dengan manusia yang tahu,mereka hanya tunggu dan lihat,atau mereka curi-curi dengar dan tidak belajar dengan betul serta sempurna.

ilmu yang curi-curi dengar tu,tak boleh di masuk dalam kira-kira,[maka; moga-moga diterima allah ibadahnya,tak diterima pakai].
macammana pulak,ilmu mencari makan atas muka bumi di pelajari dengan tekun sehingga mendapat watikah atau ijazah,dan untuk ilmu kembali kepada allah,hanya setakat belajar sambil mata pejam dan badan bersandar pada dinding.[maka mereka berkata,pejam mata pun dapat juga].[itu kelakuan yang aib].

ada manusia yang mengambil ilmu hanya dengan membaca dari kitab-kitab ulama semata,[belajar seberginipun tak diterima dipakai],sebab kitab-kitab ulama itu hanyalah bahan rujukan,dalam bab menghuraikan,dan bukannya jawapan seperti al quraan dan al sunnah.
maka menjadilah mereka seperti kanak-kanak yang diberikan buku,hanya sebut apa yang dia dengar,dan apa yang dia lihat dari dalam buku itu tidak diketahuinya,dia hanya melihat warna-warna dan bentuk-bentuk gambar semata yang tidak dia ketahui,[lain yang dilihat lain yang di sebut].

dan ada manusia yang belajar,tetapi tak naik-naik kelas,tak tahu apa sebab,takut ke,tak faham ke,tak tahu ke,tak lulus ujian ke,rabun warna ke,nampak huruf itu terbalik ke.[dari umur 10 tahun sehinggalah ketahab umur 70 tahun,masih lagi dok ulangkaji-ulangkaji,apa yang diulangkaji tak tahulah,dan yang mengajar pun dua kali lima juga dengan yang belajar dok ulangkaji-ulangkaji.

makanya; bila nak sempurnakan ilmu dan ibadah diri[hak diri,hak allah,hak rasulullah,hak adam,hak hawa dan hak makhluk lain serta alam],kalau dok ulangkaji sokmo umur.

kalau nak nak keatas rumah tingkat,kenalah panjat tangga,dan kalau tangga ada,sebaliknya dok tengok je,tak di langkah panjat,tak lepas naik ketingkat atas rumah.duduklah kat bawah itu sorang-sorang.

jadinya,nak ikut yang mana?.martabat tujuh rasulullah saw atau martabat tujuh azazil. keduanya martabat tujuh,yang rasulullah saw lepas sampai ketemu allah,dan martabat azazil tak kesampaian.[ego nya terselit dalam hati]

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ](fikir dan renunglah sendiri)


apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah kami binasakan sebelum mereka, padahal,telah kami teguhkan kedudukan mereka dimuka bumi,iaitu keteguhan yang belum pernah kami berikan kepadamu,dan kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka,kemudian kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri,dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.[ayat 6,surah 6]

dan kaummu mendustakannya padahal azab itu benar adanya.katakanlah:"aku ini bukanlah orang yang diserahi mengurus urusanmu".[ayat 66,surah 6]

hai orang-orang yang beriman,peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu: penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,yang keras,yang tidak mendurhakai allah terhadap apa yang diperintahkan nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.[ayat 6,surah 66]

dan dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong.[ayat 3,surah 105]

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[kias atau perunpamaan bahasa]


ramai manusia yang mencari dimanakah bahtera nabi nuh. dan jawapannya ada dalam al quraan dan dalam al sunnah. ditunjukkan dengan tepat akan kedudukan bahtera itu.

dan adakah nabi muhammad saw berterus terang dalam menceritakan hal itu?, ya benar, nabi muhammad bercakap terus terang dalam bahasa kias.dan nabi tahu dimana kedudukan bahtera itu. dan kerana dia tahu dan faham apa yang al quraan terangkan,dan dia menerangkan kepada para sahabat dan umatnya dengan jelas kiasnya akan kedudukan bahtera itu.

dan manusia selepas dari zaman sahabat juga mencari seperti yang nabi anjurkan itu,dan mendapat seperti yang nabi nyatakan akan tempat bahtera itu,maka adakah mereka membukanya untuk tatapan orang yang ramai? ya,mereka juga memberi kias yang betul dalam menunjukkan tempatnya bahtera itu.

sebaliknya orang yang ramai tidak faham dan tidak mengendahkan kias-kias yang dibacakan,dan menganggap kias itu satu penipuan atau melindungi atau kedekut ilmu,sedangkan jika diberitahu dengan sebenar,manusia akan menyalah gunakan dan apa yang mereka cari bukannya bahtera itu,sebaliknya harta dan apa-apa yang berkepentingan dunia semata-mata.

maka dari sebab itu berita dan kisah fekah di bacakan dalam bahasa kias atau khilaf.[[hanya jauhari yang mengenal manikam]].

solat itu dikiaskan dan berita atau perkara sebanarnya,perlulah dicari oleh diri sendiri.[bagi mengenal diri].solat itu dilakukan sebagai ibadah,dan yang sebenarnya apa dianya solat atau solah itu pada diri sendiri?

Anonymous said...

salam,tuanpuan,

kiasnya kepada;[ ].


kalau kita nak tahu dan faham dalam ilmu allah,kenalah belajar tarikat,[bukannya masuk tarikat].[ataupun menjadi ahli tarikat]

untuk tahu fekah kena belajar tarikat.
untuk tahu syariat kena belajar tarikat.
untuk tahu tarikat kena belajar tarikat.
untuk tahu hakikat kena belajar tarikat.
untuk tahu maqrifat ke belajar tarikat.
untuk faham,tahu, kenal, yakin,percaya,dan betul salahnya sesuatu urusan agama,fekah,adat,adab dan ilmu kena belajar tarikat.
dan untuk kenal diri dan mengenal allah kena belajar tarikat.

jadinya tarikat ini apa?

tarikat itu adalah membawa maksud kepada; huruf-huruf,perkataan-perkataan dan ayat-ayat dalam al quraan dan al sunnah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


seorang pelapis telah didatangi mimpi,kiasnya bergini:

dia menyeberang sebatang sungai dan singgah di pulau ditengah-tengah sungai,dan sebelum sempat untuk menyeberagi keseberang lagi,maka dia di kepung dan disekat perjalanannya dengan di kelilingi ikan keli hitam di atas pulau ditengah-tengah pulau itu[naik dia keatas pulau]. hendak pergi disekat,hendak kembali ketebing asal dia menyeberang tak dilepaskan. maka terkepung dia di pulau itu.

nak tafsirkan ke mimpi ni?, biar dululah kan?.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[tafsir mimpi].


dalam diri ada iklas,dan iklas itu diri balut dengan nafsu.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[berubat dan penyembuhan]


untuk baik dari sakit,mula-mula sekali,kena minta ampun,yang kedua kena merayu memohon ubat dan disembuhkan, yang ketiga cari dan berubat,yang keempat sabar tekun dan tawakal,dan yang kelima bersyukur redha. dan yang keenam jangan patah balik perbuatan yang buruk.

peluang diberikan dengan kata dua;sembuh atau kematian atau dibiarkan melarat sehingga di ceraikan nyawa dengan jasad. maka tuanpuan boleh pilih. dengan izin allah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ akur].

satu dari riwayat al hadis;[adalah seperti berikut];

apabila rasulullah saw memberi salam dan minta pohon kayu atau tunggul kayu datang berjumpanya,maka tunggul kayu itu dengan sertamerta bangkit bergerak mendatangi rasulullah saw.walaupun dengan susahpayah dengan izin allah.

sebaliknya, ini manusia yang diberi salam dan ditunjukkan dengan kata-kata yang lurus serta benar,sebaliknya manusia itu berdolak dalih lagi ingkar dengan kata seruan yang benar serta lurus yang di sampaikan kepada mereka.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[pemegang-pemegang amanah]


semak dan rujukkan kepada ayat 15,surah 18,dalam al quraan.


pemegang amanah pahang;[asalnya,dan seterusnya @ kemudian darinya]


perba jelai: asalnya adalah tok rompin,dan kemudiannya diserahkan kepada menantunya muhammad bujang@bujal,dan menurun kepada waris melalui anak perempuan tok rompin yang berkhawin dengan muhammad.

indera segara: asalnya adalah malim kuning,dan kemudiannya diserahkan kepada menantunya haji tahir bin orang kaya jenal.dan menurun kepada waris melalui anak perempuan kepada malim kuning.

indera pahlawan: asalnya adalah syed ahmad pattani,kemudian diserahkan kepada menantunya umar lubuk terua,dan menurun kepada waris melalui anak perempuan syed ahmad yang berkhawin dengan umar lubuk terua.

shah bandar: asalnya adalah tok jergoh,dan kemudiannya diserahkan kepada menantunya ali purba,dan menurun kepada waris melalui anak perempuan tok jergoh yang berkhawin dengan ali perba.

bendahara: asalnya dipegang oleh kerabat padang saujana melalui ahmad dan abdullah kuala pahang sehingga kepada tun ali@bendehara ali,dan kemudiannya menurun kepada cucu melalui menantu,[tun mutahir dan wan ahmad itu adalah cucu tun ali* ibu mereka anak tun ali berlainan ibu].

sultan dan memangku: asalnya dipegang oleh pemegang amanah melaka pagar ruyung kemudian di pertanggangjawabkan kepada ahmad dan abdullah pahang tua,dan kemudiannya diserahkan kepada ahmad dan abdullah kuala pahang.


*** anak lelaki kepada mereka semua yang disebutkan diatas[pemegang asal], tidak dibenarkan memegangnya atas sebab fekah. maka semuanya diberikan pertanggungjawab kepada cucu jalur susur dari sebelah anak perempuan.dan jalur lelaki mereka,kami simpan rapat-rapat dalam lipatan,tidak dibuka,maaf.

*** mat kilau: kami simpan rapat-rapat dalam lipatan,tidak dibuka,maaf.

diperbentangkan dari kami kepada tuanpuan dengan izin serta kebenaran allah,inshaallah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ]


kalau ego dan lagak itu boleh membantu diri dalam masa dalam kubur dan di padang masyhar nanti,alhamdulillah lah,dan sebaliknya kalau lah tak boleh membantu diri atau tak boleh digunakan melepaskan diri sendiri,agak-agaknya lah,ada faedah ke,ego dan lagak dipegang atau dibanggakan dalam diri itu.

makanya, tak payahlah meninggikan hidung masing-masing.

bumi ini dahulunya tak mahu memberi sedikit dari nya untuk diambik,bagi dijadikan jasad,[bacakan semula riwayat kejadian manusia].kerana dia tahu dah natijah kemudia harinya,sebaliknya bumi ini kena akur dengan perintah allah.

makanya; allah menyebut dalam al quraan,dia tahu apa yang makhluk hambanya tidak tahu nyata dan ghaib.[yang maha mengetahui lagi yang maha bijaksana].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ]sambungan ubat dan pulih.


selain daripada yang telah disebutkan itu,satu bahagian lain yang perlu diri tunaikan: [zakat keatas diri,infak baitulmaal keatas diri,sedekah keatas diri serta hadiah keatas diri],kesemua ini adalah wajib ditunaikan bagi melengkapkan dan menyempurnakan urusan diri.[dalam bab mengenal diri].

makanya;kami telah bentangkan urusan yang tersebut itu dahulu. semak dan selepas dari itu dirujuk ke dalam al quraan serta al sunnah.[maka;tepuk dada tanya selera,pilihan diri adalah atas diri sendiri,dan bukannya dari keputusan orang].dengan izin kebenaran allah.inshaallah.


Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada; [ ]


adab serta budi bahasa kena jaga,jangan main terjah-terjah je,kalu betul terjah,bernasib baik,sebaliknya kalu tak betul,macammana?[nak minta tolong gunakan kaedah serta peraturan yang telah di tentukan oleh allah].

jangan anggap yang diri itu [ ] apabila atau semasa hendakkan pertolongan,sebaliknya jangan jadi seperti peribahasa; mendukung biawak hidup, kepada orang@manusia@makhluk lain.

ampunan serta rahmat allah amat-amat luas,maka disebutkan; allah yang maha penganpun lagi yang maha penyayang.

dan jangan serta rentikanlah buat keras serta ego kepala tu. tak bantu dik .....,orang perangai macam tu.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


nama kepada kg tanjung besar dan kg kelubi itu asalnya adalah satu nama yang diambik dari satu nama kampung asal dalam pahang ini juga,dengan nama tanjung kelubi.

kampung tanjung kelubi yang asal itu telah ditukar ganti oleh seorang syeh maulana yang datang kesitu dengan kebenaran ketuanya atau maulananya pada zaman itu.

maka nama tanjung kelubi dialihkan kepada dua nama kampung yang berbeza tempatnya di jerantut dan di kuala lipis.[ bagi mengelak nama itu hilang dari ingatan sejarah adat].

maka di berikan nama kg tanjung besar bagi perkataan atau sebutan yang pertama,dan kg kelubi bagi perkataan atau sebutan yang kedua. yang asalnya dari nama satu kampung dalam daerah temerloh.

makanya,carilah dimanakah letaknya asal kampung tanjung kelubi itu dahulunya,dan nama manusia[syeh maulana] yang memberi nama baru kepada kampung tanjung kelubi itu[apa nama yang ditukar].dan siapa syeh maulana yang memberi kebenaran bagi pertukaran nama kampung tanjung kelubi kepada nama lain itu?.




Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


dahulunya disebutkan semantan,dan kemudiannya disebutkan temerloh. itu orang yang cakap.

nama zaman dahulunya disebutkan keduanya sebutan itu bersekali;semantan temerloh,makanya orang yang kemudian memecahkan akan semantan dengan temerloh itu.

makanya,hilang puncalah ap yang dimaksudkan dengan semantan temerloh itu.sejarah sebenarnya,siap akan dirinya yang sebenarnya,lalu dibuat kisah dongeng atau cerita pedoah orang kampung[orang tua-tua].;diambik dari nama seman.

carilah dan tengoklah dengan munasabah liku-liku sebenarnya akan sebutan semantan temerloh itu,dan jangan bersangka-sangka semata.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


sambungan;[indera pahlawan;yang bergelaran nama tok umar lubuk terua].[anak 35 orang]

bini 1;waris tok putih(gelaran di negeri sembilan)
bini 2;waris tengku temengong johor
bini 3;waris shah bandar shah alam atau kelang selangor
bini 4;waris hang li po di bukit segumpal chenor
bini 5;waris sultan mulut merah
bini 6;waris tok jergoh
bini 7;waris tok maksirat
bini 8;waris tok ku pulau manis kuatan
bini 9;waris sultanah zainab + selangor
bini10;waris tok ku paluh
bini11;waris syeh@syed najibu rahman
bini12;waris muhammad fikri abdul rahman[adik beradikwali nong sari]
bini13;waris syeh@syed pattani
bini14;waris tok kari[pupu raj haji ali fisabilillah]
bini15;waris tengku narul nizam @ [merah silu]

inshaallah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


sambungan;shah bandar;dengan nama ali perba.[anak 14 orang]

bini 1;waris tok bukit segumpal
bini 2;waris raja hitam @ yang dipertuan negeri sembilan yang pertama atau tok dina.
bini 3;waris syed @syeh zaman atau fatimah saerah.

inshaallah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].

orang yang berilmu akan menjadi babel dan tak boleh pakai,apabila mengunakan ilmu yang betul kepada jalan yang salah.[ilmu masa perang digunakan dalam masa aman].

walau macammana terdesak sekalipun,apabila disalah gunakan ilmu al quraan dan al sunnah semasa aman,itu dinamakan salah laku,tetap,tidak berganjak.sebabnya semasa di ambik atau menerima ilmu itu,mereka telah berjanji atau bersumpah; untuk digunakan untuk jalan kebaikan semata-mata.dan untuk menolong atau membela masyarakat yang dalam kesusahan,sebaliknya kalau dah digunakan untuk memukau masyarakat atau melemahkan masyarakat,maka mereka telah menjadi pertualang kepada ilmunya sendiri dan kepada dirinya sendiri dan kepada masyarakatnya dan kepada allah dan kepada rasulullah.

mereka itu tak tumpah seperti pengamal ilmu sihir atau lagi buruk lagi dari pengamal ilmu sihir,dari sebab mereka telah dengan sengaja menyalahgunakan ayat al quraan dan al sunnah.bagi merosakkan orang yang ramai dan masyarakat dan ......,[renungkan sendirilah].

adakah bumi allah ini terlalu kecik,bagi menyelamatkan diri,atau takut tak bertempat. atau ego dalam diri itu mendesak nafsu untuk bermaharajalela.lalu memenjarakan iman ditempat yang jauh lagi gelap sejuk di dalam hati.

dengan izin serta kebenaran allah.inshaallah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


yang pipis tak semestinya datang melayang,dan yang bulat tak semestinya datang menggolek.

makanya mereka-mereka itu masih lagi kukuh memegang; tunggu dan lihat[itu dalam bab fekah].

sebaliknya mereka tak menunggu dan berebut-rebut dalam bab harta kekayaan dan kuasa.timbangrasa dan budibicara hilang tenggelam."aku aku,dan engkau engkau",[itu ungkapan nafsu semasa ingkar kepada allah dahulu].

makanya mereka-mereka itu masih lagi kukuh ego diri;tak terkesan wuduk dan solat atas diri mereka itu.

seolah-olah diri mereka melakonkan perangai namrud zaman nabi ibrahim,firaun zaman nabi musa,hamman,qorun dan bani israil zaman nabi musa dan bani israil zaman nabi isa.

tauladan dan pengajaran dari kisah sejarah hanya menjadi hiasan dalam mata dan telinga mereka semata.tak terkesan kedalam hati.

makanya;pertanyaan ini di perbentangkan untuk sekiankalinya kepada tuanpuan sekalian dan mereka-mereka itu:

siapa tuhan kamu?. dengan izin allah.inshaallah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].[dengan izin dan kebenaran allah][inshaallah].

siapa tuhan kamu

siapa nabi kamu

siapa imam kamu

siapa saudara kamu

soalan lainnya ,dengarkanlah dalam masa imam membacakan talkin diatas kubur.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ][dengan izin allah.inshaallah].


satu soalan:

siapa kamu

[siapa diri kamu atau siapa diri kita]
yang sebenar wajib diketahui oleh diri sendiri.

yang dahulunya, allah pernah tanyakan kepada seluruh makhluk, dan [khasnya kepada nafsu;telah ditanyakan sebanyak empat kali].