Loket ni koi dapat masa koi umur lebih kurang 5 tahun. Mula-mula koi ingat duit siling bukan buah rantai. Tapi buah rantai ni tok ki koi letakkan sama-sama dengan duit-duit siling lama yang banyak-banyak. Semuanya diletakkan dalam takar duit siling.
01
Tok Ki koi ni tinggal di Tanjung Pulai, Pulau Manis, Pekan, Pahang, Malaysia. Macam mana buah loket ni boleh berada dalam takar bersama-sama duit lama? ... koi tak tau. Setiap kali koi gi ke rumah tok ki koi, dia berikan takar yang berisi banyak duit siling lama untuk dibuat main. Ada macam-macam duit siling. Ada duit satu sen, duit setengah sen, suku sen dan duit 'kuin' (Queen).
02
Koi tak paham kenapa tok ki koi suruh koi main duit-duit siling lama ni. Apa nak dimainkan dengan duit-duit siling lama ni?
Jadi koi main lah susun-sunun. Macam-macam 'pesen' koi susun, bila dah jemu menyusun koi tinggalkan saja atas lantai. Siapa yang yang kena kutip, atok koi juga yang kena kutip dan menyimpannya. Koi tukang main dan tukang tabur.
03
Sampai satu masa koi terlintas nak ambil satu. Mula-mula koi susun duit-duit siling yang hendak diambil. Bila dan susun, baru senang nak pilih. Akhirnya koi pilih duit siling yang ini semata-mata kerana ada tulisan arab. Tambah menghairan kan lagi adalah ... apabila duit siling ini ada lubang di atasnya. Pelek juga kenapa duit arab ada benjol dan kat benjol tu ada lubang.
04
Bila dah besar baru koi tau, yang disangka duit siling bukan duit siling tetapi buah loket. Tapi manalah bebudak umur 5 tahun terfikirkan benda tu buah loket. Tambah pulak isi dalam takar tu duit siling lama. Kalau koi tau mungkin koi dah pakai gantung kat tengkok. Tentu kagum kekawan tengok koi pakai rantai pusaka macam Hang Tuah. Kalau lumba lari tentu 'menciput' koi lari meninggalkan peserta yang lain. Dan tentu jadi olahragawan MSSM. Mungkin sekarang dah jadi jurulatih olahraga untuk Sukan Komanwel 2010 New Delhi.
05
Bila difikirkan-fikirkan pulak, kalau budak lima tahun pakai tentu 'rata' koi 'redah'. Bukan 'takat' berlari, 'berambat', memanjat, menyakat dan sampai ketandas mau koi bawok sekali. Jahanam jadinya. Pasal kat loket ada ukiran kalimah 'Allah' di depannya dan ada terukir 'Ayat Kursi' dibelakangnya. Ada orang kata loket ini untuk 'Pendinding Diri'. Tapi koi tak pernah pakai. Bini koi pula tentu lagi tak minat.
06
Buah loket ni koi pernah tunjuk pada satu orang tua yang tau banyak cerita-cerita lama.
Orang tua tu tanya, "Kat mana awak ambil benda ni?"
Koi jawab, "Atok koi punya."
Orang tua kata lagi, "Buah loket ni ada dua"
(Nama orang tua tu Tok Merah/Tok Cik)
Maksudnya ada sepasang.
07
Kalau ada sesiapa yang ada menyimpan satu lagi buah loket ni, nak sangat koi jumpa dengan orang tu. Mungkin banyak yang boleh kita bercerita. Mungkin ada kaitan dengan pahlawan-pahlawan Pahang.
08
Kalau ada sesiapa yang nak mintak loket ni, terus terang koi cakap koi lokek nak beri.
INILAH CERITA YANG DILUAHKAN OLEH ENCIK SAIFUL.
Beliau pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir di PPAP. Jika sesiapa ingin pengesahan cerita ini, sila berjumpa dengan beliau.
15 comments:
Aasalamualaikum..Saya ada memiliki loket yg serupa dgn loket saudara.. sudah 28thn dlm simpanan saya..
qaylaqaliff@gmail.com
Saya hanya tukang terbit cerita orang-orang Pahang sahaja. Loket kalimah tersebut dimiliki oleh En. Saiful. Dia sedang mengesan pasangan loket tersebut. Dia nak tau apa kaitan antara dua loket tersebut.
Saya akan minta dia hubungi qaylaqaliff.
Adakah Qaylaqaliff dan Saifu berasal dari jalur keturunan yang sama?
Mungkinkah ...? Barang tersebut adalah tanda keluarga yang ditinggalkan oleh moyang mereka mereka. Supaya mereka boleh mengenal saudara mara yang sudah lama terpisah
Carilah sehingga ketemu tapi yang penting bersihkan hati dan diri maka baru akan ketemu yang benar.
Bersetuju dengan ayat Tuan Zulkefli Ahmad Razali.
Harap Qaylaqaliff dan Saifu dapat:
Carilah
sehingga ketemu
tapi yang penting
bersihkan
hati dan diri
maka baru akan
ketemu yang benar.
Kalau kurang jelasa boleh minta Tuan zulkefli bantu jelaskan atau bertanya kepada guru yang tua.
assalammualaikum,saya ada satu loket yang mcm ni..lebih kurang 18 thun dh sya jmpe..sy jumpa dekat pokok pisang.. time tu tngah main..sy masih simpan loket tu..
Boleh kami tau nama kampung tempat loket tersebut dijumpai.
Loket dalam gambar ini diambil dari toki dia di Pulau Manis Pekan Pahang.
lokasinya di manir kuala terengganu
MUNGKINKAH ada kaitan antara tuan/puan bertiga?
Harap dibukakan oleh Allah swt kaitannya dari sudut
sy juga memiliki yg hampir sama.. dihadapan lain dan dibelakang ayatnya sama..
khyan6920@yahoo.com
boleh saya tahu lebih lanjut pasal loket ini... sebenarnya masa saya umur 4 tahun loket ni telah diragut(dicuri) di pasar pagi... loket ni pemberian arwah fuang saya (arwah sepupu sultan )(dirahsiakan)... minta whatapp saya jika loket ini pernah dipakai oleh org yg tak betanggungjawap 01117560690
kepada saudara admin..sya ada kembar kepada lokek nie..jika berminat blh mesej @ call no:0179848064
Assalam alaik.. sye pun de loket yg sma mcm ni..sye jumpe mse sy kcik2 dulu..lama da sy smpan ni.. lokasi sy jb... lbih lnjut bleh email sy.. neidaya@yahoo.com
assalamualaikum sahabat semua..sy ade memiliki loket ni hasil pemberian arwah nenek sy.. tapi sy x pakai pun.. sy simpan jer di dalam almari.. admin, bleh pm sy di 12teratai@gmail.com .
Saya ada loket ni..boleh wtsp 0169333089
Post a Comment