KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20140502

Sayid Ali-Tuan Mandak-Panglima Mandak

Tumpang bertanya mengenai Sayid Ali - Tuan Mandak..
Menurut saudara mara dari sebelah pihak saya berasal dari keturunan sayid ali yang digelar Panglima Mandak..
Adakah kedua2 ini orang yang sama..
Harap dapat mengetahui serba sedikit mengenai susur galur keturunan..

1 comment:

Anonymous said...

salam...tuan@puan,,,
(sayid ali-tuan mandak-panglima mandak)-

tuan maksudkan sayid ali yang bermukim dimana.
kalau yang dilanchang(penghulu),,,ya orang yang sama tetapi gelaran tu digunakan diberlainan tempat.
kalau yang di ?,,,salah...sebab zaman nya berbeza.

sayid ali-tuan mandak-panglima mandak ini adalah (orang berlapan yang dilantik semasa zaman sultan abdullah pahang),dia sepupu kepada panglima pandak(pulau tawar) sebelah ayah.

lain-lain jawapan,,,rujuklah kepada(istana pekan).