INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140519

Bermulanya Sultan Di Negeri Pahang 1470-1641 (Sultan Muhammad Shah - Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah)


Tahukah anda sebenarnya kesultanan Pahang bermula sekitar tahun 1470 lagi apabila Raja Muhammad dirajakan di Pahang dengan gelaran Sultan Muhammad Shah oleh Ayahandanya Sultan Melaka, Sultan Mansur Shah. Sebenarnya Raja Muhammad dihantar ke Pahang sebagai hukuman buang negeri oleh Paduka Ayahandanya yang begitu murka terhadap perbuatan Raja Muhammad yang membunuh Tun Besar, anak kepada Bendahara Melaka, Bendahara Paduka Raja. Kisahnya bermula apabila Raja Muhammad pergi ke Kampung Bendahara paduka Raja dan pada waktu itu Tun Besar sedang bermain sepak raga (takraw) bersama kawan-kawannya. Dengan tidak sengaja bola yang disepak oleh Tun Besar terkena dastar (tanjak) Raja Muhammad lalu jatuh. Raja Muhammad begitu murka dengan kejadian ini lalu ditikamnya Tun Besar dibahagian rusuk terus kehatinya. Tun Besar meninggal dunia ditempat kejadian.

Sultan Muhammad Shah hanya memerintah Pahang selama lima tahun sahaja dan dimakamkan di Dusun Pinang, Pahang Tua.

Adidanda baginda Raja Ahmad ibni Sultan Mansur Shah menggantikan baginda dengan gelaran Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang ke-2. Dalam Sejarah Melayu ada menceritakan satu peristiwa dimana laksamana Khoja Hasan telah berjaya melarikan gajah kenaikan baginda sebagai simbolik menunjukkan bahawa orang Melaka lebih bijak daripada orang Pahang. Baginda merasa malu dan terhina dengan peristiwa ini lalu turun daripada tahta.

Raja Abdul Jamil ibni Sultan Muhammad Shah, putera Sultan Pahang 1, dilantik menjadi Sultan Pahang ke-3 menggantikan Sultan Ahmad Shah. Dalam masa yang sama, Sultan Ahmad Shah telah merajakan putera baginda Raja Mansur Shah sebagai Sultan Pahang ke-3 dengan gelaran Sultan Mansur Shah 1. Walau bagaimanapun disebabkan oleh faktor usia yang masih muda akhirnya Raja Mansur Shah terpaksa mengalah.

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Jamil, Raja Mansur Shah ibni Sultan Ahmad Shah dilantik semula sebagai Sultan Pahang ke-4 dengan gelaran Sultan Mansur Shah 1. Sultan Mansur Shah 1 mangkat pada tahun 1519.

Selepas kemangkatan Sultan Mansur Shah 1, Raja Mahmud ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Pahang 1) dilantik sebagai Sultan Pahang ke-5 dengan gelaran Sultan Mahmud. Baginda mangkat pada 1530.

Selepas kemangkatan Sultan Mahmud, baginda digantikan oleh puteranya Raja Muzaffar ibni Almarhum Sultan Mahmud dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah, Sultan Pahang ke-6.

Sultan Muzaffar Shah digantikan oleh adindanya Raja Zainal ibni Almarhum Sultan Mahmud dengan gelaran Sultan Zainal Abidin, Sultan Pahang ke-7. Baginda mangkat sekira 1555.

Raja Mansur ibni Sultan Muzaffar Shah dilantik menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang ke-8 dengan gelaran Sultan Mansur Shah II. Baginda mangkat sekitar 1560.

Baginda dilgantikan oleh adinda baginda Raja Jamal ibni Almarhum Sultan Muzafar Shah sebagai Sultan Pahang ke-9 dengan gelaran Sultan Abdul Jamal Shah.

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Jamal, baginda digantikan oleh saudara sepupu putera Sultan Zainal, Raja Abdul Kadir dengan gelaran Sultan Abdul Kadir sebagai Sultan Pahang ke-10. baginda mangkat pada tahun 1590.

Baginda digantikan oleh putera baginda, Raja Ahmad ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir sebagai Sultan Pahang ke-11 dengan gelaran Sultan Ahmad. Walau bagaimnapun baginda memerintah hanya satu tahun sahaja kerana dikatakan terlalu muda untuk menjadi Sultan.

Baginda digantikan oleh kekandanya, Raja Abdul Ghafur ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir sebagai Sultan Pahang ke-12 dengan gelaran Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah, Putera kedua baginda yang tidak dicatatkan namanya telah membunuh baginda dan Raja Muda Abdullah. Dengan pembunuhan ini berakhirlah pemerintahan bersultan di Pahang dari keturunan Sultan Melaka pada tahun 1614.

Tn. admin... masih wujud lg ker jurai putera kedua Sultan Ghafur di Pahang?

sumber: http://lamanpahang.blogspot.com/2013/04/j36-waris-dari-susur-melaka-di-pahang.html

6 comments:

Anonymous said...

Saya telah dihubungi oleh admin Laman Pahang untuk menentukan jawapan yang sesuai diberi.

Pada kami ceritanya tidak begitu.

Sultan tersebut telah ...
Raja Muda (bukan anak) telah ...
Anak kedua tersebut adalah anak ...

Rasanya yang bertanya lebih mengatahui. Dan hanya ingin bercerita tentang apa yang orang telah tulis sahaja.

Guwhy

Anonymous said...

Masih lagi tidak faham apa yang dimaksudkan susunan susur galur kerana apa yang dicari selama kini semua ternyata kepada satu bentuk alam. Carilah yang benar kerana yang benar itu hanya boleh dilihat melalui mata hati bagi yang maha mengatahui.

Anonymous said...

Anonymous said...
Masih lagi tidak faham apa yang dimaksudkan susunan susur galur kerana apa yang dicari selama kini semua ternyata kepada satu bentuk alam. Carilah yang benar kerana yang benar itu hanya boleh dilihat melalui mata hati bagi yang maha mengatahui.
--------------
Kalau awak sorang aja yang faham, terangkan lah kepada kami semua yang dungu ni.

Kalau tidak biarkan mereka bercerita setakat ilmu mereka. Kami sama-sama tambah sikit sebanyak apa yang terkurang terlebih. Supaya mereka dapat punca untuk meneruskan minat mereka.

Sekian.
Takda Nama Juga

Anonymous said...

Tuan Guwhy,

Mohon ya kan perkara berikut:
1. Sultan tersebut bukan dibunuh.
2. Raja Muda Raja Abdullah adalah anaknya bukan adik.
3. Jurai putera kedua masih ada di...

Harap di dedahkan perkara ini. Mohon kata ya dari tuan.

Maaf kerana menuntut info ini didedahkan.

Sekian.
Mattani

Anonymous said...

Sambungan kepada senarai yang diterbitkan adalah seperti berikut:

1592 - 1614 Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah [al-Marhum Pahang],

1614 - 1615 H.H. Sultan Alauddin Riayat Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah

1615 - 1617 H.H. Sultan Abdu'l Jalil Shah III ibni al-Marhum Sultan Ala'uddin Riayat Shah III

1617 - 1623 anak kelima Sultan Alauddin III Riayat Shah Sayyid al-Mukammil ibni al-Marhum Firman Shah, menjadi Sultan Aceh, juga sebagai Sultan Pahang.

1623 - 1853 Pahang digabungkan bawah pemerintahan Johor

1853 – 1858 H.H. Tun Ali ibni al-Marhum Dato Bendahara Paduka Raja Tun Koris memerintah Pahang dengan gelaran Dato Bendahara Sri Maharaja.

Anonymous said...

Mengikut pemerhatian saya susunan dan panggilannya menjadi seperti berikut:

Sultan Pahang 12 Keturunan Melaka
1592 - 1614 Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah

Sultan Pahang 13 Keturunan Melaka
1614 - 1615 H.H. Sultan Alauddin Riayat Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah

Sultan Pahang 14 Keturunan Melaka
1615 - 1617 H.H. Sultan Abdu'l Jalil Shah III ibni al-Marhum Sultan Ala'uddin Riayat Shah III

Sultan Pahang 15 Keturunan Melaka
1617 - 1623 anak kelima Sultan Alauddin III Riayat Shah Sayyid al-Mukammil ibni al-Marhum Firman Shah, menjadi Sultan Aceh, juga sebagai Sultan Pahang.

1623 - 1853 Pahang digabungkan bawah pemerintahan Johor

Bendahara Pahang 1
1853 – 1858 Tun Ali ibni al-Marhum Dato Bendahara Paduka Raja Tun Koris memerintah Pahang dengan gelaran Dato Bendahara Sri Maharaja.

Bendahara Pahang 2
1858 – 1863 Tun Muhammad Tahir bin Dato’ Bendahara Sri Maharaja Tun ‘Ali [Bendahara Tua]

Bendahara Pahang 3
1863 Tun Koris bin Dato’ Bendahara Sri Maharaja Tun Muhammad Tahir [Encik Wan Long]

Bendahara Pahang 4
Sultan Pahang 1 Keturunan Bendahara
1863 – 1914 Bendahara Ahmad Mua’azzam Shah ibni al-Marhum Bendahara Sri Maharaja Tun ‘Ali. Memakai gelaran sultan pada 8hb September 1881. Ditabalkan sebagai Sultan Pahang pada 25 Disember 1884 dan diiktiraf oleh British pada tahun 1887.

Sultan Pahang 2 Keturunan Bendahara
1914 - 1917 Sultan Mahmud Shah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Mua’azzam Shah

Sultan Pahang 3 Keturunan Bendahara
1917 - 1932 Sultan Sir Abdullah al-Mutasim Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Sir Ahmad Mua’azzam Shah

Sultan Pahang 4 Keturunan Bendahara
1932 - 1974 Sultan Abu Bakar Riayatuddin al-Muazzam Shah ibni al-Marhum Sultan Sir Abdullah al-Muhtasim Billah Shah

Sultan Pahang 5 Keturunan Bendahara
1974 Sultan Ahmad Shah al-Mustain Billah ibni al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayat ud-din al-Mu’azzam Shah

MAAF JIKA TERSALAH. Harap dapat dibetulkan.

Iwan,
Temerloh