Tok Ki koi ni tinggal di Tanjung Pulai, Pulau Manis, Pekan, Pahang, Malaysia. Macam mana buah loket ni boleh berada dalam takar bersama-sama duit lama? ... koi tak tau. Setiap kali koi gi ke rumah tok ki koi, dia berikan takar yang berisi banyak duit siling lama untuk dibuat main. Ada macam-macam duit siling. Ada duit satu sen, duit setengah sen, suku sen dan duit 'kuin' (Queen).
Koi tak paham kenapa tok ki koi suruh koi main duit-duit siling lama ni. Apa nak dimainkan dengan duit-duit siling lama ni?
Jadi koi main lah susun-sunun. Macam-macam 'pesen' koi susun, bila dah jemu menyusun koi tinggalkan saja atas lantai. Siapa yang yang kena kutip, atok koi juga yang kena kutip dan menyimpannya. Koi tukang main dan tukang tabur.
Sampai satu masa koi terlintas nak ambil satu. Mula-mula koi susun duit-duit siling yang hendak diambil. Bila dan susun, baru senang nak pilih. Akhirnya koi pilih duit siling yang ini semata-mata kerana ada tulisan arab. Tambah menghairan kan lagi adalah ... apabila duit siling ini ada lubang di atasnya. Pelek juga kenapa duit arab ada benjol dan kat benjol tu ada lubang.
Bila dah besar baru koi tau, yang disangka duit siling bukan duit siling tetapi buah loket. Tapi manalah bebudak umur 5 tahun terfikirkan benda tu buah loket. Tambah pulak isi dalam takar tu duit siling lama. Kalau koi tau mungkin koi dah pakai gantung kat tengkok. Tentu kagum kekawan tengok koi pakai rantai pusaka macam Hang Tuah. Kalau lumba lari tentu 'menciput' koi lari meninggalkan peserta yang lain. Dan tentu jadi olahragawan MSSM. Mungkin sekarang dah jadi jurulatih olahraga untuk Sukan Komanwel 2010 New Delhi.
Bila difikirkan-fikirkan pulak, kalau budak lima tahun pakai tentu 'rata' koi 'redah'. Bukan 'takat' berlari, 'berambat', memanjat, menyakat dan sampai ketandas mau koi bawok sekali. Jahanam jadinya. Pasal kat loket ada ukiran kalimah 'Allah' di depannya dan ada terukir 'Ayat Kursi' dibelakangnya. Ada orang kata loket ini untuk 'Pendinding Diri'. Tapi koi tak pernah pakai. Bini koi pula tentu lagi tak minat.
Buah loket ni koi pernah tunjuk pada satu orang tua yang tau banyak cerita-cerita lama.
Orang tua tu tanya, "Kat mana awak ambil benda ni?"
Koi jawab, "Atok koi punya."
Oran tua kata lagi, "Buah loket ni ada dua"
Maksudnya ada sepasang.
Kalau ada sesiapa yang ada menyimpan satu lagi buah loket ni, nak sangat koi jumpa dengan orang tu. Mungkin banyak yang boleh kita bercerita. Mungkin ada kaitan dengan pahlawan-pahlawan Pahang.
Kalau ada sesiapa yang nak mintak loket ni, terus terang koi cakap koi lokek nak beri.
INILAH CERITA YANG SAYA KUTIP DARIPADA ENCIK SAIFUL EO-PPAP.
Ni cerita lain pulak. Budak Mat Rempit rupanya suka juga pakai rantai loket berkalimah 'Allah'. Tapi tulisan 'Allah' dah diselewengkan. Kalau nak tengok klik DISINI. [http://unitmediasiber.blogspot.com/2009/06/rantai-iblis-jangan-beli.html]. Pada rodong-rodong semua, pastikan anak cucu kita tak pakai rantai sebegini. Mudah cakapnya, kita kena tau apa yang kita pakai. Kalau tak tau dan tak ada tempat nak bertanya, lebih baik jangan pakai.
0 comments:
Post a Comment