INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20161118

dua jenis kancil dan dua jenis rusa.

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

sekarang ini,untuk beberapa tahun kebelakang telah ada dua jenis kancil dan dua jenis rusa.

kedua-dua nya menggunakan nama yang sama tetapi berlainan fungsi dan kaedahnya.

satunya;yang hidup didalam hutan dan boleh dimakan.

satu lagi; yang diperbuat dari besi dan hanya hidup apabila dihidupkan tetapi tidak boleh dimakan.

mana yang sedap dan mana yang lazat diantara kedua kancil dan juga rusa tersebut.

begitu jugalah apabila mendengarkan bacaan ayat al-quran yang dikumandangkan atau di baca diperdengarkan di corong-corong pembesar suara masjid-masjid dan surau-surau.

mana yang lebih afdal dan baik.

yang datangnya dari suara tuan punya tubuh itu sendiri atau datangnya dari sajian rakaman.

inilah yang perpatah melayu lama ada berkata "seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus".

moden dan teknologi itu tidak salah, sebab teknologi sekarang tidaklah secanggih teknologi yang allah telah anugerahkan kepada mahluknya.(tetapi jangan lah disalah gunakan teknologi dan moden tu)

asalnya sains itu di ambil dari dalam al-quran dan al-quran itu datangnya @pemberian daripada allah.
20160221

8 comments:

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.



dialah yangmembentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki nya. tak ada tuhan melainkan dia, yang maha perkasa lagi maha bijaksana.[ayat 6;surah 3]

dialah yang menurunkan al kitab kepada kamu.diantara nya ada ayat-ayat yang muhkamaat,itulah pokok-pokok isi al quraan dan yang lain mutasyaabihaat. adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan,maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta'wilnya melainkan allah. dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata:"kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat,semuanya itu dari sisi tuhan kami". dan tidak dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berakal.[ayat 7;surah 3]

adalah sebagai keadaan kaum fir'aun dan orang-orang yang sebelumnya; mereka mendustakan ayat-ayat kami; kerana itu allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. dan allah sangat keras siksa nya.[ayat 11;surah 3]


dan diantara manusia orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan dari jalan allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan allah itu olok-olokan. mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.[ayat 6;surah 31]

dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat kami dia berpaling dengan menyombongkan diri seolah-olah dia belum mendengarnya,seakan-akan ada sumbat dikedua telinganya;makaberi khabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.[ayat 7;surah 31]

tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya allah telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu ni'mat nya lahir dan bhatin.dan diantara manusia ada yang membantah tentang allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan.[ayat 20;surah 31]


inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.



maka berkata yang tua-tua dari pepatah mereka:

wak asil balik asal atau pun terbangnya bangau sejauhmana sekalipun,tetap akan hinggap di belakang kerbau akhirnya.

maka bergitulah juga hikayat yang bermula akan sampai kepada penamatnya, dan ditutup lampirannya, dan disimpan sebaik-baiknya ditempat letaknya dengan selamatnya. dan hak nya di kembalikan kepada nya, mutlak.

maka lipatan-lipatannya ditempatkan pada rak-raknya dengan rapi dan tersusun baik,sehingga tempohnya kelak dipakai semula. sebagai saksi nya manusia.

maka manusia telah lupa akan hikayat mereka sendiri,lalu disebutkan mereka sebagai dongeng-dongeng orang tua dahulukala aje.

maka urusan yang satu itu akan di tutup.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

bacabetul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.



dalam al quraan diceritakan sejarah kepada tiga orang yang semasa zaman nabi musa. yang mana kingkahlaku mereka merosakkan diri mereka,masyarakat dan negara.

maka dizaman akhir-akhir ini, sepatutnya telah tiada yang mengambil akan tingkahlaku mereka bertiga itu,sebaliknya masih ramai yang menggunakan tingkahlaku mereka bertiga itu sebagai ikutan diri dalam hidup mereka.

kejadian dan kelakuan mereka bertiga itu sepatutnya menjadi pengajaran dan sempadan, dan bukannya menjadi tauladan ikutan dalam kehidupan.

maka tiada bergunanya membaca serta menghafal al quraan dan al hadis kepada mereka, kalau tingkahlaku perangai yang bertiga dalam zaman nabi musa itu masih menjadi ikutan dandigunapakai oleh sebahagian besar dari mereka-mereka sekarang ini.

sahadah mereka, solat mereka,puasa mereka, zakat mereka, dan haji mereka akan menjadi seperti asab yang di tiup oleh angin. apatah lagi korban yang mereka lakukan pada setiap tahun itu.

ilmu berniaga atau ilmu perniagaan itu,ada di tunjukkan dalam al quraan dan boleh dipelajari, dan contoh sunnahnya kepada nabi muhammad saw. dan kalu tak berapa reti belajarlah dengan orang yang reti atau ahlinya.

jangan jadi seperti kata perpatah; menang sorak,kampung tergadai.


inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.



kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela.[ayat 1;surah 104]

yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung.[ayat 2;surah 104]

dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya.[ayat 3;surah 104]


apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah?.[ayat 1;surah 105]

bukankah dia telah menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia?.[ayat 2;surah 105]


inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.



seperti tikus membaiki labu.
seperti anjing dengan bayang-bayangnya.
seperti gagak dan merpati kaki merah.
seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
seperti serigala dan anjing.
seperti kucing kepala hitam.
seperti ulat dalam batu.
seperti kura-kura dalam kayu.
seperti unta dari dalam batu.
seperti semut api yang melata.
seperti sitiong dalam sangkar.

sebahagian darinya perumpamaan bahasa atau bidalan bahasa.

ini bukan setakat perumpamaan bahasa semata,sebaliknya ada kisah sejarah dari zaman yang lama berkenaan manusia yang silam yang melakukan salah laku, yang kita sekarang boleh jadikan tauladan sempadan,agar tidak melakukan salah laku yang seumpamanya pada masa zaman sekarang, yang orang sekarang mengatakan mereka moderen dan serba canggih.

dan al quraan mengatakan yang manusia zaman yang lepas adalah lebih moderen dan canggih yang menyebabkan mereka lupa dan lalai lalu ingkar,lalu melakukan perbuatan zalim dan salah laku yang dihukum allah. dan dilupuskan keseluruhan mereka lalu digantikan dengan manusia yang lain.

jangan bersangka, yang kita umat nabi muhammad saw tidak akan di kenakan hukuman seperti manusia dari zaman yang silam. dan apabila sampai pada satu titik yang boleh mendatangkan kemurkaan allah,maka sunatullah dalam bentuk kifarah bala bencana akan dikirimkan,sebagai tanda peringatan serta amaran allah kepada manusia.

selalunya apabila sampai bencana,baru ingat,sebaliknya apabila aman,lupa,lupa segala yang dilalaikan.


inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.



orang tua dulu-dulu berkata; terlajak perahu boleh diundur, terlajak mulut...

mulut yang celupar masih boleh di nasihati, sebaliknya kalau hati yang celupar lalu di ucapkan oleh mulut akan kecelupaan hati itu,maka mereka mambawa bersama mereka bala bencana kepada diri dan orang lain keliling mereka. sebagai peringatan, amaran, kifarah, denda,hukuman,bala bencana dari allah. kerana mereka sendiri yang memohonnya tanpa mereka sedari dengan maksud tidak sengaja ataupun dengan maksud sengaja(sama sahaja).tetap dikenakan juga..

maka apakah mereka tidak memahami dan tidak mengetahui apa yang mereka bacakan dari dalam al quraan dan al sunnah(al hadis).

hati dan mulut sepasang,dan apabila keduanya berkompromi menyatakan yang sia-sia,maka akan sampai akibatnya,
displinkan hati dan juga mulut tuan puan.jangan sampai medurhakai allah tanpa sedar.


inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.



1] membuka pekung didada.

2] duri dalam daging.


apakah yang mereka tafsirkan kepada kedua peri bahasa yang tersebut itu.

jika di bukakan dengan salah maka salahlah maknanya.

dan jika di bukakan dengan betul maka betul dan jumpalah akan maksud nya yang sebenar.

maka ilmu allah amat luas serta mendalam kiasnya,walaupun dibaca dengan salah oleh orang yang ramai dan orang yang pandai. maka peribahasa yang tersebut perlu di sandarkan pencariannya kepada al quraan, dan apakah maksud yang sebenar ulama dahulukala maksudkan dengan nya.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.


bau:

hanya ada dua jenis bau sahaja yang di letakkan diatas bumi ini;

1] busuk.

2] wangi.

maka keduanya adalah sepasang dan tidak akan terlerai keduanya walau bagaimana sekalipun dipisahkan oleh orang yang ramai.

beritanya ada dalam al quraan dan al hadis,maka carilah berita itu,dengan apa yang diumpamakan oleh allah sebagai jawapannya kepada manusia.


inshaallah.